aRmPunyaDotCom : dotcomku, dotcommu jua!.

Terjerat Jua Kau Akhirnya

Entri kali ni bukan entri sajak. Jangan tertipu dengan tajuk di atas.

Mungkin korang tak tau yang sejak awal bulan ni aku memasang jerangkap. Ya, ada jerangkap di blog ni. Aku pernah bagi amaran, tapi tak siapa pun ambik peduli. Aku tunggu dan tunggu dan tunggu siapa yang akan terkantoi.

Akhirnya semalam aku berjaya menangkap orangnya! Dan aku ada bukti kukuh untuk menyabitkan beliau dengan kesalahannya. Sekarang terimalah balasan yang setimpal dengan perbuatanmu, wahai manusia!

Lihat dulu buktinya…

bukti 1

bukti 2

bukti

Ya! Inilah dia pesalahlaku tersebut! Pengomen ke-5000 di blog ini! :o)

Tahniah kepada Tyra atas kejayaan yang tak disangka-sangka! :))

Sengaja aku tak hebohkan awal-awal tentang niat aku memberikan hadiah kepada pengomen ke-5000 yang memang aku jangka akan tercapai bulan ni. Aku cuma pernah bagi beberapa hint saja. Tapi aku rasa takde siapa yang dapat tangkap maksud aku. Baguslah! Barulah surprise, dan adil!

Dan barulah aku nampak siapa yang datang ke blog aku untuk mengomen dengan ikhlas. Terharu aku baca komen bertuah tu. Bersungguh-sungguh betul beliau nak membaca entri aku walaupun beliau buta sajak. Yang lebih menakjubkan, beliau juga pengomen ke-4999 dan ke-5001! :))

Kepada Tyra, nanti aku poskan hadiah. Kepada yang lain, teruskan melepak di aRmPunyaDotCom. Bulan depan aku nak anjurkan pertandingan gores dan menang! Rugi kalau tak join! :))

Jangan kata aku tak bagi hint pulak nanti ye! :D

Yang Sesuka Hati Nak Tangkap Anak Dara Orang,

signature

Popularity: 40% [?]

Ditulis pada 27 June '08, bawah kategori Pengumuman.

18 Komentar di “Terjerat Jua Kau Akhirnya”

#1 azah (27.06.08 @ 14:34 )

Huh! Tak sabar aku nak gores! Aku gores muka ko dulu ek :|

azah’s last blog post..Akak KT Tunstall Sangat Cool

#2 azah (27.06.08 @ 14:38 )

aku tak sure komen kejam aku tadi masuk ke tak :| sbb musang berapi aku tetibe ilang dr pandangan :| ape pun aku mengucapkan tahniah utk tyrah…ingatlah! Kejayaan Hari Ini Bukan Bermakna Kejayaan Hari Esok Ko Punya Jugak! :))

tak sabar betul nak gores ni!!!

azah’s last blog post..Akak KT Tunstall Sangat Cool

#3 Tyra (27.06.08 @ 14:40 )

hoh! Azah sangat kijam… =))

Oh… aku pun tak sangka… wawawa… first time nih aku menang pertandingan… :blush masih lagi sempat ngata aku ye Tuan rumah.. :-w

Tyra’s last blog post..Mengimbas Kembali.

#4 Tengkorak Hidup (27.06.08 @ 14:48 )

Jah..Dah X Dapat Hadiah Tu Diam Je Lah..

#5 So'od (27.06.08 @ 14:53 )

azah: waktu2 mcm nila selalunya akan nampak segala mcm busuk hati dlm diri ko keluar..=)) adeh! =))

tyra: ko menang pertandingan atas nama keikhlasan.. bagus kan? itu sepatutnya membuatkan kutukan aku tu tak bermakna langsung pd ko..:))

#6 Mak Su (27.06.08 @ 14:54 )

nk kena beli keropok dulu ker?

(aku ingat ko akan letak klise ko yang ke-3, tepeklah kat sini jugak, tentu ramai akan excited)

Mak Su’s last blog post..What are you?

#7 So'od (27.06.08 @ 14:54 )

korok: kan dah kena sound dgn bre! =)) =)) =))

maksu: kene beli kopok dulu baru bole tikam! :)) esok baru den tepek yg itu.. beri laluan dulu.. hehe..

#8 mudin001 (27.06.08 @ 15:25 )

alors…. await tak habaq awai-awai… grrr :-w

mudin001’s last blog post..Siapa kata rakyat Malaysia tidak membaca?

#9 wana.aily (27.06.08 @ 15:58 )

TaHNiaH TyRaH :x !!!

*JeLeS*

:))

wana.aily’s last blog post..JaWaTaN KoSoNG !!!

#10 azza (27.06.08 @ 16:49 )

=)) congratulations tirah! hahaha! perghhh sipi sangat laaaa! it could’ve been me! :))

#11 azza (27.06.08 @ 16:52 )

oops, and ajah! jgn la marah yang! kot2 esok lusa o’od buat pertandingan siapa paling terer bodek dia melepas nnt! =))

#12 RynnComel (27.06.08 @ 19:50 )

:em57:

tahniah atyrak!

seperti biasa,kita split yew :))
aku rs kann, agik bagus ko buat gini :-?

xde lew nnt muncul manusia yg nak komen semata-mata utk dapatkan hadiah.
psst! gaji sekretari x bayar lagi :whistle
:em53:

RynnComel’s last blog post..Keluh Kesah Bersama Makcik I

#13 oDeeNo (28.06.08 @ 10:33 )

*-:)
:-$
3:-o
~:>
[-x
~o) & ~o)
@-)
- maksudnya, Tahniah tirek! Goreng & Menang kan dah diharamkan kpdnhep. Hang nak kena tangkap ka, Pak Lang??

oDeeNo’s last blog post..DeeN WaS HeRe!

#14 So'od (28.06.08 @ 12:51 )

mudin: supaya takde kekecohan yg tiba2.. haha!

wana: jgn jeles.. teruskan mengomen ye! :D

azza: yeah it could’ve been u but better luck next time! :)) weh! x perlu bodek sy utk menang hadiah.. jd mangsa kutuk sy pun cukup! =))

runah: kata2mu berbaur keciwa.. haha! xpe, ko iklas tolong aku dan x mengharapkan balasan kan? :|

deen: ooo tukaq la camtu.. kita buat gilis dan menang! :))

#15 cikguzue (29.06.08 @ 04:18 )

takde hadiah pengomen paling jauh….:(

cikguzue’s last blog post..Busy Day

#16 So'od (29.06.08 @ 20:15 )

chegu..:| kalau camtu sure2 chegu yg menang.. xde tandingannya.. hehe..

#17 hamba (30.06.08 @ 22:34 )

assalamualaikum…..

apa habaq dok?semoga keceriaan2 dlm blog ni berterusan..:)..seronok tengok….

[…] juga telah membuat kejutan dengan memberi hadiah kepada peninggal komentar ke-5000 di aRmPunyaDotCom. Tahniah kepada Tyra kerana terkantoi! Untuk bulan Julai, aku tak mahu […]

Tinggalkan Komentar







:) :( :d :blush :(( :dance :x 8-| /:) :o :-? :whistle :-w ;) [-( :)>- more »