Salam Aidilfitri
Assalamualaikum semua!
Apa khabar? Semoga Ramadhan setakat ini membawa sejuta kebaikan untuk kalian.
Tak berapa hari lagi Syawal akan tiba. Sekejap sangat rasanya puasa kali ni, kan?
Bagi aku, Ramadhan tahun ini amat bermakna sekali. Gembira dan bersyukur atas kesempatan yang dikurniakan. Memang pulun sakan sampai takde masa nak hapdet blog dan lawat blog kawan-kawan. ![]()
Bagi entri kali ini, aku ingin mengambil peluang yang singkat ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pembaca aRmPunyaDotCom. Mohon kemaafan jika ada tersilap kata, terkasar bahasa, terguris hati sesapa. Adatlah manusia yang sentiasa mempunyai kekhilafan. Apatah lagi aku yang tak berapa betul ni. Huhu. Sekali lagi, mintak mahappppp!
Akhir kata, sesapa yang pulang ke kampung tu berhati-hatilah di jalan raya. Aku rayu sangat-sangat. Hidup ini terlalu besar ertinya untuk dipergadaikan.
Sekian. Salam.
p/s Buat masa ni, aku takde apa-apa perancangan terbaru untuk blog ini. Semakin terkejar-kejar dengan aktiviti luar. Jangan ingat aku nak tutup blog pulak ye? ![]()

Buat ucapan ikut stail penyimpan mohor besar raja-raja. Sengaja selitkan Apeng dengan Azza sekali.
Sori ye Korok, Tyra & Ajai. Korang tak muat. Tunggu raya tahun depan lak! Ke Deepavali ke! ![]()
Popularity: 53% [?]
19 Komentar di “Salam Aidilfitri”