Archive for 'Bipolar Disorder'
Sekumpulan manusia itu terus bertepuk tangan. Ucapan ketua mereka sejak tadi, benar-benar menaikkan semangat.
“Hadirin dan hadirat sekalian, kita adalah orang-orang yang terbaik di muka bumi ini. Kita adalah orang-orang yang mampu merubah dunia. Telah terbukti dalam sejarah yang kita telah berjaya melakukannya. Kita manusia genius! Kita manusia kreatif! Kita dilahirkan untuk menjadi pemimpin! Kita mempunyai kelebihan untuk menewaskan siapa saja!”, laung lelaki berambut putih itu dengan lantangnya, sambil melayangkan penumbuk kanannya ke udara.
Aksi hebatnya di pentas disambut dengan sorak-sorai anak-anak buahnya. Ada yang terlonjak-lonjak keterujaan. Tak kurang juga yang berteriak tanda bersetuju dengan hujah-hujah ketua mereka itu. Suasana menjadi semakin hangat.
(more…)
Popularity: 43% [?]
Chegu So’od:
Baiklah murid-murid. Hari ini kita akan berbincang tentang bipolar disorder..
Nuraddeen:
Apa chegu? Polar bear?
Chegu So’od:
BIPOLAR DISORDER lah Cik Deen. Awat telinga tak korek kaa malam tadi?
Nuraddeen:
Err.. err.. (tersengih-sengih)
Pa’chik:
Gapo dio bipolar disorder tu chegu weh?
(more…)
Popularity: 48% [?]
Suaranya kedengaran sehingga ke bilik rundingan yang terletak di antara wad lelaki dan perempuan. Tak berhenti-henti bercakap dengan nada yang lantang. Mungkin bisnesnya laku hari ini.
“Doktor, doktor! Sini sekejap!”, jerit seorang lelaki Melayu lewat 30-an, semasa aku mula melangkah masuk ke wad. Berada bersamanya beberapa orang lagi penghuni yang sedang duduk di ruang santai di sudut kiri wad. Semuanya sedang asyik menonton televisyen atau mungkin juga hanyut dalam dunia khayalan masing-masing. Langsung tak mempedulikan kedatangan aku. Kecuali seorang lelaki ini.
“Doktor, nak beli saham tak? Hari ni BSKL banyak untung. Rugi kalau doktor tak beli sekarang. Esok mungkin pasaran jatuh balik. Belilah doktor. Cepat kaya nanti”, terang lelaki itu laju, bak bertih jagung. Pergerakan badannya galak. Sekali pandang seperti jurujual yang bersungguh-sungguh mahu menjual produknya.
(more…)
Popularity: 37% [?]