Entri Cukup Bulan [April 2008]

Tamat sudah sebulan lagi untuk tahun ini. Semakin hari serasa semakin cepat masa berlalu, bukan?
Di kesempatan ini, ada beberapa perkara yang ingin aku sampaikan/rumuskan/umumkan.
Pertama sekali, ada baiknya aku perjelaskan tentang kedudukan sebenar entri sebelum ini, yang telah menimbulkan sedikit kontroversi. Sesungguhnya, tak terlintas pun di fikiran aku sewaktu menulis entri tersebut untuk memburuk-burukkan apa lagi menyamakan individu yang dimaksudkan dengan haiwan primat itu. Kebetulan saja aku teringatkan beliau ketika memakan jajan yang sama nama dengan nama panggilannya, yang kebetulan juga menggunakan gambar orang utan sebagai ilustrasi di bungkusannya. Kepada yang menegur dan tersinggung, aku rasa bersalah dan minta maaf. ![]()
Bulan April juga menyaksikan aku dilanda angin kebengongan yang memakan banyak masa untuk diatasi. Disebabkan itu, kadar penghasilan entri di blog ini merudum daripada 17 buah pada Mac, kepada hanya 11 buah bulan lalu. Bukan hanya dari segi kuantiti yang merosot, malahan kualitinya. Menulis tentang kegawatan emosi bukanlah sesuatu yang aku banggakan. Tiadanya sebarang entri khas Cerita Jiwa-Jiwa juga menandakan bahawa aku perlu lebih beristiqamah dalam menyampaikan ilmu dan berkongsi pengalaman. ![]()
Pun begitu, kebengongan ternyata punya hikmah tersendiri. Dalam meng-finetune kembali otak, aku telah berjaya menggungguli dua buah kuiz @ teka-teki yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger. Jika tak disebabkan agak kelambatan untuk berkunjung ke sebuah lagi blog, pasti akan ada habuan yang ketiga. Sekarang, aku sedang menunggu rezeki yang sedang dalam perjalanan ke tangan aku. Siapa yang tak seronok dapat hadiah, kan? ![]()
Oh ya! Bercakap tentang hadiah, senarai Top 10 pengkomentar paling rajin sepanjang April sudah pun ditentukan. Mereka adalah:
WaNa.aiLy [44]
ixora [39]
RynnComel [38]
cikgu zue [29]
azah [28]
oDeeNo [27]
Suparjo [25]
AyUmi [23]
Hamakakun [22]
kema [20]
Mak Su [20]
t.a.t.a [20]
Tyra [19] + 1.25
Seperti yang dapat dilihat, 3 orang telah berkongsi tempat yang ke-10, iaitu kema, Mak Su dan t.a.t.a. manakala Tyra menjadi satu-satunya pengkomentar yang berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir cabutan bertuah barangan Mydin atas kelebihan 5% carry mark yang aku beri kepada pengkomentar paling rajin pada bulan Mac. Ini bermakna 13 orang peserta kesemuanya berpeluang untuk memenangi tandahati istimewa daripada Mydin. Persaingan yang cukup sengit! ![]()
Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab logistik yang tak dapat dielakkan, sesi cabutan bertuah hanya akan dibuat dalam beberapa hari lagi. Diharap semuanya bersabar sementara menunggu Mydin mengepos barangan rejectnya kepada aku.
Kedua-dua pengkomentar teratas untuk bulan ini, WaNa dan ixora, dilahirkan pada tahun yang sama. Dan yang lebih menariknya, kedua-dua mereka mempunyai blog bertajuk ‘butterfly’! Kesimpulan untuk bulan ini: Rama-rama suka hinggap ke blog aku.
Bulan Mei menanti dengan lebih banyak lagi urusan. Ada misi-misi kemanusiaan yang perlu diteruskan. Selain itu, aku akan ke out-station dua kali; sekali pada pertengahan bulan dan sekali lagi pada penghujungnya. Aku berharap segalanya akan berjalan lancar.
Sebelum menutup bicara, selamat berjuang kepada rakan-rakan blogger yang sedang dan akan menghadapi peperiksaan. Semoga tenang dalam menjawab soalan seterusnya mengecapi kejayaan yang diimpikan. Insya Allah.
Yang Tertekan Sebab Terpaksa Menulis Entri Bernada Serius,

Popularity: 64% [?]

62 Komentar di “Entri Cukup Bulan [April 2008]”