
Hey! Aku dapat “I’m A Daily Blogger” Award daripada Chegu Zue hari ni sedangkan dah masuk 5 hari aku tak hapdet blog. Ironi kan? 
Sebenar-benarnya, aku takde mood nak hapdet. Aku dilanda musim kebengongan sekali lagi. Sejak malam Khamis lepas sampailah sekejap tadi (dalam pukul 10), kepala otak aku berlegar-legar mencongak sesuatu. Sesuatu yang too complicated to describe. Semacam ada ruang-ruang terpencil yang berhabuk di sudut hati aku, yang ditepuk-tepuk sehinggalah debu-debu itu melayang dan terapung beberapa ketika sebelum memendak kembali kemudian ditepuk-tepuk lagi, melayang, terapung dan kemudian memendak kembali dan kemudian…
Kan aku dah kata susah nak explain! 
(more…)
Popularity: 47% [?]
Mula-mula sekali, aku bukan nak tutup blog. Memang tiada dalam perancangan. Perancangan aku, that is. Perancangan Dia, kita tak tahu. 
Sebenarnya tajuk entri kali ni adalah tajuk sebuah sajak dalam koleksi aku. Aku pernah menyiarkannya di blog lama aku dulu, with *Arm*s wide open (wAwo), hampir-hampir setahun yang lepas.
Maksud sajak tersebut sememangnya berkenaan dengan ramalan bahawa akan berlaku penutupan blog dalam waktu terdekat. Dan memang benar, sebulan selepas itu, wAwo terkubur atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
(more…)
Popularity: 56% [?]
Posted on 3 July '08 by So'od, under Refleksi, Sajak. 28 Comments.
Tentu ramai yang dah mengagak takkan ada lagi sambungan kepada entri bersiri Aku Sungguh Perasan. Aku tahu ramai yang dah sedar akan obsesi aku terhadap angka 3. Three is always enough! 
Sebenarnya, aku pun tak suka nak menggembar-gemburkan pencapaian aku yang tak seberapa dalam hidup. Bukannya apa. Aku boleh saja menulis tentang kejayaan aku menggondol Anugerah Naib Canselor dan tiga lagi anugerah sampingan pada majlis konvokasi. Aku juga boleh menayang muka aku yang disiarkan di suratkhabar atas pencapaian-pencapaian tersebut di sini. Tapi untuk apa? Cukuplah sekadar pengalaman-pengalaman itu menjadi kenangan yang tersisip dalam lipatan sejarah hidup yang singkat ini.
Sesungguhnya, aku adalah seorang manusia yang sentiasa merendah diri, dan tak hensem langsung! 
Seterusnya, tujuan utama aku menulis entri ini. Lihat tajuk di atas? Ada suara yang memanggil-manggil aku.
(more…)
Popularity: 43% [?]