Archive for 'Cerita Kelmarin'
Tiba-tiba aku rasa nak habiskan bulan Jun yang santai ni dengan menulis entri-entri bertemakan perasan. Amacam? 
Sebelum tu aku nak luahkan sikit isi hati. Adalah seseorang tu, dia meragui aku. Apa aku ni tak cukup jujur dan ikhlas ke? Don’t play-play with my heart okay? Aku takde niat yang menyeleweng sape-sape pun. Mengertilah! *tamat*
Kejap. Perlu ke aku bagi amaran lagi pasal entri perasan eh? 
Erm.. Mungkin aku perlu beri peringatan bahawa adalah rugi jika korang tidak mengikuti blog aku sepanjang bulan ni. Sungguh! Bila lagi korang nak tengok aku yang giler humble ni bercakap macam bagus, kan? 
Mari kita mulakan!
Entri ini memaparkan gambar berunsur 18SX. Sila berhati-hati. 
(more…)
Popularity: 34% [?]
Apa kata kita revisit apa yang aku blogkan pada hari ini setahun yang lalu? 
Hujung minggu ini aku tinggal di rumah bersama Pak saja. Mak dan Ateh turun ke KL pada hari Jumaat, menguruskan hal persediaan perkahwinan Ateh kelak. Tinggal ‘bujang’ bersama Pak bukanlah sesuatu yang aku look forward to. Entah kenapa, kurang syok. Pertama, kami kurang bercakap. Maka akan bosanlah hidup aku seketika. Kedua, sudah tentu tentang makan. “Kita nak makan apa hari ni?” adalah satu pertanyaan yang sangat sadis bunyinya. Faham-faham jelah.
(more…)
Popularity: 41% [?]
Kadang-kadang pelik juga bagaimana kita boleh tiba-tiba teringatkan seseorang yang pernah singgah dalam hidup kita, yang agak lama telah kita lupakan. Perkara ini terjadi kepada aku minggu lepas.
(more…)
Popularity: 70% [?]
Posted on 28 April '08 by So'od, under Cerita Kelmarin. 49 Comments.

Minggu lepas, ramai rakan taulan yang kurang sihat serentak. Makcik Bambako telah diserang kuman jahat dan mengambil MC selama berhari-hari sehingga pecah kelunakan suaranya. Runak yang pada mulanya disangka mengalami senggugut yang parah, akhirnya telah selamat dinyah-apendikskan. Wana terpaksa menginap semalaman di resort dan kini kedemaman lagi setelah pulang ke rumah. Korok yang lebih berusia, kebatukan. Aku pula, seperti yang telah dikhabarkan, dijangkiti virus kebengongan yang datang bermusim. Tanpa dirancang, kami telah jatuh sakit secara berjemaah.
Bercakap tentang sakit secara berjemaah, terus terkenang aku kepada sebuah kisah silam. Semasa zaman pengajian dulu. Achik pernah menulis entri yang mengingatkan aku kepada pengalaman ini tempoh hari. Jika Lily (teman sepengajian) ada membaca entri ini nanti, barangkali beliau boleh sama-sama membangkitkan nostalgia tersebut.
Kisahnya bermula begini…
(more…)
Popularity: 71% [?]
Posted on 8 April '08 by So'od, under Cerita Kelmarin. 78 Comments.