Akan Tutup Nanti
Mula-mula sekali, aku bukan nak tutup blog. Memang tiada dalam perancangan. Perancangan aku, that is. Perancangan Dia, kita tak tahu. ![]()
Sebenarnya tajuk entri kali ni adalah tajuk sebuah sajak dalam koleksi aku. Aku pernah menyiarkannya di blog lama aku dulu, with *Arm*s wide open (wAwo), hampir-hampir setahun yang lepas.
Maksud sajak tersebut sememangnya berkenaan dengan ramalan bahawa akan berlaku penutupan blog dalam waktu terdekat. Dan memang benar, sebulan selepas itu, wAwo terkubur atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Hari ini, aku mengeluarkan semula sajak tersebut. Meskipun Penguasa telah memberi peluang sekali lagi untuk aku kembali berblog, aku tetap mengingatkan diri yang semua ini hanyalah sementara. Dia berhak mengambil semula peluang yang dipinjamkan bila-bila masa saja. Kemudian, timbullah persoalan-persoalan remeh yang sedikit meruntun perasaan.
Macamana kalau tiba-tiba saja kita pergi tanpa sempat ucap bye-bye? Apa akan jadi kepada blog kita? Ada tak orang akan datang menjenguk blog kita?
Entahlah. Aku pernah juga melawat blog-blog mereka yang dah pergi meninggalkan kita semua. Aku sedih.
Blog ni macam harta pusaka kita, peninggalan untuk orang tersayang. Tempat tersimpannya segala memori terakhir kita. Juga tanda yang kita pernah hadir dalam hidup orang lain. Orang yang saling menghargai kewujudan masing-masing tapi tak pernah berjumpa. Kiranya inilah batu nisan kita di alam siber. Haih!

Popularity: 56% [?]
28 Komentar di “Akan Tutup Nanti”