Sape Kata Aku Pelik?
Chegu Zue telah memberi aku homework yang paling susah. Berkenaan 7 perkara pelik tentang diri aku. Sebenarnya aku dah jawab tag ni tahun lepas. Disebabkan tak banyak untuk diperkatakan, di samping tak mahu mengecewakan Chegu, maka aku akan gunakan sebahagian jawapan terdahulu untuk digabungkan dengan beberapa perkara pelik baru yang mungkin kalian belum tahu. Ini bukan ciplak ye Chegu. Tolong jangan rotan atau potong markah. Hehe.
- Sejak dulu, aku tak suka pakai jam tangan melainkan jika ke wad atau klinik. Aku cuma ada sebuah jam tangan yang tak lama lagi akan bertukar menjadi bahan pameran antik di muzium.
- Aku tak berminat untuk bertelefon bimbit canggih. Telefon bimbit yang aku pakai sekarang adalah yang dibeli pada tahun 2002 menggunakan duit elaun pelajaran. Cuma boleh buat panggilan dan SMS. Game pun aku tak sentuh. Cukup memenuhi keperluan aku dan masih lagi sihat walafiat.
- Aku terlalu gemarkan tempe. Dulu, waktu belajar, setiap hari aku makan/tapau tempe di cafe sehinggakan makcik cafe ingat aku orang Jawa. Tapi, walaupun aku banyak makan tempe, aku tetap hitam.
Khir Toyo tipu! - Aku suka makan sos tomato dengan lauk masak lemak cili api atau kari. Pernah dipanggil Tomatoman masa zaman sekolah asrama. Semuanya sebab Mak yang terlebih ramah berborak dengan seorang kawan perempuan yang menelefon rumah semasa aku tiada. Entah apa lagi yang Mak cerita agaknya. Isk.
- Aku tak makan hati ayam atau lembu. Sangat memualkan, oke!
- Aku sangat benci warna pink. Tak tau kenapa.
- Aku sangat otai melompat, melontar dan menampar. Pernah ke peringkat kebangsaan dalam sukan bola tampar, pecah rekod sekolah dalam acara lontar peluru dan juara acara lompat kijang dua tahun berturut-turut.
Pening kepala nak jawab tag ni. Sesungguhnya, aku bukanlah pelik!
Popularity: 54% [?]
27 Komentar di “Sape Kata Aku Pelik?”