Namamu Sebaris Dengan Orang Utan
Kadang-kadang pelik juga bagaimana kita boleh tiba-tiba teringatkan seseorang yang pernah singgah dalam hidup kita, yang agak lama telah kita lupakan. Perkara ini terjadi kepada aku minggu lepas.
Waktu sudah menghampiri tengah malam. Hujan pun baru berhenti. Aku yang kelaparan keluar bilik untuk mencari jajan.
Semasa melewati ruang makan, aku terpandang tiga objek jajan tersusun di atas meja. Aku pasti itu adalah jajan yang dibeli oleh adik aku, maka aku pun mengambil satu daripadanya lalu duduk menghadap peti televisyen.
Aku membuka penutup jajan tersebut dan terus mengaplikasikan teknik khas untuk memakan isinya sambil menonton Kampung Boy di Astro Ceria. Pada tahap itu, aku hanya terkenangkan betapa indahnya zaman kanak-kanak dulu. Kartun dan jajan memang tak dapat dipisahkan.
Ternyata jajan yang dikunyah itu melekakan aku. Tak cukup dengan isinya, aku menggunakan jari pula untuk menikmati titis-titis terakhir jajan itu. Kemudian aku belek pula bungkusan jajan yang berbentuk silinder itu. Ada gambar orang utan menghiasinya. Aku belek lagi.
Aku baca namanya pula. Memang jajan itu popular di kalangan kanak-kanak sejak dulu. Aku belek lagi buat kali kedua. Dan pada masa itulah tiba-tiba seakan terlibas dek ekor buaya, ingatan beberapa tahun lalu mengisi ruang otak.
Individu yang dikaitkan dengan jajan cokelat celup itu adalah antara individu yang paling signifikan dalam perjalanan hidup aku. Individu yang sama-sama mengukir kenangan yang terindah dan juga terburuk bersama aku.
Kalau tak disebabkan blog ini turut dibaca oleh ayah serta adik-adik perempuan aku yang mengenali individu tersebut tetapi tak mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku, mungkin aku tak keberatan untuk berkongsi cerita di sini. Buat masa ini, biarlah ia terus menjadi rahsia.
Cheh! Tak tau apsal tiba-tiba entri ni jadi serius. Anti klimaks pulak tu. Motif? Aku pun tak tau…
Popularity: 70% [?]





!! Kalo mangsa2 kePOWan aku membaca di sini [kecil kemungkinan], aku minta maap le no. Kire halal le yer
!!!




49 Komentar di “Namamu Sebaris Dengan Orang Utan”