aRmPunyaDotCom : dotcomku, dotcommu jua!.

Entri Cukup Bulan [Jun 2008]

Bulan Jun yang baru lepas merupakan antara bulan yang paling santai buat aku tahun ini.  Biarpun sepertiga awalnya dihabiskan untuk melengkapkan misi luar kawasan, selebihnya diluangkan sepenuh masa di rumah. Peluang keemasan itu aku penuhi dengan menulis dan menyambung tugasan lain yang menuntut perhatian.

  • Keseluruhannya 16 entri tersiar di blog ini sepanjang Jun. Jumlah entri yang agak besar mengikut standard aku. Pencapaian menulis satu entri setiap hari selama 9 hari berturut-turut bermula 13-21 Jun adalah rekod terbaik aku setakat ini. Ketegaran yang muncul mendadak selepas pulang bermisian tidaklah begitu menghairankan sebenarnya. Memang aku telah bertekad sejak awal untuk giat menulis selagi waktu mengizinkan.
  • Satu rekod juga tercipta di mana aku menyiarkan sajak-sajak di luar waktu yang ditetapkan iaitu Sabtu. Ini disebabkan ilham yang tiba-tiba datang mencurah-curah dan aku tak mahu mensia-siakannya. Hasilnya, lima buah sajak berjaya dikongsikan di aRmPunyaDotCom.
  • Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengulas sedikit berkenaan entri bersiri - Aku Sungguh Perasan I, II dan III. Tujuan sebenar entri tiga serangkai tersebut disiarkan adalah untuk memperbetulkan salah tanggap seseorang tentang aku. Aku sekadar ingin membuktikan yang aku boleh bersikap telus. I have little to hide about my past.
  • Aku juga telah membuat kejutan dengan memberi hadiah kepada peninggal komentar ke-5000 di aRmPunyaDotCom. Tahniah kepada Tyra kerana terkantoi! :)) Untuk bulan Julai, aku tak mahu menjanjikan apa-apa lagi. Tunggu dan lihat poket aku kembung ke tak dulu! Untuk makluman semua, usul untuk pertandingan gores dan menang seperti yang diuar-uarkan tempoh hari telah ditolak kerana haram! :))
  • Aku suka suasana di blog aku sekarang. Agak-agak lengang. Jumlah peninggal komentar pun menyusut. Walaupun semakin kurang meriah, aku rasa best! Mungkin kalau aku jenis yang mengejar trafik atau populariti, aku akan sedikit gusar. Tapi buat masa ini, aku lebih selesa berada dalam lingkungan mereka yang sudah biasa dengan cara aku berblog. Boleh aku membuka cerita yang merepek-repek lagi tanpa rasa perlu ditapis. :D

Bulan Julai ini aku berkemungkinan akan memperlahankan sedikit rentak berblog. Tapi kalau berdasarkan prestasi tahun lepas, Julai menyaksikan aku banyak menulis cerita-cerita pendek. Siapa ingat Pertemuan Bahagian 1 sampai 5 yang menjadi entri-entri terakhir blog with *Arm* wide open sebelum ditutup? Teringin pulak nak menyambungnya. Tengoklah keadaan. Aku ni kalau plan siap-siap, memang jaranglah nak jadi. Aku suka spontan. :D

Popularity: 47% [?]

Ditulis pada 1 July '08, bawah kategori Pengumuman.

30 Komentar di “Entri Cukup Bulan [Jun 2008]”

#1 Suparjo (01.07.08 @ 00:50 )

Dah sambong chapter Pertemuan tu,
jangan tetibe ko tutop blog ni lak.

memang nak kene cHreT la jawabnye.

Suparjo’s last blog post..Men-Tua

#2 So'od (01.07.08 @ 00:56 )

parjo, tak tutop kot.. kang x pasal2 ade org buat entri tribute kat aku plak kang.. haha! :))

#3 Suparjo (01.07.08 @ 01:13 )

ha ha.
L*h*n*t!!

Ape ade hal?

Suparjo’s last blog post..Men-Tua

#4 Tyra (01.07.08 @ 07:57 )

Oh… cerita pertemuan… aku masih ingat yang insiden kau nak beli kain tu. :D

Tyra’s last blog post..Mengimbas Kembali.

#5 azah (01.07.08 @ 08:55 )

Untuk makluman semua, usul untuk pertandingan gores dan menang seperti yang diuar-uarkan tempoh hari telah ditolak kerana haram!

ko sajer jer taknak bagi aku menang! ko adalah dengki :(( tiada yang lebih dengki melainkan pendengki :|

nasib baik aku bukan keji cam akeji :| kalau tak mesti aku dah buat pakatan menjatuhkan presiden =))

azah’s last blog post..Tissue Please!

#6 plankton (01.07.08 @ 09:41 )

whatever, gua baca je……. :)>-

plankton’s last blog post..Can’t stand it

#7 cikguzue (01.07.08 @ 09:48 )

buat ‘mencari harta karun’ la pulak…..hehhehe….

atau, pengomen paling jauh yang paling setia…..sure2 cikgu dapat kan….:d

cikguzue’s last blog post..Conference-Day 2

#8 So'od (01.07.08 @ 10:02 )

parjo: dah malu ko &#%^@$ aku lak ye? ha ha! cHreT!

tyra: a’ah beli kain buat baju kurung..:| :))

azah: aku pun xtau apsal.. dgn ko je aku dengki.. maybe sbb ko dengki aku dulu kot.. so aku x terasa bersalah nak dengki kat ko balik.. haha!

plankton: terima kasih.. den pun samo.. antara cpt dan lambat baca je..:D

chegu: Insya Allah.. berkat kesabaran & keikhlasan, rezeki chegu akan tiba jua suatu hari nanti.. chewah! :)) cari harta karun tu mcm menarik gak.. :-?

#9 azah (01.07.08 @ 10:05 )

err :-s bile aku dengki kat ko :(( dengki giler ko!!! :))

*ini bukan komen menjatuhkan presiden*

azah’s last blog post..Tissue Please!

#10 cik iman (01.07.08 @ 10:06 )

sy pengikut setia blog anda…so jgn ngade2 mau tutop haaaa:whistle

cik iman’s last blog post..salam kerinduan

#11 oDeeNo (01.07.08 @ 12:24 )

Haha..
Hari nih malas nak pakai code mossasa’ad.|-)
Haha.. mujur berjaya diharamkan. So, tak dapat la aku dengki dgn orang yg menang. :dance:dance
:)):))

oDeeNo’s last blog post..DeeN WaS HeRe!

#12 akira (01.07.08 @ 13:17 )

Oit! Kain baju kurung kamu tu dah amek belum?
Saya rasa sampai sekarang baju kurung tu tak siap-siap lagi rasanya =))

#13 achik (01.07.08 @ 13:32 )

x best plan2 ni.. :d

achik’s last blog post..PENYAKIT

#14 kema (01.07.08 @ 14:00 )

od, kalu hang buat peraduan
pastu aku masuk
tapi aku tak menang
boleh tak hang bagi hadiah kat aku?
asyik bagi hadiah kat orang yg menang ajerk.
bagila pulak kat org yang kalah.
kesian tau…
aku rasa macam best la idea aku ni :D
setuju la od.
ok? set!

kema’s last blog post..63 - Penyakit sekerat-sekerat

#15 nur'ain (02.07.08 @ 01:20 )

hoh?! ke 5000 ade adiah secret dr o’od :|

saya suka jadik pembaca senyap

#16 young mango (02.07.08 @ 08:41 )

salam..
dr. am , kad dh smpi ke?nama tu sy tulis je sbb xtau nama sebenar apa…hehe..jemputla dtg nnt ye..

#17 azza (02.07.08 @ 08:45 )

Tujuan sebenar entri tiga serangkai tersebut disiarkan adalah untuk memperbetulkan salah tanggap seseorang tentang aku. Aku sekadar ingin membuktikan yang aku boleh bersikap telus.

well you’ve done ur part. we cant afford to please everyone all the time right, so i guess yg penting is that we know who we are :)

#18 So'od (02.07.08 @ 08:52 )

azah: yela, yela.. aku yg dengki..:|

cik iman: oh x tutup kot.. time kasih ye rajin baca sy..:D

deen: kira aku menyelamatkan hang la ni..:))

akira: a’ah.. mmg pun.. suruh cina kedai tu simpan utk thn dpn..:p

achik: betul tu.. x adventuras la kan..:D

kema: good idea gak tu.. aku dahla jenis x bole tahan tgk org kurang bernasib baik memintak2 ni.. ekeke..

nur’ain: xpe.. senyap2 pun sy hargai.. nnt sy buat hadiah utk pembaca senyap plak.. haha!

young mango: salam.. dah terima semlm.. insya Allah sy cuba..:d *kepakgebum kepakgebum*

azza: yup.. betul ckp kamu..:D

#19 zirafah pendek (02.07.08 @ 10:54 )

aku tak leh kalau tak share menda ni ngan ko, in your previous post, aku bizi bodi ler kan, baca komentar gaks. yg last tu aku tak tahu sapa komen sapa, tapi mata aku macam blur ler sikit, bila baca, pembacaan tu jadik lain.
~~~~~~
#18 akira (30.06.08 @ 15:53 )

Kamu adalah pungguknya ke?
Huhu..
~~~~~~
pungguk = pungkok

aaaaaaa, sowi! sowi! so’od kejar ngan sepatu lusuh!!! lariiiiiiiii :d

zirafah pendek’s last blog post..Abide the instruction

#20 So'od (02.07.08 @ 13:14 )

zirapahhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! *kejar baling sepatu usang kat pungkoq*

#21 zirafah pendek (02.07.08 @ 13:51 )

laliiiiiiiiiiii kuatk-kuatk!!! =))

zirafah pendek’s last blog post..It’s time to freshen thy soul

#22 Tyra (02.07.08 @ 22:51 )

aku dengar-dengar ada orang nak merancang pasal plot menjatuhkan presiden? <):)

Tyra’s last blog post..Balasan Dari Mamat!!!

#23 azah (03.07.08 @ 09:28 )

mana ko dgr tyrah :- aku tak dgr pon :blush

azah’s last blog post..Pepel Petrelli Sakit

#24 So'od (03.07.08 @ 11:07 )

zirapahhhhhhhhhhhhhhh!

tyra: xpe.. aku tegar..:D

azah:
:whistle

#25 azza (03.07.08 @ 14:05 )

so’od bin lebai semaaaaaan!!! saya dah dapat hadiah kamuuu! terima kasih banyak-banyak ganda 23!!! kalau tak sbb satu line yang membabitkan nama sebuah novel yg tak sanggup untuk sy tulis lagi sekali di sini i would have been touched like crazy (although im still touched la walaupun dicampur baur dgn rasa macam nak tembak salah seorang ahli plas kamu!x()!!! =))

but seriously terima kasih banyak2! hadiah di bawah hadiah membuatkan mulut sy ternganga, i am touched! youve made my day! thanks!! :D

#26 azza (03.07.08 @ 14:07 )

and ish i feel like i have to explain myself: that’s not the only malay novel ive ever read okaaay!! :)) haish lain kali jgn tanya tirah apa2 lagi dah!! :(( :P

#27 !x0r@ (03.07.08 @ 15:14 )

terasa lama sungguh saya tak jenguk sini. eheh. ampunnn..

!x0r@’s last blog post..Generous Blogger

#28 azah (03.07.08 @ 15:38 )

ehh..rupa-rupanya aku menduduki tangga teratas komentar paling rajin pada awal2 bulan ni ekk… tapi nanti mesti aku terjatuh kat bawah balik ujung2 bulan nanti :(

azah’s last blog post..Komplen, komplen, komplen!

#29 So'od (03.07.08 @ 17:02 )

azza: sorry.. xde sape lagi sy nak tanya..:)) sama2.. enjoy! :D

ixora: xpe.. sy tau kamu busy dgn study.. :D sy pun jarang jalan2 blog org dah skrg.. sy dlm fasa menyombong diri.. hehehe..

azah: ko mmg hangat2 taik panda..:)) xpe weh, aku x anjurkan pertandingan sape komen plg byk pun.. sape yg plg iklas je..:D

#30 wana.aily (03.07.08 @ 21:05 )

KNaPe NaK MeMPeRLaHaNKaN ReNTaK BeRBLoG BuLaN JuLai NiH :(

SiLe LaJuKaN ReNTaK ! :D

WaNa KeBiZiaN & Ke”DOWN”aN , BiLe LaLu LaLaNG Kt SiNi , UP SKeT :blush :D

abg arm jawab kat sini :)) : nak perlahan sikit.. nak buat keje lain..:D tp dtg la.. selang 2-3 hari insya Allah ade hapdet..:D

wana.aily’s last blog post..DoWN ~

Tinggalkan Komentar







:) :( :d :blush :(( :dance :x 8-| /:) :o :-? :whistle :-w ;) [-( :)>- more »