aRmPunyaDotCom : dotcomku, dotcommu jua!.

Nah Amik! Aku Bayar Lump Sum!

Sesi membayar hutang tertunggak dimulakan tanpa membuang masa.

Tag dari Tyra : 5 Benda Yang Aku Mahu Sebagai Hadiah

Sejujurnya, tiada apa yang aku mahu untuk diri aku buat waktu ini melainkan kesihatan yang baik dan kesempatan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang insan di muka bumi ini. Aku tahu jawapan mungkin berbunyi klise tetapi itulah hakikatnya. Bagi aku, jika tercapai hajat seperti di atas, Insya Allah segalanya akan datang dengan sendirinya.

Tapi, aku tidak menolak sekiranya ada yang sudi menghadiahkan aku buku-buku. Anytime. Hehe.

Tag dari Cik Ati :

7 Random Facts About Me

  1. Berketinggian 181 cm dan berkeberatan 80 kg.
  2. Pendiam tapi tak serius.
  3. Mempunyai masalah penglihatan tetapi dengan selambanya tidak memakai kacamata sejak 2 tahun lepas.
  4. Memandu lebih berhemah berbanding dua orang adik perempuan aku.
  5. Suka mencukur kepala dengan mata shaver nombor 2.
  6. Tak pernah cabut gigi di klinik dental tetapi senyumanku tetap menggoda.
  7. Belum ada cahayamata.

7 Things That Scare Me

  1. Kehilangan orang tersayang.
  2. Mati tak sempat mengucap dan dalam keadaan mengerikan. Na’uzubillah.
  3. Tersakitkan hati orang tanpa sedar/sengaja kemudian kena santau.
  4. Negara dilanda malapetaka dan peperangan.
  5. Tempat tinggi yang menggayatkan.
  6. Tercekik tulang.
  7. Terkentut depan orang yang tak dikenali terutamanya gadis-gadis manis.

7 Random Music At The Moment

  1. Menjaga Hati - Yovie & Nuno
  2. Kemenangan Hati - Ihsan
  3. Cuma Manusia - Kerispatih
  4. Cinta Dalam Hati - Ungu
  5. Puisi - Jikustik
  6. Tentang Seseorang - ADA Band
  7. Ku Mahu Kau Tahu - Hujan

7 Things I Say The Most

  1. Dah agak dah..
  2. Ok la tuuu..
  3. Manade..
  4. Bangang ke hape?
  5. Laa ye ke?
  6. Bole laaa..
  7. Astaghfirullahal’aziim..

7 Things I Treasure The Most

  1. Keupayaan akal dan fikiran.
  2. Keluarga, para sahabat dan kucing-kucing.
  3. Blog-blog peribadi.
  4. Koleksi sajak.
  5. Memento peninggalan cinta.
  6. Buku-buku.
  7. Peluang untuk hidup.

7 First Time Things I Ever Did

Aku dah pernah buat. Sila rujuk entri Bukan Pertama Complex.

Tag dari Maksu : Lukis gambar seekor haiwan.

kucing

Sekian, terima kasih!

Popularity: 33% [?]

Ditulis pada 13 June '08, bawah kategori Tagged.

20 Komentar di “Nah Amik! Aku Bayar Lump Sum!”

#1 cikguzue (13.06.08 @ 02:39 )

ooo no satu la

comel teramatlaaaa kucing tu….

walaupun takde kaki….ke mana kakinye pergi? heheheh

cikguzue’s last blog post..La Taghdab wa la Tahzan (Jgn Marah dan Jgn Bersedih)

#2 azah (13.06.08 @ 08:48 )

i’m backkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! ohh yeahh!!! *tak bleh buka mulut luas2…rasa benang jahitan tertarik :| sakit wooo :)) *

Tak pernah cabut gigi di klinik dental <— adakah ko tak pernah gi dentist :|

azah’s last blog post..Mari Kita Drooling Tengok Kek

#3 So'od (13.06.08 @ 08:57 )

chegu zue: inilah dinamakan teknik melukis kucing x sampai 5 saat.. hehe.. asalkan nampak rupa.. :D

azah: dentist pernah la.. itu pun masa aku sekolah rendah kat Sabah.. sekolah dalam kem tu mmg selalu buat aktiviti cek gigi.. aku selalu dpt A.. ekeke..
so far, alhamdulillah, aku xde masalah sakit gigi ke ape.. dan aku akan pergi scaling saja.. sekian laporan tentang kesihatan gigi..

#4 Mak Su (13.06.08 @ 09:17 )

kucen kaler kunen
pakae skert kunen
buat aku berkenen
hahehehahahheheehheh heh heh

Mak Su’s last blog post..Seni untuk ART_Touch

#5 achik (13.06.08 @ 10:52 )

comeinya kuceng ittew..

achik’s last blog post..RAMBANG MATA

#6 So'od (13.06.08 @ 12:01 )

maksu: kucen den jadi model.. ekeke..

achik: comel ke? :blush

#7 nur'ain (13.06.08 @ 12:57 )

hoh??
gayat tempat tinggi yep.
camner dengan ketinggian diri sendiri?

#8 Mak Su (13.06.08 @ 13:05 )

lupa plaks, o’od, timakasih jawab tag, ko telah menyokong industri tag negara….. oops!

Mak Su’s last blog post..Kosong

#9 oDeeNo (13.06.08 @ 13:17 )

Ya! Paling takut mati tak sempat mengucap.
Ya! Sangat takut kehilangan insan2 tersayang.
Gayat?
Er.. yg itu buleh kaber2 lagi. Haha.
Tapi aku percaya, hang tetap ada 3 orang anak.
Kan Pak Lang kan.. Hehe..
(eh, mana ikon2 semua pi neh? Huhu)

oDeeNo’s last blog post..DeeN WaS HeRe!

#10 RynnComel (13.06.08 @ 13:19 )

:em57:

lalu aku menggugel lagu2 yg ko dgr :))

bre,aku lau x pakai spek,seghupa jek dgn urg buta.

sgt bahyer oke! power spek aku mencecah 520.

arituh aku dgn kereknya gtau makcik yg aku xpenah sakit gigi.

tetibe lew semalam n arineh,aku rs saket gigi.
aku rase,gigi aku sensitip la.
makan mende manes n sejuk,mst saket.

:em53:

RynnComel’s last blog post..Isu Semasa Yang Membosankan

#11 AyUmi (13.06.08 @ 20:03 )

hauu… tinggi nye awak, 181 cm! saya pun gayat. sama la hihihi~

AyUmi’s last blog post..:: friday the 13th ::

#12 WaNa.aiLy (13.06.08 @ 20:09 )

Kt SiNi PuN aDe ToPiK GiGi !
*NGeRi!*

*LaRiIiIiIiIi!!!*

WaNa.aiLy’s last blog post..SuRVeY !

#13 Tyra (13.06.08 @ 20:15 )

aku pun takut kalau terkentut depan lelaki yang kacak…

Tyra’s last blog post..Tags and rantings.

#14 Suparjo (13.06.08 @ 21:41 )

Wo!
Ko sunggoh tinggi dude.
I loikeee..

ha ha.

cHreT!!

Suparjo’s last blog post..Jatuh

#15 So'od (13.06.08 @ 22:16 )

nur’ain: sbb ketinggian sy la sy takut tempat tinggi. bygkan kalau sy kat tempat tinggi, sy akan lebih tinggi dari tempat tu! kan?? hehe.. kalau bangunan yg ada balkoni tu, xkan sy dekat dgn railing/tembok dia tu.. sbb dah sampai paras pinggang sy.. takut tergelincir.. huhu.. ngeri!

maksu: tahniah kerana menjadi otai dlm industri tag mentag di dunia blogging.. :))

#16 So'od (13.06.08 @ 22:19 )

deen: dlm ramai2 ni, hang ja yg kenai aku.. so jgnla jatuhkan saham aku.. aku ada 3 anak adalah fitnah! :|

runah: pilih je mana lagu.. mesti ko suka..:D power aku dlm 200+ tp astigmatisme aku la yg lebih teruk.. tp aku selamba..:D
kan Tuhan dah tunjuk.. aku dah ckp riak tu berdosa.. :))

#17 So'od (13.06.08 @ 22:21 )

AyUmi: ye, sy adalah Pak Jang yg berkaki bangau! ekeke.. kita sama2 gayatophobia..:))

wana: apsal? ada gigitophobia ke? :))

#18 So'od (13.06.08 @ 22:22 )

tyra: kentutophobia! :))

suparjo: ko ni menyeramkan sungguh! aku adalah takut! *suparjophobia* :))

#19 ixora (14.06.08 @ 15:29 )

comel kucing tu walau takde mulut ngn kaki. :d

ixora’s last blog post..Naughty Squirrel!

#20 So'od (14.06.08 @ 18:45 )

terima kasih ixora.. lukisan cincai je..:D

Tinggalkan Komentar







:) :( :d :blush :(( :dance :x 8-| /:) :o :-? :whistle :-w ;) [-( :)>- more »