Tak berapa sihat sejak 2 hari lepas. Kepala masih pening. Tapi kena tunaikan janji dulu. Siapkan entri terakhir pasal OCD. Seringkas-ringkas yang boleh.
________________________________________________________
Secara umumnya, terdapat 2 jenis rawatan untuk OCD iaitu psychotherapy yang dipanggil Cognitive-Behaviour Therapy (CBT) dan juga rawatan ubat-ubatan. CBT adalah bentuk rawatan yang telah lama digunakan dan masih merupakan rawatan utama dalam menangani OCD manakala ubat-ubatan dapat membantu terutamanya untuk kes-kes OCD yang agak teruk.Exposure and Response Prevention (ERP) adalah teknik CBT yang diaplikasikan secara spesifik dalam rawatan OCD. Di dalam ERP, penderita OCD belajar untuk mengawal kegelisahannya dengan mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan ritualnya. Sebagai contoh:
(more…)
Popularity: 65% [?]
Posted on 29 February '08 by So'od, under Cerita Jiwa-Jiwa, OCD. 18 Comments.
Sengaja aku lewatkan entri sambungan tentang OCD untuk memberi peluang kepada ramai lagi pembaca bersama-sama berkongsi pengalaman. Banyak juga maklumbalas menarik yang diterima. Masing-masing ada kisah yang tersendiri. Secara tak langsung juga ia menunjukkan bahawa OCD (atau ciri-ciri OCD) bukanlah sesuatu yang asing di kalangan masyarakat.
Menurut statistik, antara 2-3% daripada populasi mempunyai risiko untuk mengalami OCD. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang tampil untuk menerima rawatan disebabkan kondisi ini yang bersifat peribadi dan memungkinkan seseorang dipandang serong oleh masyarakat. Maka peratusan sebenar penderita OCD dipercayai lebih tinggi daripada nilai yang diberikan di atas.
(more…)
Popularity: 59% [?]
Posted on 27 February '08 by So'od, under Cerita Jiwa-Jiwa, OCD. 15 Comments.
10 minit yang lepas, semasa aku masuk ke bilik air untuk mandi, Rizal (bukan nama sebenar) sudah pun berada di situ. Pancuran dibukanya pada tahap maksimum. Air mencurah-curah keluar dan memercik ke serata ruang bilik air. Aku melihat saja gelagat Rizal dan terus pulang ke bilik.
Beberapa minit kemudian, azan Maghrib pun dilaungkan dari surau kolej kediaman. Aku cepat-cepat bersiap dan terus melangkah ke surau untuk berjemaah. Dalam perjalanan, aku singgah di bilik air untuk mengambil wudhu’.
Aku lihat Rizal masih di situ. Terbongkok-bongkok menadah kelajuan air di tangan. Baju Melayu dan kain pelekat yang dipakainya mulai lencun. Aku terpaksa memilih pancuran yang agak jauh dari Rizal untuk mengelak daripada terkena tempias.
Selesai berwudhu’, aku mencuit bahu Rizal dan memberi isyarat yang aku ingin bergerak ke surau. Rizal hanya mengangguk-angguk dan terus ‘bermain’ air. Aku berlalu pergi dengan rasa kasihan terdetik di hati.
(more…)
Popularity: 59% [?]
Posted on 25 February '08 by So'od, under Cerita Jiwa-Jiwa, OCD. 41 Comments.