TENTANG

Namaku So’od. So’od bin Lebai Seman. Itu nama glemer di alam maya. Kalau bukan di alam maya, nama glemerku Amrul Hafeez Bakri. Kenapa orang panggil aku So’od? Entah, aku pun tak tau. Tapi aku suka. Klasik.
Sudah berblog selama setahun di platform Blogger. Tepat setahun (1 Mac 2008), aku mencuba nasib di domain sendiri. Itu pun atas ‘pujuk rayuan’ seseorang, sampai sanggup men-sponsor aku. Terima kasih kerana percaya dengan So’od yang tak punya apa-apa ini.
Kenapa aRmPunya.Com? Sebab memang sejak dulu, blog-blog aku (termasuk yang bawah tanah) berkatapangkalkan armpunya-. Maka apabila mempunyai domain sendiri, secara semulajadinya aRmPunyaDotCom menjadi pilihan.
Kenapa tagline “.comku, .commu jua”? Sebab aku suka konsep ‘buat macam rumah sendiri’. Jangan malu-malu. Jangan skodeng lama-lama.
Menghidangkan entri-entri tanpa genre tertentu. Kadangkala bernada serius, kadangkala lucu, kadangkala tanpa nada. Boleh jadi berilmiah sekiranya ingin berpendapat sedemikian.
Hari Sabtu merupakan hari perkongsian sajak secara terbuka. Hari-hari lain, sajak dilarang keluar dari persembunyiannya.
Oh ya! Kategori Cerita Jiwa-Jiwa telah diwujudkan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang bidang yang aku minati dan sedang dalami: Psikiatri.
Itu dulu buat waktu ini. Terima kasih sebab membaca.
Empunya Blog,

Popularity: 15% [?]

WaKaKa



11 Komentar di “TENTANG”