Aku Sungguh Perasan I
Tiba-tiba aku rasa nak habiskan bulan Jun yang santai ni dengan menulis entri-entri bertemakan perasan. Amacam? ![]()
Sebelum tu aku nak luahkan sikit isi hati. Adalah seseorang tu, dia meragui aku. Apa aku ni tak cukup jujur dan ikhlas ke? Don’t play-play with my heart okay? Aku takde niat yang menyeleweng sape-sape pun. Mengertilah! *tamat*
Kejap. Perlu ke aku bagi amaran lagi pasal entri perasan eh? ![]()
Erm.. Mungkin aku perlu beri peringatan bahawa adalah rugi jika korang tidak mengikuti blog aku sepanjang bulan ni. Sungguh! Bila lagi korang nak tengok aku yang giler humble ni bercakap macam bagus, kan? ![]()
Mari kita mulakan!
Entri ini memaparkan gambar berunsur 18SX. Sila berhati-hati. ![]()

Ya! Sekali lagi Si Botak, Bulat dan Panjang memunculkan diri! Nasib baik dah censored! ![]()
Kat atas riba Mak tu Angah. Dua orang lagi tu anak-anak nenek angkat aku.
Kalau nak tau, Along dan Angah berkulit cerah, bermata sepet seperti Pak yang berketurunan Siam. Jadi, aku berbangga mempunyai kulit hitam manis dan bermata bulat seperti Mak! Yeah, aku anak Mak! ![]()
Sebenarnya aku nak cakap yang aku comel masa kecik. Bila besar pun tetap maintain! Malah bertambah hensem! ![]()
Oklah. Sekian dulu entri perasan hari ni. Tunggu esok pulak! ![]()
Popularity: 34% [?]


27 Komentar di “Aku Sungguh Perasan I”