aRmPunyaDotCom : dotcomku, dotcommu jua!.

Jiwa Ini Dilambai-Lambai, Lagi

Tentu ramai yang dah mengagak takkan ada lagi sambungan kepada entri bersiri Aku Sungguh Perasan. Aku tahu ramai yang dah sedar akan obsesi aku terhadap angka 3. Three is always enough! :D

Sebenarnya, aku pun tak suka nak menggembar-gemburkan pencapaian aku yang tak seberapa dalam hidup. Bukannya apa. Aku boleh saja menulis tentang kejayaan aku menggondol Anugerah Naib Canselor dan tiga lagi anugerah sampingan pada majlis konvokasi. Aku juga boleh menayang muka aku yang disiarkan di suratkhabar atas pencapaian-pencapaian tersebut di sini. Tapi untuk apa? Cukuplah sekadar pengalaman-pengalaman itu menjadi kenangan yang tersisip dalam lipatan sejarah hidup yang singkat ini.

Sesungguhnya, aku adalah seorang manusia yang sentiasa merendah diri, dan tak hensem langsung! :))

Seterusnya, tujuan utama aku menulis entri ini. Lihat tajuk di atas? Ada suara yang memanggil-manggil aku.

jabalrahmah

Hari ini, tepat 6 tahun yang lalu, aku telah dikurniakan kesempatan oleh-Nya untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Hari ini, tepat 6 tahun yang lalu, aku pertama kali melihat Baitullah benar-benar di depan mata. Rasa kerdil dan teduh hati yang dirasakan pada saat itu datang lagi hari ini. Hari ini, aku memohon kepada-Nya supaya dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan untuk kembali lagi ke sana.

Doa-doakan aku dapat memenuhi bucket list aku yang ini ya, kawan-kawan!

Nota Am: Mahu berehat beberapa hari untuk merangka misi dan menyusun strategi selanjutnya. Selamat berhujung minggu semua!

Popularity: 44% [?]

Ditulis pada 20 June '08, bawah kategori Cerita Kelmarin, Refleksi.

18 Komentar di “Jiwa Ini Dilambai-Lambai, Lagi”

#1 azah (20.06.08 @ 15:38 )

InsyaAllah dapat pergi lagi… Amin…

wei, aku ingat ko nak merangka layout lanun :)) rupanya nak merangka misi seterusnya :| kecewa sebentar 8-|

azah’s last blog post..Vanilla Milkshake Day

#2 RynnComel (20.06.08 @ 17:06 )

:em57:

alaaaa!~ misi kali neh berjauhan agik kew?
xde hapdet kew nanti?
im gonna miss you lew,nre :((

ko ingat x ko penah kate yg nak buat gath genglanun kat sane?
aku ingat sampai skrg,nre :D

:em53:

RynnComel’s last blog post..Jaga Pandangan Mata

#3 So'od (20.06.08 @ 17:11 )

azah: amiin.. terima kasih..:D dlm merangka2 tu, nanti aku buatla.. tp x janji.. ikut mood.. heee..:D

runah: aku merangka je baru.. next mth baru bermisi-misian lg.. bulan ni masih free.. :D insya Allah.. itu perancangan jangka panjang.. bila semua dah berkemampuan dan berjaya..:D

#4 Tyra (20.06.08 @ 17:58 )

wooooo… :O
ada rupe cam Brad ke-Pitt disitu.. b-)
nak signnn…. =p~

*asal aku tibe2 memuji nih?? -bingung-*

Tyra’s last blog post..Kuku Aku.

#5 kema (20.06.08 @ 18:07 )

aku pun tringin nak pegi gak
doakan utk aku sekali ek.
selamat berwiken :)

kema’s last blog post..58 - Huruharakah?

#6 oDeeNo (20.06.08 @ 18:08 )

Aku tersaspek la Pak Lang!
Aku pon nak pi.
Tp masih belom dilambai2 ke sana.
Aku masih merangka misi ke sana.
Moga2 aku pon dipanggil ke Sana.
Tp tahun depan misi mak aku kot. Insya Allah!

Pak Lang, moga panggilan hang tidak tergendala. Insya Allah!
Err..er… Pak Lang, sape sebelah tu? [:whistle]

oDeeNo’s last blog post..DeeN WaS HeRe!

#7 So'od (20.06.08 @ 18:52 )

tyra: walaupun ko bukan puji sgt pun tp aku rilekssss.. mood aku tranquil arini..:))

kema: insya Allah.. ada rezeki sampai la nanti kan, kan.. selamat! :D

deen: hang pun sama gak.. benda ni kalau kita ada niat, insya Allah lambat laun akan dtg jugak peluang dan kesempatan.. hebat ayat aku kan.. haha! err.. yg sebelah tu.. biar dia dgn secret identitynya.. dia x perlu diglemerkan :D

psssst.. sape2 yg tahu sila jgn hebahkan.. aku pinta jasa baik semua..TQ :D

#8 WaNa.aiLy (20.06.08 @ 19:17 )

HuHu…

JgN LuPe BwK WaNa sKaLi NnTi TaW~!

WaNa.aiLy’s last blog post..KeTeNSYeNaN MeLaNDe ~

#9 azza (20.06.08 @ 20:56 )

insyaAllah murah rezeki kamu, nnt akan sampai juga :)

ish, tiba2 saya rasa sayu pulak. bilala agaknya sy dapat pergi…

#10 So'od (20.06.08 @ 21:11 )

wana: insya Allah.. kalau ada jodoh..:D

azza: semuanya start masa bulan puasa that year.. sy x pernah miss doa especially sebelum berbuka (antara waktu mustajab berdoa).. xtahu kenapa tahun tu teringin sgt nak buat umrah.. alhamdulillah termakbul.. syukur sgt.. rezeki lebih sikit tahun tu.. sebelum pegi umrah tu pass exam top of the class.. then balik umrah dpt beli kereta..:D insya Allah giliran kamu will come soon.. jgn henti2 mintak ok? :)

#11 achik (20.06.08 @ 21:24 )

daku pun teringin nak gi.. sape yang tak teringin nak gi kan..
jeles ngan kakak ngan abangku yang dah gi masa kecik2 dulu..
err daku pun ikut gak.. tapi dalam perut… ekeke.. :p

semoga ko dimurahkan rezeki utk pegi lagi.. :)

achik’s last blog post..PERMULAAN SEBUAH AKHIRAN

#12 cikguzue (21.06.08 @ 07:07 )

alhamdulillah…nanti haji la pula,insya-Allah.

kat Jabal Rahmah tu pun mustajab doanye. terutama bagi yg berkasih atau mencari jodohnye….
mana tau, dah dekat jugak lambaian jodoh tu….hehehe….

apepun yg melambai, semoga lambaian itu lambaian yg membawa keimanan….

cikguzue’s last blog post..Tresaith on Cardigan Bay with love

#13 oDeeNo (21.06.08 @ 12:17 )

Hehe
Ok, ok sesiapa yg tahu sila hebahkan eh eh jangan hebahkan.
Ya la, ya la. Tak mo tanya dah! :whistle
Pak Lang, derma la tiket pi umrah ka haji kat aku. Lagi cepat aku pi, lagi baguih. Ekekekeeee!! :>

oDeeNo’s last blog post..DeeN WaS HeRe!

#14 So'od (22.06.08 @ 12:11 )

achik: insya Allah.. utk kamu juga..:D

cheguzue: insya Allah.. itu yg x sabar tu.. huhu.. a’ah mustajab gak kat Jabal Rahmah tu, tp nampaknya Dia ada perancangan Dia yg tersendiri..:D

deen: kalau aku keja chop tiket kapai terbang aku bagi hang ok? :))

#15 akira (23.06.08 @ 03:12 )

Koleksi gamba kacamata itam sebelum spek di kiben ek?
Hahak!

Dalam ni.. Muka kamu nampak macam pelakon robocop.. Muka garang.. :))
Cuma bezanya warna kulit kamu jek..
He he he.. :D

#16 So'od (23.06.08 @ 07:54 )

akira: a’ah spek the matrix seblum dikiben.. huhu.. mmgla.. robocop versi telegu..:))

#17 apeng (23.06.08 @ 16:16 )

aku nak p…aku nak p….x pernah aku sampai tanah suci mekah..tapi….kalo aku p…nak kene pakai spek mata itam mcm robocop versi telegu gak ker…argghhh..ni yg perit nih..tidaaakkk…

#18 So'od (24.06.08 @ 06:20 )

apeng! b-(

Tinggalkan Komentar







:) :( :d :blush :(( :dance :x 8-| /:) :o :-? :whistle :-w ;) [-( :)>- more »