Pak Oh Pak!
Apa kata kita revisit apa yang aku blogkan pada hari ini setahun yang lalu? ![]()
Hujung minggu ini aku tinggal di rumah bersama Pak saja. Mak dan Ateh turun ke KL pada hari Jumaat, menguruskan hal persediaan perkahwinan Ateh kelak. Tinggal ‘bujang’ bersama Pak bukanlah sesuatu yang aku look forward to. Entah kenapa, kurang syok. Pertama, kami kurang bercakap. Maka akan bosanlah hidup aku seketika. Kedua, sudah tentu tentang makan. “Kita nak makan apa hari ni?” adalah satu pertanyaan yang sangat sadis bunyinya. Faham-faham jelah.
Kelmarin, Pak sepagian takde di rumah. Entah ke mana perginya. Nasib baik aku ditinggalkan dengan beberapa ketul kuih yang-aku-suka-makan-tapi-tak-ingat-nama yang dibeli untuk sarapan pagi. Menjelang tengahari, kelibat Pak masih belum kelihatan. Handset pun tak dibawanya. Kereta pun tak ke mana-mana. Maknanya, Pak tak pergi jauh. Mungkin di sekitar kawasan rumah saja.
Aku keluar ke laman. Aku intai-intai. Tak nampak juga batang hidung Pak. Kemudian, fokus mata aku melangkaui pagar rumah, ke arah padang depan rumah to be exact. Dan di situ aku terlihat Pak. Sedang main pondok-pondok dengan kawan-kawan! Main pondok-pondok semasa Mak aku takde! Siap ada makan-makan lagi! Oh!
Tanpa berfikir panjang, aku terus masuk ke dalam dan mencapai kamera. Tujuan aku: untuk merakam perbuatan Pak sebagai bukti kepada Mak! Setelah mengambil posisi menyorok di balik tiang rumah dan tiang letrik, aku menekan punat snap. Adeh! Aku terlupa padam flash rupanya! Pak dan kawan-kawan tersentak dari keasyikan main pondok-pondok apabila menyedari mereka diintip paparazzi. Aku lari lintang-pukang masuk rumah!
Seminit kemudian, Pak muncul di pintu rumah dan terus bertanya apekehenya. Err.. aku cakap aku ambik gambar pemandangan kawasan rumah. Huhuh. Penipunya aku! Selepas mendapat kepastian itu, Pak pun kembali bermain pondok-pondok, dalam hujan lagi! Oh harus aku repot kat Mak kalau macam ni!
Pulang daripada bermain pondok-pondok, Pak nampak keletihan. Selesai solat Zohor, Pak ada bertanyakan aku nak makan apa tapi kerana rasa kasihan, aku beritahu aku masih kenyang. Takpelah, biar Pak rehat. Aku boleh tahan lapar. Akibat kemurnian hati aku itu, aku hanya dapat menjamah nasi pada pukul 9 malam. Itupun puas menunggu Pak pulang dari masjid dengan makanan yang dibeli. Huhuh. Takpelah. Aku tak kisah.
Panjang kan mukadimah aku? Sebenarnya nak ucap Selamat Hari Bapa kat Pak aku je.
Selamat Hari Bapa, Pak!
Nota Am: Pak dan jiran tetangga sebenarnya sedang membina wakaf di kawasan padang.
Nota Amr: Pada waktu yang sama tahun lepas, aku sedang berada dalam kuarantin.
Nota Amru: Tahun ini, aku menyambut Hari Bapa bersama anak-anak tiri aku. Mak dan Pak sedang berpergian selama 2 minggu.
Nota Amrul: Walaupun tak pernah luahkan secara terus dengan kata-kata, Am nak Pak tahu yang Am sayang Pak!
Popularity: 41% [?]


12 Komentar di “Pak Oh Pak!”