aRmPunyaDotCom : dotcomku, dotcommu jua!.

Archive for 'Cerita Jiwa-Jiwa'

Piano Buat Along - Bahagian 3

pba01

Sekumpulan manusia kelihatan sedang bertungkus-lumus mencungkil buka jendela di aras basement. Biarpun kaca jendela itu sudah agak lama pecah (mungkin kerja anak-anak kejiranan yang bertindak nakal), namun jeriji besi yang kukuh telah menghalang usaha sekumpulan manusia itu untuk menembusi rumah adik-beradik misteri tersebut. Ternyata, rumah itu terlalu kebal untuk dipecah masuk tetapi mereka tak boleh terus berputus asa. Ada urusan yang perlu diselesaikan dengan segera.

Tanpa berlengah, sekumpulan manusia itu beralih pula ke aras pertama. Agak mustahil untuk masuk melalui pintu hadapan yang canggih sekali buatannya. Jendela pula menjadi sasaran seterusnya. Dengan sedikit kudrat, daun jendela pun berjaya diumpil. Malangnya, seluas gerbang jendela itu telah dipaku kukuh dengan papan-papan yang tebal. Sekumpulan manusia itu tiada pilihan lain. Papan-papan itu harus dikopak.

(more…)

Popularity: 55% [?]

Posted on 21 March '08 by So'od, under Cerita Jiwa-Jiwa. 62 Comments.

Piano Buat Along - Bahagian 2

pba01

Angah memeriksa jerangkap samar yang diciptanya di pintu hadapan. Ilmu kejuruteraan yang ditimbanya ketika di universiti dulu diaplikasikan sebaik mungkin untuk menghasilkan sistem penguncian yang mengelirukan dan mampu mencederakan sesiapa sahaja yang mahu memecah masuk. Andai kata penceroboh dapat meloloskan diri juga, gerbang-gerbang perangkap yang dibina daripada longgokan suratkhabar lama menanti mereka di setiap penjuru rumah. Silap langkah, penceroboh itu akan ditimpa runtuhan suratkhabar yang berat. Walaupun belum pernah teruji, Angah pasti ianya akan berfungsi dengan sempurna di saat-saat diperlukan.

(more…)

Popularity: 56% [?]

Posted on 19 March '08 by So'od, under Cerita Jiwa-Jiwa. 62 Comments.

Piano Buat Along - Bahagian 1

pba01

Angah mengintai pergerakan manusia yang lalu-lalang di kejiranan Harlem itu melalui celah-celah papan yang dipaku merentasi jendela. Setiap gerak-geri mereka diekorinya dengan penuh rasa curiga. Sejak lebih sepuluh tahun yang lalu, begitulah rutin Angah pada setiap hujung petang. Angah akan memerhati dengan teliti dan memastikan tiada sebarang tanda ancaman daripada sesiapa terhadap kediaman tiga tingkat yang diwarisinya bersama Along itu.

Di satu sudut rumah pula, Along sedang mengalunkan irama canggung menerusi ketikan piano kesayangannya. Dulu, semasa zaman mudanya, Along pernah bergelar maestro piano. Persembahannya sentiasa dinanti-nantikan peminat muzik klasikal seantero kota New York. Namun, penyakit radang sendi telah menamatkan karier gemilangnya lebih awal. Jari-jemari saktinya membengkok, kecacatan. Nota-nota muzik yang sempurna berubah jelik apabila dimainkan. Dalam penafian, Along terus mengetuk kekunci piano saban hari dengan harapan akan terpancar irama yang mampu merawat kekecewaannya. Malangnya, usaha itu hanya menambahkan kesakitan dan memburukkan lagi keadaan.

(more…)

Popularity: 52% [?]

Posted on 17 March '08 by So'od, under Cerita Jiwa-Jiwa. 51 Comments.

Yang Terakhir…

Tak berapa sihat sejak 2 hari lepas. Kepala masih pening. Tapi kena tunaikan janji dulu. Siapkan entri terakhir pasal OCD. Seringkas-ringkas yang boleh.

________________________________________________________

Secara umumnya, terdapat 2 jenis rawatan untuk OCD iaitu psychotherapy yang dipanggil Cognitive-Behaviour Therapy (CBT) dan juga rawatan ubat-ubatan. CBT adalah bentuk rawatan yang telah lama digunakan dan masih merupakan rawatan utama dalam menangani OCD manakala ubat-ubatan dapat membantu terutamanya untuk kes-kes OCD yang agak teruk.Exposure and Response Prevention (ERP) adalah teknik CBT yang diaplikasikan secara spesifik dalam rawatan OCD. Di dalam ERP, penderita OCD belajar untuk mengawal kegelisahannya dengan mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan ritualnya. Sebagai contoh:

(more…)

Popularity: 65% [?]

Posted on 29 February '08 by So'od, under Cerita Jiwa-Jiwa, OCD. 18 Comments.