Sekali lagi tiada sajak untuk hari Sabtu. Mungkin aku telah tak sengaja terhambat sekali ilham aku semasa melawan kebengongan tempoh hari.
Hari ini, ramai yang akan melangsungkan perkahwinan sempena cuti sekolah yang baru bermula. Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada mereka yang berkenaan. Termasuk juga seorang insan yang amat aku sayangi. Semoga berbahagia dengan pasangan pilihan. Jadilah isteri yang baik. Aku doakan kalian berkekalan sehingga ke anak cucu. Amiin.
(more…)
Popularity: 72% [?]
Posted on 24 May '08 by So'od, under Lagu, Revisited. 40 Comments.
Aku gagal hari ini. Dua kali. Pertama, gagal menahan diri daripada memasang komputer riba. Konon nak sokong Shutdown Day. Kedua, gagal menghasilkan sajak untuk disiarkan.
Akibat bosan dan ketiadaan ilham, usai Maghrib tadi aku menyelongkar fail-fail lama yang tersisip dalam thumbdrive. Daripada fail kertas-kertas kerja dan case report sehinggalah kepada fail yang mengandungi foto-foto, semuanya aku belek kembali. Perlahan-lahan aku sedar yang aku sebenarnya sedang menelusuri perjalanan hidup sejak beberapa tahun terkebelakang ini.
(more…)
Popularity: 71% [?]
Posted on 3 May '08 by So'od, under Lagu, Refleksi, Revisited. 52 Comments.
Entah kenapa. Otak aku mencapai tahap kebengongan yang sukar dijelaskan sepanjang minggu ini. Bahaya kalau dibiarkan lama-lama. Oleh itu, aku berjanji kepada diri sendiri untuk menjalani sesi debengongization mulai hari ini. Sebagai permulaan, aku mahu pergi berfoya-foya di tepi pantai petang nanti. Hoyeah! (pinjam ekspresi comel cik AyUmi)
Bercakap tentang pantai, Chegu Zue sudah banyak kali menggoda mata aku dengan gambar-gambar pemandangan pantai di UK sana. Sesungguhnya, aku amat menggemari pantai yang berbatu kerikil seperti itu. Tambah lagi dengan cuaca yang dingin mendung, ombak yang besar serta angin berhembusan, burung-burung camar yang berterbangan, rumah api di hujung tanjung… Fuhh! Terasa ingin berjalan berpegangan tangan dengan seseorang.
Bagi aku, pantai merupakan sumber inspirasi yang hebat. Dulu, sewaktu zaman pengajian, aku suka ke pantai untuk menenangkan fikiran dan bermuhasabah diri. Banyak kisah yang mampu diungkapkan dan diambil iktibar di sebalik sebuah pantai.
Hari ini, aku mahu berkongsi satu koleksi sajak ringkas berilhamkan pantai yang aku hasilkan pada tahun lepas. Ia berkisar tentang harapan dan sesuai dijadikan motivasi di kala kita berasa down for maintenance.
(more…)
Popularity: 83% [?]
Posted on 5 April '08 by So'od, under Revisited, Sajak. 71 Comments.
Chop! Aku nak guna talian hayat hari ni!
Entri untuk segmen Revisited kali ni merupakan entri dari blog lama yang bertarikh 2 April 2007. Ya, tepat setahun yang lepas. Entri ini diilhamkan secara tidak langsung oleh seorang pemblog yang mengingatkan aku kepada kisah benar antara aku dan Susi.
Amaran: Pastikan anda berumur lebih daripada 18 tahun sebelum meneruskan pembacaan.
(more…)
Popularity: 77% [?]