Cinta Dalam Hati
Awas! Entri syok sendiri. Tinggalkan blog ini sekiranya anda mencari berita panas berkenaan isu-isu semasa kerana aku tak pernah menjadi pemblog yang suka mengulas, menghentam, menimbulkan kontroversi atau mengambil kesempatan atas keadaan yang sedia gawat.
Aku adalah seorang pemblog peribadi yang neutral, aman dan perasan.
Amaran telah diberi!
Hehehehehehe! Giler jadinya kalau biarkan aku menulis secara impromptu. Memang mengarut! Tapi memang betul pun, kan? Aku jarang sekali bercakap tentang isu-isu semasa. Bukan sebab aku tak prihatin. Mungkin sebab aku tak suka memeningkan kepala. Yang penting kita terus beradaptasi terhadap perubahan yang berlaku. Mungkin ada yang beranggapan aku mementingkan diri sendiri. Tak mengapa. Aku tahu apa yang aku buat. Condemn-mengondemn bukan cara aku. ![]()
Petang semalam aku giler bosan. Rumah kosong takde orang. Petang sikit baru nak keluar pergi bengkel ambil kereta. TV pulak tayang cerita Mat Sentul yang entah apa-apa. Jadi, aku pun melalak. Hobi lama tu! Hehe.
Aku suka lagu Cinta Dalam Hati nyanyian Ungu, lebih-lebih lagi versi unplugged dia. Best! Seperti biasa, aku rakam lalakan aku secara impromptu. I wish a had a guitar though.
mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dengan hidupmu, dengan hidupmutelah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukkuku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja
Popularity: 44% [?]


25 Komentar di “Cinta Dalam Hati”