Apa kata kita revisit apa yang aku blogkan pada hari ini setahun yang lalu? 
Hujung minggu ini aku tinggal di rumah bersama Pak saja. Mak dan Ateh turun ke KL pada hari Jumaat, menguruskan hal persediaan perkahwinan Ateh kelak. Tinggal ‘bujang’ bersama Pak bukanlah sesuatu yang aku look forward to. Entah kenapa, kurang syok. Pertama, kami kurang bercakap. Maka akan bosanlah hidup aku seketika. Kedua, sudah tentu tentang makan. “Kita nak makan apa hari ni?” adalah satu pertanyaan yang sangat sadis bunyinya. Faham-faham jelah.
(more…)
Popularity: 39% [?]
Cerita Mak
Malam pertama di Dublin (bukan malam pertama ehem-ehem tu ye!), di rumah Ateh yang sengaja dikosongkan housemates yang lain supaya Mak dan Pak boleh tinggal sementara. Akibat keletihan yang melampau, Mak dan Pak tidur nyenyak. Di tengah malam, Mak terjaga dan terus mengejutkan Pak.
Mak: Bang, tolong matikan aircond tu. Sejuk sangat!
Pak: Sini mana ada pasang aircond…
Nota: Cuaca di Dublin agak sejuk sekarang. Malamnya boleh mencapai serendah 10 darjah Celcius.
(more…)
Popularity: 87% [?]
Pagi tadi. Semasa aku sedang memakai kasut untuk keluar rumah. Mak menunggu aku di muka pintu.
“Awat kasut tu?”, tanya Mak selepas melihat kasut aku yang sedikit lekang tapaknya.
“Ala sikit je ni Mak”, jawab aku sambil membelek-belek kasut.
“Takpa. Bawak kasut extra. Satgi pi hantaq hat koyak tu pi gobbler“, cadang Mak.
(more…)
Popularity: 35% [?]
Posted on 11 February '08 by So'od, under Cerita Hari-Hari, Mak & Pak. 26 Comments.