Entri Ini Temanya Hehe
Sekarang pukul 3:12 pagi. Aku baru lepas bersahur. Makan roti cecah Milo je. Hehe.
Dah lama aku tak taip entri pagi-pagi buta macam ni. Dulu selalu jugak, masa aku rajin bercumbu dengan malam. Hehe.
Sejak 2-3 hari ni, aku banyak makan. Mula dari lepas bukak puasa Jumaat 1 Rejab tu, macam-macam benda aku telan. Hari Sabtulah yang paling dasat. Aku makan 4 keping roti canai dan 3 bungkus nasik lemak. Itu tak campur perabihkan sisa-sisa donat Big Apple yang adik aku belikan. Hehe.
Sebenarnya bulan lepas berat aku dah turun 3 kg. Mungkin sebab aku penat buat kerja kot. Sebab tu sekarang ni tiba-tiba berselera makan. Takpe la kan. Sementara boleh makan. Hehe.
Aku memang tiap-tiap 2 minggu catat berat badan. Atas sebab kesihatan. Bukan sebab jaga badan. Hehe.
Oklah. Aku rasa aku dah mamai. Cukuplah dulu entri sekadar nak elak blog bersawang ni. Sebelum aku merepek tah hape-hape lagi. Hehe.
Popularity: 42% [?]
26 Komentar di “Entri Ini Temanya Hehe”