Berikut adalah ringkasan kepada aktiviti pembloggingan aku bagi bulan Mei 2008:
- Sejumlah 10 entri disiarkan. Tiga daripadanya adalah permainan tagging, tiga talian hayat Hapdet Pantas dan dua entri Revisited. Tiada apa-apa yang menarik dan boleh dibanggakan pun sebenarnya. Sedikit terkilan kerana terpaksa mengabaikan blog buat seketika kerana ingin mengejar peluang sementara keadaan mengizinkan. Tiga kali aku berout station! Apa pun, terima kasih kepada yang mengetag. Ternyata tagging adalah penyelamat utama blog ini bulan lepas.
- Tandahati cabutan bertuah bagi bulan April telah berjaya dihantar dan selamat sampai ke tangan para pemenang. Semoga ixora, Mak Su dan Hamakakun menerimanya dengan rasa senang hati. Dalam pada itu, aku memutuskan bahawa tiada habuan disediakan untuk bulan Mei. Sebagai gantinya, Insya Allah jika tiada aral melintang, aku akan cuba menganjurkan peraduan yang menawarkan hadiah eksklusif untuk bulan Jun. Nantikan kemunculannya!
Masih ada beberapa hari berbaki untuk aku menunaikan sedikit tanggungjawab. Insya Allah, mulai minggu kedua Jun aku akan kembali berblog dengan lebih giat. Semoga masa aku akan menjadi semakin lapang nanti. Banyak yang nak diceritakan!
Popularity: 37% [?]
Posted on 1 June '08 by So'od, under Pengumuman. 20 Comments.
Habis sudah talian hayat Hapdet Pantas untuk bulan ini. Aku bukannya tak mahu mengemaskini blog dengan entri-entri yang menyelerakan, tapi ada tanggungjawab lain yang perlu didahulukan. Ini pun aku muncul sebentar untuk memberitahu bahawa aku sudah pulang dan berada dalam keadaan sihat walafiat. Ramai sangat yang bertanya. Jangan risau.
- Minggu ini bakal menyaksikan tahap kesibukan aku bertambah sebelum sekali lagi berout station mulai Ahad depan untuk menyambung misi sehingga akhir bulan.
- Aku suka berbual orang yang lebih ramah daripada aku tetapi jangan sampai tahap menjengkelkan sampai aku sanggup buat-buat tidur untuk mengelakkan diri daripada terus ‘disoalsiasat’. Insiden ini terjadi kepada aku Khamis lepas. A good conversation doesn’t need to be long and elaborate. Especially when you’re meeting for the first time. Save lah sikit, kan?
- Terima kasih kepada para employee tak rasmi aku yang menjaga blog ini semasa ketiadaan aku tempoh hari. Untung sungguh ada secretary dan receptionist maya ni!

- Aku berkira-kira mahu memansuhkan pertandingan Carta Top 10 untuk bulan Mei kerana kurangnya entri yang terhasil setakat ini. Berkemungkinan aku akan menganjurkan satu contest besar-besaran bulan hadapan sebagai gantinya. Insya Allah.
Setakat ini dulu. Aku akan perlahan-lahan menyusul melawat kalian jika ada kesenggangan. Jangan lupa jamu aku biskut kering dan teh O panas, ya!
Popularity: 49% [?]

Akhirnya, pemenang cabutan bertuah untuk Carta Top 10 bulan April telah dikenalpasti!
Pemenangnya ialah…
Kejap. Aku nak cerita satu cerita dulu.
Petang tadi, aku singgah di sebuah hypermarket setelah selesai melawat kawasan. Semasa memasuki pintu utama, tiba-tiba datang seorang gadis bertudung ayu menarik tangan aku. Aku tersentak lalu membentak.
Dik, taulah abang hensem jual produk, tapi janganlah sampai pegang-pegang yang bukan muhrim. 
Ikut suka dia je nak tonyoh-tonyoh losyen kat tangan aku. Bengong! Tercalar puasa aku. Lain kali keluar rumah aku pakai kopiah balik la macam ni!
Dan pemenang cabutan bertuah kali ini ialah…
(more…)
Popularity: 56% [?]
Posted on 5 May '08 by So'od, under Pengumuman. 61 Comments.

Tamat sudah sebulan lagi untuk tahun ini. Semakin hari serasa semakin cepat masa berlalu, bukan?
Di kesempatan ini, ada beberapa perkara yang ingin aku sampaikan/rumuskan/umumkan.
Pertama sekali, ada baiknya aku perjelaskan tentang kedudukan sebenar entri sebelum ini, yang telah menimbulkan sedikit kontroversi. Sesungguhnya, tak terlintas pun di fikiran aku sewaktu menulis entri tersebut untuk memburuk-burukkan apa lagi menyamakan individu yang dimaksudkan dengan haiwan primat itu. Kebetulan saja aku teringatkan beliau ketika memakan jajan yang sama nama dengan nama panggilannya, yang kebetulan juga menggunakan gambar orang utan sebagai ilustrasi di bungkusannya. Kepada yang menegur dan tersinggung, aku rasa bersalah dan minta maaf. 
(more…)
Popularity: 61% [?]
Posted on 1 May '08 by So'od, under Pengumuman, Refleksi. 62 Comments.