aRmPunyaDotCom : dotcomku, dotcommu jua!.

Keluhan Seorang Gadis *toot*

takut

Aku mungkin seorang yang gila. Kalau pun tidak, mungkin ramai orang lain yang menganggap aku begitu. Hanya kerana aku amat takut dan bencikan *toot*.

Sejak kecil, aku telah mula menunjukkan tanda-tanda abnormal itu. Mama pernah berkata yang aku tidak suka memakai baju semasa kecil. Aku akan menangis jika dikenakan pakaian. Aku akan tanggalkan dan campak ke luar tingkap. Aku juga pernah enggan ke sekolah atas sebab yang sama. Kasihan Mama. Semuanya kerana aku amat takut dan bencikan *toot*.


Aku juga kasihankan Papa. Aku tak seperti anak-anaknya yang lain. Yang akan memeluk dan menciumnya sebelum dia ke pejabat. Yang akan menyambutnya dengan riang apabila dia pulang ke rumah di waktu petang. Aku akan menyorok dan mengunci diri di dalam bilik. Kerana aku amat takut dan bencikan *toot*.

Semasa di alam persekolahan, aku sering menjadi bahan ejekan. Semuanya gara-gara satu kejadian. Satu hari, aku terjumpa *toot* di tandas sekolah. Aku terperanjat dan jatuh pengsan. Dan sejak dari itu, aku sering dipermainkan oleh rakan-rakan. Hanya kerana aku takut dan bencikan *toot*.

Sekarang, aku telah pun tamat persekolahan. Seperti remaja yang lain, aku juga ingin rasa dicintai. Aku pernah menyukai seseorang dan cuba memenangi hatinya. Akhirnya, aku berjaya. Dia mengajak aku keluar. Kami pergi ke restoran. Semasa di sana, aku terpandang *toot*. Malangnya *toot* itu ada pada badan lelaki yang aku minati itu! Aku terpaksa menahan diri daripada melakukan perkara yang bodoh. Malangnya, semasa sedang menikmati hidangan, dia cuba membetulkan *toot*nya. Tiba-tiba aku menjadi loya dan termuntah di hadapannya! Itulah kali terakhir aku bertemu dengannya.

Arghhh! Aku amat bencikan *toot*! Terlalu benci sehinggakan untuk mengeja namanya juga menyebabkan aku geli yang teramat geli!

______________________________________________________

Kesian gadis tu, kan? Jiwa kacau sebab *toot*. Tapi apa bendanya *toot* tu? Korang tekalah dulu ye! Insya Allah minggu depan aku sambung. Otak dah tepu ni. Hehe.

koumpounophobia

Kemaskini:  Ya! *toot* itu adalah butang. Dan gadis itu sebenarnya mengalami koumpounophobia – fobia terhadap butang. Untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang kondisi ini, rajin-rajinlah ke laman web ini, Haje’s Writings. Di sana kita dapat membaca testimoni-testimoni penderita koumpounophobia yang rata-rata merasa terkejut dan pada masa yang sama bersyukur kerana mendapati mereka tidak bersendirian di muka bumi ini.

Tahniah kepada suparjo kerana memberi jawapan dengan tepat. Aku sebenarnya berbangga kerana akhirnya dia telah berani menonjolkan diri dengan meninggalkan pautan ke blognya di sini. Rasa rendah diri takkan lagi menjadi isu buatnya selepas ini. Marilah kita beramai-ramai berkunjung secara aman ke blog saudara suparjo a.k.a brandal lokajaya a.k.a binkos a.k.a si kachak lagi teruna a.k.a bekas penyekodeng bersiri aku yang telah insaf, untuk membantu meningkatkan jati dirinya. Haha.

Minggu depan aku nak cerita pasal satu lagi fobia. Tapi kena interbiu yang empunya diri dulu. Tungguuu!

Popularity: 87% [?]

Ditulis pada 28 March '08, bawah kategori Cerita Jiwa-Jiwa.

54 Komentar di “Keluhan Seorang Gadis *toot*”

#1 MK (28.03.08 @ 11:42 )

tak dapat teka.. argh

MK’s last blog post..Backup USB Drive Anda Dengan SyncToy

#2 suparjo (28.03.08 @ 13:21 )

button phobia? :em53:

suparjo’s last blog post..Mata

#3 WaNa.aiLy (28.03.08 @ 14:16 )

:em53:
aDeKaH DiE TaKuT PaDe BuTaNg ???
BoLeH JaDi JuGeK KaN :em53:

WaNa.aiLy’s last blog post..FoR My oNe & oNLY ~

#4 WaNa.aiLy (28.03.08 @ 14:19 )

HaH…
WaNa Tau…WaNa Tau…

DiE BeNCi Kt CeRMiN eK ???

*TgH PiKiR² Lg NiH*

P/S: JgN MaRaH KaLo CoMMeNT WaNa PeNuH Kt SiNi :em56:

WaNa.aiLy’s last blog post..FoR My oNe & oNLY ~

#5 So'od (28.03.08 @ 14:49 )

MK : hehe! takpe.. jawapan dah diberi.. :em32:

suparjo : aku bangga dgn kau! ha ha :em47:

wana : betul la butang.. :em62: ala nak komen beribu2 lemon pun xpe.. buat je cam umah sendiri.. ekeke.. :em47:

#6 kema (28.03.08 @ 14:55 )

macam2 manusia ni kan :)

kema’s last blog post..31 - Balas

So’od jawab : tula kan kema.. kadang2 kita tak sedar yg kita hidup dgn org pelbagai ragam & personaliti.. sbb tu kita selalu tension.. cuba kalau kita terima hakikat yg manusia ni berbeza2 & cuba menyesuaikan diri dan memahami.. insya Allah xkan ada masalah besar yg timbul kan? :em62:

#7 Si Kachak (28.03.08 @ 15:17 )

Doc, kau bangga tang mn tu?
Ni kire aku dah menerobos sempadan diri la ni eh? :em53:

Si Kachak’s last blog post..Mata

#8 So'od (28.03.08 @ 15:40 )

binkos:

aku tak tau sama ada isu low self-esteem itu adalah isu yg dibuat2 atau masalah sebenar kau.. tp apa pun aku bangga sbb kau dah keluar dari kepompong.. sbb aku berpendapat blog kau itu layak diberi perhatian kerana kau punyai gaya penulisan yg distinct & menarik..

aku bukan siapa-siapa untuk mengarahkan trafik pembaca yg besar ke blog kau, tp aku rasa akan ada yg terpaut dgn penulisan kekachakan dan keterunaan kau langsung memberikan kau lebih keyakinan.. kau takkan berjalan menunduk lagi.. percayalah! ha ha :em53:

#9 achik (28.03.08 @ 16:02 )

mak aih, macam² fobia ada ek… ngan butang pun leh fobia… :em35:

achik’s last blog post..CHENTA

#10 So'od (28.03.08 @ 16:16 )

achik:

tula pasal.. rasanya unlimited kot jenis fobia kat dunia ni.. ehehe.. :em47:
byk lg yg pelik2.. nanti bila2 kita kongsi lg ye.. :em32:

#11 cikgu zue (28.03.08 @ 17:52 )

emm…pelik juga yea…
butang pun bleh menimbulkan kengerian kpd org… :em68:
biasanye org takut dgn ketinggian, kegelapan dll…
rasenye dlm ribuan murid cikgu, takde lagi jumpa yg macam ni…yg penah jumpa, fobia dgn sekolah ade ler…heheh :em55:
so, semua pakaian dia takde butang la yea? :em62:
cikgu terfikir juga, dlm suasana negara yg aman damai ni, ada fobia mcm ni, agaknye mcamanela trauma dan fobia yg terpaksa dihadapi kalau negara xaman spt di Palestine, Iraq dll…..kesian, kan. :em28:

cikgu zue’s last blog post..Kisah di depan mataku

#12 WaNa.aiLy (28.03.08 @ 18:06 )

aDeHS :em30:

TaKuT BuTaNG RuPeNYe :em62:

HoW aBouT CeNDaWaN BuTaNg ??? aDeKaH DiE TaKuT GaK ??? :em53:
RuGi WoO TaKuT Tu…SeDaP Tu ~ :em32:

WaNa.aiLy’s last blog post..FoR My oNe & oNLY ~

#13 azza (28.03.08 @ 20:03 )

cikgu, sy tak faham la why they have to use weird words as the prefix to phobia. like arachnophobia. fear of spiders. why tak kata spiderophobia je? or acrophobia, fear of heights. kan lg senang kalo kata heightophobia je? :em26:

#14 So'od (28.03.08 @ 20:32 )

chegu zue

mmg pelik tp benar.. koumpounophobia ni antara yg paling pelik dan pada masa yg sama, agak common tp x ramai yg tau..
thats why ramai org yg alami fobia butang ni rasa mcm tersisih dr masyarakat, rasa mcm freak, etc.
all we need is exposure & education kan? kalau chegu baca testimoni2 kat website yg sy bagi tu, mesti chegu rasa seronok to see how surprised & relieved these people were upon realizing that they are not alone in this world.. ada yg dah berpuluh2 tahun suffer & baru tau pasal condition diorg.. lg best bila baca mcmana diorg adapt hidup diorg.. :em50:

ye chegu.. tiba2 sy pun terpikir pasal diorg yg kat negara berperang sana.. even masa sy tgk org yg dilanda tsunami kat kuala muda thn 2004 tu pun, ramai lg yg fobia teruk.. apatah lg kat palestine, iraq sana.. :em10:

#15 So'od (28.03.08 @ 20:34 )

wana

ada gak org fobia cendawan tu.. namanya mycophobia.. rugi kan? cendawan butang la best!

*nak spegeti wana* :em42:

#16 So'od (28.03.08 @ 20:36 )

azza

entahla.. maybe sebab diorg dah gatal2 pilih perkataan phobia tu, which is a Greek word.. pastu terpaksa la cari perkataan Greek lain utk homogenizekan.. at the same time nak menampakkan yg penyakit tu weird sgt.. not to mention nak menyusahkan kita2 ni utk paham apa kejadahnya benda tu sebenarnya.. ekeke.. :em47:

btw azza,

fear of changes = metathesiophobia

hahaha.. that sounds horrible! :em62:

#17 WaNa.aiLy (28.03.08 @ 20:54 )

:em30: HuHu…
RuGiNYe SaPe Yg FoBia DgN CeNDaWaN :em36:

NaK SPaGHeTTi YeR :em62:
KaLo NaK SPaGHeTTi KeNe BuaT eNTRy PaSaL SPaGHeTTi DuLu … :em23:

WaNa.aiLy’s last blog post..FoR My oNe & oNLY ~

#18 azza (28.03.08 @ 21:37 )

cissss o’od! sempat lagi tu! hahahaha!!

#19 azza (28.03.08 @ 21:45 )

oh, and i have just googled this new word u taught me, and the first thing yg kluar kata apa tau?:

METATHESIOPHOBIA: Treatment and Hope

bunyi macam i’m hopeless ajee!!! :em08:

#20 ummunisaa' (28.03.08 @ 22:13 )

soodolphobia ada tak? hahahahahah :em41:

ummunisaa’’s last blog post..Siang tadi …

#21 So'od (28.03.08 @ 22:49 )

wana

apa kata wana yg buat entri pasal spegeti? kan wana slalu masak.. menjadi rebutan ramai plak tu..

bole? :em47:

jgn lupa tunjuk cendawan butang! :em04:

#22 So'od (28.03.08 @ 22:52 )

azza :

hahahahah! there’s still hope.. go change ftw! :em47:

kak has :

kalau ada org yg fobia dgn saya, bole la pakai term soodophobia tu.. ekeke.. :em47:

erm.. rasanya xde org yg fobia dgn sy.. sy fobia dgn org adela.. hehe.. :em24:

#23 Tyra (29.03.08 @ 00:35 )

alamak.
terlewat lagi.

rasa kasihan dengan mereka.
macamana nak mengharungi hidup…
payah tu…

Tyra’s last blog post..I’m okay; I’m alright…

#24 ixora (29.03.08 @ 01:08 )

butang? ooh.. saya panggil kancing baju. kui3

ixora’s last blog post..O’oh.. i’m dead~!

#25 cikgu zue (29.03.08 @ 05:50 )

dah baca website tu…
diaorang pun tak tahu apa penyebab fobia ni ye…ada yg kata sbb keturunan…
Adakah mungkin ini biasa berlaku kpd org2 senang/eropah…?
dan jarang berlaku kepada org2 Asia/ hidup susah…yg tak sempat nak fikirkan benda2 yg dianggap remeh ni… :em60:

cikgu zue’s last blog post..Sofa dah sampai

#26 Kak Lily (29.03.08 @ 08:08 )

Takut butang…ish biaq betui ‘Od :em50:

Kak Lily’s last blog post..Fin yang lagi satu…

#27 akira (29.03.08 @ 08:24 )

senyum saja :)
[jangan kata saya liqiud paper komeng saya pulak]

#28 So'od (29.03.08 @ 10:15 )

tyra

better late than never.. hehe.. :em32:

yup.. kita kene sesekali pikir pasal org2 yg masalah dia lain drpd kita.. insaf & ambil iktibar.. :em24:

#29 So'od (29.03.08 @ 10:16 )

ixora

oh! org2 kita mmg sebut kancin baju kan? :em47:

fobia terhadap kancin baju.. ekeke.. :em04:

#30 So'od (29.03.08 @ 10:18 )

chegu zue

wallahua’lam la chegu.. xde pulak kajian yg kata org eropah/senang lebih ramai dpt fobia butang ni berbanding org asia/susah.. tp ada kajian yg mengatakan org asia ni lebih byk memendam rasa fobia dia berbanding org barat.. so maybe kita x berapa nak dgr org asia komplen pasal fobia yg bukan2 ni.. hehe..

#31 So'od (29.03.08 @ 10:20 )

kak lily

betui la.. :em04:

tp mmg mcm x masuk akai kan? this is one of the specific phobias yg ramai org suffer tapi disbbkan x byk exposure ttg fobia ni, maka ramai org xtau.. :em62:

#32 So'od (29.03.08 @ 10:22 )

akira

ok.. kamu buat ape pun xpe.. kamu ada hak..

sy pun xtau nak kata apa lg.. :em47:

#33 WaNa.aiLy (29.03.08 @ 10:26 )

HaHa…
KaLo WaNa Bg ReSiPi sPaGHeTTi , BuKaN aBg aRM NaK TRy PuN… :em62:

LaLaLa ~

LgPuN , McM x BeST Je NaK WaT eNTRy PaSaL MaKaNaN , KaLo xDe GaMBa…
WaNa PuNYe MeMoRy CaRD ReaDeR iLaNg :em30:

WaNa.aiLy’s last blog post..FoR My oNe & oNLY ~

#34 So'od (29.03.08 @ 10:32 )

wana

err.. resipi xnak la.. kita ni tangan bangku.. takut spegeti jadi laksa plak.. ekeke.. :em62:

haaa? hilang ingatan ke? :em04:

#35 WaNa.aiLy (29.03.08 @ 11:56 )

HaRi Ni Kite BLaJa PeRiBaHaSe BaRu YeR aDiK²
” TaNGaN BaNGKu”
:em65:
MeMoRy CaRD ReaDeR PuN LeH KeNe aMNeSia eK :em52:

aHaKz !!!

WaNa.aiLy’s last blog post..FoR My oNe & oNLY ~

#36 izzati (29.03.08 @ 12:26 )

fobia butang? first time dengar nih…usually org fobia kat ular ker, cicak ker, spider ker…kire spesyel kes ler nih ek? :em23:

#37 ixora (29.03.08 @ 12:30 )

hmm,tak sangka ada org fobia ngn kancin baju noo.. ish3.

ingatkn takut ngn lipas tadi.. (masa mula2 baca)

ixora’s last blog post..O’oh.. i’m dead~!

#38 So'od (29.03.08 @ 15:45 )

wana

biar tangan bangku, jangan kaki bangku! ahaks!
memory card wana mesti dah byk kali kene concussion.. sbb tu bengong.. ekeke.. :em47:

izzati

bole la dikatakan spesel kes.. golongan istimewa.. hehe..
che zati mesti takut ular/cicak/spider kan?
jgn malu2 nak ngaku plak.. ekeke.. :em32:

ixora

susah nak pecaya kan? kancin baju tu bukan buleh gigit ka apa ka.. heheh..
camna buleh teka lipas tu? xdak clue pun dlm cerita tu.. :em24:

#39 One (29.03.08 @ 17:27 )

Salam

#40 One (29.03.08 @ 17:28 )

Akhirnya berjaya..?alhamdulillah… :em02:

#41 One (29.03.08 @ 17:30 )

Kalau yg mengundang sakit hati bleh dikira fobia tak? cam denga lagu2 tu pah tu rasa x best..

#42 So'od (29.03.08 @ 18:33 )

salam.. takut & bengang adalah 2 emosi berbeza..

#43 Aisyah (29.03.08 @ 18:50 )

macam mana pula dengan orang yang phobia terhadap ketinggian. bukan saya, tapi seseorang yang saya kenal ada phobia ni. tak boleh ajak naik roller coaster pun. adeihs.

Aisyah’s last blog post..I think I’m selling myself off for education

#44 So'od (29.03.08 @ 19:12 )

aisyah.. sy rasa fear of heights @ acrophobia ni antara fobia yg paling common jugak la.. even sy pun ada.. amusement parks mmg tempat yg sy akan avoid.. kalau jalan kat koridor bangunan tinggi2 e.g. hospital, sy xkan pergi dekat dgn edge & sy xkan pandang tepi.. jalan straight je.. haha.. pelik tapi benar.. tp xdela sampai panic attack.. under control la.. :em32:

sebenarnya fear of heights ni adalah in-born fears.. mcm instinct la.. height slalu dikaitkan dgn fall and fall is danger.. ia perlu utk survival.. yg x bagusnya bila fear tu excessive sgt.. sampai affect daily life.. bygkanla naik lif pegi opis pun takut.. abis camne nak kerja.. hehe..

sorry kalau bahasa rojak memeningkan aisyah.. sbb kat blog sy, rojak is allowed.. :em32:

#45 shandye (30.03.08 @ 16:23 )

hoh?
fear of bebutang?
ade hek?
haku pown ada phobia jugak…
haku takut naek lif sengsorang cuz aku rasa cam dinding lif tuh akan crush down atas haku. serems okek…
same gak kalau shopping2 kat midvalley. aku takbley parking kat dalam basement cuz aku takut silingnyer runtuh and timpa kpale aku.
tiangkayu.

shandye’s last blog post..i am so gonna have to do some serious shopping this wednesday…

#46 So'od (30.03.08 @ 17:33 )

shandye.. ko claustrophobic la tu.. takut tempat tertutup.. takut x sempat escape kalau jd apa2.. penah dpt panic attack x? hehe.. :em32:

#47 azah (31.03.08 @ 16:45 )

:em57: hohoho…. banyak kan fobia pelik2 dalam dunia ni… tapi adalah pelik bile “aku” iaitu subjek boleh termuntah melihat butang :em28: tapi dalam banyak-banyak fobia, paling kesian adalah “Cathisophobia- Fear of sitting”. tak letih ke orang yg berfobiakan fobia tersebut? :em53:

azah’s last blog post..Kapas dan Saya

#48 So'od (31.03.08 @ 16:53 )

azah.. ko x muntah ke mentengok bambako?

ya, aku juga simpati dgn org yg fobia duduk itu.. mesti pinggulnya sgt kembang & tak leper seperti aku.. huhu..

[…] mengakhiri laporan, seperti yang aku janjikan dalam entri Keluhan Seorang Gadis *toot* sebelum ini, sebuah lagi paparan tentang penderita fobia. Silalah ke blog Makcik Bambako yang telah […]

#50 lily (02.04.08 @ 01:02 )

this is definitely one of the weirdest there is. hihi.

#51 RynnComel (06.04.08 @ 08:54 )

:em57:

sonok aku.

arituh aku jd sumber ilham.

kali neh makcik bambako lak. muahahhahahah!

:em53:

RynnComel’s last blog post..Behind The Scene Of My Hiatus Mode I

#52 So'od (06.04.08 @ 09:12 )

runak, it goes to show that ilham can be found everywhere.. :em47:

ops lily, aku x perasan ko komen kat sini.. yup, one of the weirdest.. :em54:

#53 zana (10.04.08 @ 16:35 )

Ehhh..ader org takut pada butang erk?? :em44:

cam xcaya jerk….hahaha :em55:

#54 So'od (10.04.08 @ 17:48 )

pelik tapi benar.. hehe.. percayalahhhhhhh!

Tinggalkan Komentar







:) :( :d :blush :(( :dance :x 8-| /:) :o :-? :whistle :-w ;) [-( :)>- more »