aRmPunyaDotCom : dotcomku, dotcommu jua!.

Archive for 'Lagu'

Entri Syok Sendiri Yang Banyak Selingan

Sejak semalam aku nak tampal entri syok sendiri ni, tapi aku segan. Sebabnya, ada beberapa orang kawan dari esastera dah dapat menjejak blog aku yang entah hape-hape ni. Hehe.

Tapi hari ni aku tampal jugak, dengan sedikit penjelasan.

[tukar kata gantidiri]

Saya di esastera tak sama dengan saya di aRmPunyaDotCom. Di sana saya serius dengan karya, di sini saya menulis secara santai (baca: merepek). Kalau ikutkan, komposisi personaliti saya adalah sangat tak seimbang. Nisbah kemerepekan kepada keseriusan mungkin mencapai 80:20. Maka, saudara/saudari janganlah terlalu mengharapkan sesuatu yang bersastera di sini melainkan sajak-sajak saya yang dikongsikan buat tatapan semua. Apa pun, saya mengalu-alukan kunjungan saudara/saudari dengan penuh rasa segan hormat. :d

(more…)

Popularity: 55% [?]

Posted on 7 August '08 by So'od, under Lagu. 19 Comments.

Lagu Rindu

Tepat setahun yang lepas, aku dengan penuh semangatnya biarpun terpaksa mengiring dalam kesakitan, merakamkan lagu ini buat insan-insan yang amat ku rindui.

Bintang malam katakan (sampaikan) padanya
Aku ingin melukis sinarmu di hatinya
Embun pagi katakan padanya
Biar ku dekap erat waktu dingin membelenggunya

Tahukah engkau wahai langit
Aku ingin bertemu membelai wajahnya
Kan ku pasang hiasan angkasa yang terindah
Hanya untuk dirinya

Lagu rindu ini ku ciptakan
Hanya untuk bidadari hatiku tercinta
Walau hanya nada sederhana
Ijinkanku ungkap segenap rasa dan kerinduan

Popularity: 54% [?]

Posted on 26 July '08 by So'od, under Lagu, Revisited. 16 Comments.

Cinta Dalam Hati

Awas! Entri syok sendiri. Tinggalkan blog ini sekiranya anda mencari berita panas berkenaan isu-isu semasa kerana aku tak pernah menjadi pemblog yang suka mengulas, menghentam, menimbulkan kontroversi atau mengambil kesempatan atas keadaan yang sedia gawat.

Aku adalah seorang pemblog peribadi yang neutral, aman dan perasan.

Amaran telah diberi!

(more…)

Popularity: 45% [?]

Posted on 16 June '08 by So'od, under Lagu. 25 Comments.