aRmPunyaDotCom : dotcomku, dotcommu jua!.

Archive for 'Refleksi'

Entri Cukup Bulan [April 2008]

i am

Tamat sudah sebulan lagi untuk tahun ini. Semakin hari serasa semakin cepat masa berlalu, bukan?

Di kesempatan ini, ada beberapa perkara yang ingin aku sampaikan/rumuskan/umumkan.

Pertama sekali, ada baiknya aku perjelaskan tentang kedudukan sebenar entri sebelum ini, yang telah menimbulkan sedikit kontroversi. Sesungguhnya, tak terlintas pun di fikiran aku sewaktu menulis entri tersebut untuk memburuk-burukkan apa lagi menyamakan individu yang dimaksudkan dengan haiwan primat itu. Kebetulan saja aku teringatkan beliau ketika memakan jajan yang sama nama dengan nama panggilannya, yang kebetulan juga menggunakan gambar orang utan sebagai ilustrasi di bungkusannya. Kepada yang menegur dan tersinggung, aku rasa bersalah dan minta maaf. :(

(more…)

Popularity: 61% [?]

Posted on 1 May '08 by So'od, under Pengumuman, Refleksi. 62 Comments.

Bye-bye, Bengong!

tidak

Akhirnya, musim kebengongan yang tercetus hampir sebulan yang lalu telah sampai ke penghujungnya! Alhamdulillah.

Bermula daripada sebuah peringatan yang tak terniatkan oleh seseorang itu, aku kemudiannya telah menjerumuskan diri ke dalam kancah persoalan dan pertikaian yang menjerut kepala otak. Konflik demi konflik yang timbul memaksa diri memberi penyelesaian segera dan muktamad.

(more…)

Popularity: 73% [?]

Posted on 23 April '08 by So'od, under Refleksi. 68 Comments.

Melawan Kebengongan III

Kalau boleh, aku tak mahu bercerita tentang kebengongan lagi. Tetapi adalah sukar untuk mengelak daripada menyentuh topik kebengongan apabila apa yang berlegar dalam otak aku adalah kebengongan yang menuntut jawapan dan penyelesaian. Walau bagaimanapun, aku tak menyalahkan kebengongan kerana menyebabkan aku kebengongan. Aku melihat kebengongan sebagai satu hikmah.

Kerana kebengongan, aku lebih banyak bermuhasabah sejak akhir-akhir ini. Kerana kebengongan, aku kembali menguatkan fokus. Kerana kebengongan, aku meletakkan kepentingan diri ke tepi demi kegembiraan orang lain. Kerana kebengongan, aku mengemaskini keinginan serta kemahuan aku dalam hidup. Sesungguhnya, aku hanya ingin, menjana kuasa angin. Segala yang aku lakukan, haruslah berlandaskan pegangan dan seiring dengan pendirian aku selama ini.

(more…)

Popularity: 53% [?]

Posted on 15 April '08 by So'od, under Refleksi. 46 Comments.

Kau, Yang Pernah Hadir Dalam Hidupku

Tiba-tiba, aku mengalami kesibukan yang menjadi-jadi. Terpaksa aku meng-KIV-kan lagi Cerita Jiwa-Jiwa yang aku janjikan untuk penyiaran hari ini. Minta maaf. Insya Allah, aku akan selitkan diri di celah lohong-lohong masa untuk melunaskan janji selewat-lewatnya minggu depan.

Untuk tidak membiarkan ruangan blog ini statik dalam kepantasan waktu yang berlalu (apa punya ayat daaa.. aku pun pening), aku ingin kongsikan sebuah coretan yang aku bawakan khas dari salah sebuah blog bawah tanahku. Ianya merupakan coretan sebulan dua yang lepas dan telah pun dibaca oleh segelintir manusia yang sama-sama menyelinap bersamaku di bawah tanah. Sementelahan juga, aku pernah berjanji dengan Sarah untuk menulis tentang topik ini sebagai respon kepada penulisannya tempoh hari.

(more…)

Popularity: 74% [?]

Posted on 12 March '08 by So'od, under Cerita Kelmarin, Refleksi, Revisited. 50 Comments.