aRmPunyaDotCom : dotcomku, dotcommu jua!.

Archive for 'Pengumuman'

Maaf…

…Aku telah ter’out-station’kan diri selama 2 minggu.

Itu je nak cakap. Hehe. :d

Sekian, terima kasih.

Popularity: 45% [?]

Posted on 26 August '08 by So'od, under Pengumuman. 10 Comments.

Entri Cukup Bulan [Julai 2008]

 debu di jendela masjid

Ini sajak terbaru aku. Masih fresh keluar dari oven ilham. :D

Hari ni 1 Ogos. Sekali lagi, masa untuk merumuskan apa yang berlaku sepanjang bulan lepas. Tak banyak untuk aku perkatakan. Keseluruhannya cuma 10 entri tersiar. Tiada topik yang menarik. Merepek je lebih. :p

Julai menyaksikan beberapa peristiwa yang menyeronokkan berlaku. Antaranya, sambutan hari lahir Mak & Pak (22hb & 24hb). Selainnya, aku mahu rahsiakan dulu. Akan dikongsikan perlahan-lahan kemudian. Cuma jangan terkejut kalau aku tiba-tiba meminta alamat korang. :d

(more…)

Popularity: 50% [?]

Posted on 1 August '08 by So'od, under Pengumuman. 23 Comments.

Entri Cukup Bulan [Jun 2008]

Bulan Jun yang baru lepas merupakan antara bulan yang paling santai buat aku tahun ini.  Biarpun sepertiga awalnya dihabiskan untuk melengkapkan misi luar kawasan, selebihnya diluangkan sepenuh masa di rumah. Peluang keemasan itu aku penuhi dengan menulis dan menyambung tugasan lain yang menuntut perhatian.

  • Keseluruhannya 16 entri tersiar di blog ini sepanjang Jun. Jumlah entri yang agak besar mengikut standard aku. Pencapaian menulis satu entri setiap hari selama 9 hari berturut-turut bermula 13-21 Jun adalah rekod terbaik aku setakat ini. Ketegaran yang muncul mendadak selepas pulang bermisian tidaklah begitu menghairankan sebenarnya. Memang aku telah bertekad sejak awal untuk giat menulis selagi waktu mengizinkan.
  • Satu rekod juga tercipta di mana aku menyiarkan sajak-sajak di luar waktu yang ditetapkan iaitu Sabtu. Ini disebabkan ilham yang tiba-tiba datang mencurah-curah dan aku tak mahu mensia-siakannya. Hasilnya, lima buah sajak berjaya dikongsikan di aRmPunyaDotCom.
  • (more…)

    Popularity: 47% [?]

Posted on 1 July '08 by So'od, under Pengumuman. 30 Comments.