aRmPunyaDotCom : dotcomku, dotcommu jua!.

Piano Buat Along - Misteri Dibongkarkan!

Minta maaf di atas kelewatan entri terakhir dalam siri Piano Buat Along ini. Ada pelbagai halangan yang memperlahankan rentak penulisan aku sejak beberapa hari kebelakangan. Semalam, aku telah sempat melampirkan 4 keping gambar yang berkaitan dengan kisah misteri dua beradik yang aku ceritakan. Harapnya bantuan visual tersebut dapat menguatkan lagi imaginasi kalian dalam memahami apa yang berlaku.

Sebelum membongkar misteri selanjutnya, aku ingin memberitahu bahawa Piano Buat Along adalah adaptasi aku daripada sebuah kisah benar. Hampir keseluruhan jalan cerita adalah berdasarkan fakta-fakta yang sahih. Cuma aku menambahkan unsur piano dalam garapan untuk menambahkan misteri kepada misteri yang sememangnya misteri itu.

Siapakah Along dan Angah sebenarnya?

angah

Mereka adalah Homer dan Langley Collyer [foto], dua beradik yang memang terkenal dengan keanehan melampau di kalangan masyarakat New York sekitar awal kurun ke-20. Di dalam dunia psikiatri, mereka adalah contoh terbaik untuk menjelaskan kondisi yang mempunyai kait rapat dengan Obsessive Compulsive Disorder (OCD) iaitu apa yang dinamakan Compulsive Hoarding atau perbuatan mengumpul sampah sarap yang kronik. Kondisi ini juga disebut disposophobia di mana seseorang individu itu mengalami fobia untuk membuang sampah sarap. Bila digabungkan kedua-dua istilah tersebut, maka terciptalah Sindrom Adik-Beradik Collyer. Mega junkyard yang mereka bina di dalam rumah sendiri memang tiada tolok bandingnya sehingga kini.

Mereka datang daripada keluarga yang agak terkenal. Ayah mereka Herman, adalah seorang pakar sakit puan yang disegani pada zamannya. Ibu mereka juga merupakan seorang wanita yang berpendidikan tinggi. Malahan Along dan Angah adalah lulusan undang-undang dan kejuruteraan daripada Columbia University. Apakah dorongan untuk mereka mengumpul sampah sarap tidak dapat dijelaskan sepenuhnya. Salah satu sebab mengapa permasalahan ini tidak dapat dikenalpasti lebih awal adalah kerana sikap mereka yang menyisihkan diri daripada masyarakat berpuluh tahun lamanya.

Berbalik kepada misteri yang ditinggalkan di penghujung Piano Buat Along Bahagian 3. Setelah mayat Along (Homer) ditemui, usaha untuk mencari Angah (Langley) diteruskan. Namun selepas beberapa minggu, masih lagi buntu. Ada khabar angin mengatakan Angah telah melarikan diri ke New Jersey. Tak kurang juga yang mengatakan Angah telah diculik kumpulan mafia yang bermaharajalela di sekitar New York.

Dalam pada itu, kediaman mereka terus dibersihkan. Akibat keadaan rumah yang agak uzur, ditambah pula dengan sampah sarap yang menggunung, maka sebahagian usaha pembersihan terpaksa dilakukan dengan memecah bumbung dan memunggah sampah sarap dari tingkat paling atas dan beransur-ansur ke tingkat bawah untuk mengelakkan kecelakaan [foto].

rumah along & angah

 Operasi pemunggahan sampah sarap sedang giat dijalankan.

Secara keseluruhannya, sebanyak 136 tan sampah sarap telah berjaya dibawa keluar dari kediaman Collyer. Cuba bayangkan menyimpan 30-40 ekor gajah dewasa di dalam rumah kalian! Kedengaran seperti tidak masuk akal tetapi itulah hakikatnya. Rasanya rumah mereka pun tak seberat sampah sarap yang mereka kumpul.

Antara objek yang berjaya mereka jadikan ‘koleksi’ adalah: suratkhabar lama, lebih 25,000 buah buku, 14 buah grand piano, lampu-lampu chandelier, perabot, pelbagai jenis alatan muzik, beberapa buah basikal, enjin kereta, lukisan-lukisan potret, jam-jam besar, payung, mannequin, bergulung-gulung kain yang belum digunakan, dan lebih banyak suratkhabar lama serta sampah sarap yang tak dapat dikategorikan [foto].

sampah 2

Siling punya tinggi, tapi sampah tetap boleh jejak!

Teka-teki kehilangan Angah masih belum juga terjawab. Sehinggalah satu hari.

Pada 8 April 1947, iaitu 17 hari selepas mayat Along ditemui, akhirnya Angah berjaya dikesan. Tak bernyawa di bawah longgokan beg dan berikat-ikat suratkhabar lama. Semasa ditemui, daging kaki Angah yang membusuk sedang dikunyah seekor tikus besar. Angah telah menemui ajal di tangan jerangkap samar buatan sendiri semasa membawa makanan kepada Along pada malam kejadian. Yang lebih menyedihkan, jarak di antara Along dan Angah hanyalah 10 kaki. Ini bermakna Along tahu Angah ditimpa kemalangan tetapi tidak berupaya membantu kerana buta dan lumpuh, apatah lagi untuk meminta pertolongan jiran-jiran, tambah lagi keadaan rumah yang tertutup sebegitu. Setelah terputus bekalan makanan selama 5 hari, Along pun menghembuskan nafas terakhir.

Ada satu lagi misteri yang belum dapat dibongkarkan. Siapakah sebenarnya penelefon yang memberi maklumat mengenai orang mati di rumah Collyer itu? Sehingga kini, tak siapa yang tahu.

Menarik, kan? Lagi menarik jika kalian tahu apakah motivasi aku untuk berkongsi cerita ini. Sebenarnya, ada seseorang mendedahkan semasa aku menulis tentang OCD tempoh hari yang beliau mempunyai masalah menyimpan barang-barang yang tak diperlukan kerana terlalu sayang untuk dibuang. Ini merupakan salah satu ciri Compulsive Hoarding juga. Kepada yang berkenaan, sila insaf. Haha!

Popularity: 100% [?]

Ditulis pada 26 March '08, bawah kategori Cerita Jiwa-Jiwa.

83 Komentar di “Piano Buat Along - Misteri Dibongkarkan!”

#1 Mak Su (26.03.08 @ 10:32 )

pertama ker taruh komen?

Mak Su’s last blog post..Saya tak buat apa-apa

#2 Mak Su (26.03.08 @ 10:34 )

Allahuakbar!! Mak su ada juga kenal seseorang yang sebegitu ler, not that serious, tapi dah sampai tahap annoying ler, penuh satu rumah!! macam-macam!!

Mak Su’s last blog post..Saya tak buat apa-apa

#3 So'od (26.03.08 @ 11:17 )

a’ah maksu 1st ari ni.. ehehe..
ye ke maksu kenal? cerita la skit.. nak tau gak sampai tahap mana dah compulsive hoarding dia.. utk pengetahuan bersama.. :em24:

#4 Mak Su (26.03.08 @ 11:34 )

alamak, sori ler o’od, tak leh cerita lah… real life example, seseorang yang sangat ada kena-mengena. bahaya. mintak maap ek.

Mak Su’s last blog post..Saya tak buat apa-apa

So’od menjawab : xpe maksu.. den paham.. :em24:

#5 ixora (26.03.08 @ 11:44 )

Sedih pulak baca.. Along dgn Angah tak jauh pn cuma terlindung sbb sampah sarap tu sendiri.

Tapi.. masa mayat Along ditemui, takkan diorang tak perasan bau busuk mayat Angah?

p/s : bahaya la jerangkap samar ni.. makan tuan balik.hehe

ixora’s last blog post..Semalam..

#6 binkos (26.03.08 @ 11:51 )

oooo..
the very useful punye cerita teladan..
ade gak penyakit (penyakit ke?) camtu ek?

tahniah doc.
kau berjaya bagi satu contoh study case via satu cereka yang berdasarkan kisah benar melalui naratif yang baik dan mengujakan. :em69:

#7 So'od (26.03.08 @ 11:53 )

che xora.. sy pun agak pelik gak.. tp kat dlm literature yg sy baca tu ada ckp yg bau dalam rumah tu mmg dah mmg busuk asalnya..
yela.. dgn sampah sarap lagi, tikus lg, kucing pun ada 8 ekor kalau x silap, entah2 berapa byk bangkai binatang pun ada dlm rumah tu..
pastu sistem paip pun rosak, bumbung bocor, karpet dinding semua berbau sbb air bertakung.. camtula lebih kurg..
that’s why susah nak distinguish bau mayat tu kot..

tp mmg sedih kan kematian dua beradik tu.. freakingly freaking freak deaths.. :em28:

#8 So'od (26.03.08 @ 11:57 )

binkos.. aku x suka beri label penyakit jiwa.. lebih elok disebut permasalahan atau kecelaruan jiwa.. :em24:
byk lg contoh2 yg pelik lg menarik.. tgh dok kaji lg ni.. insya Allah kalau ada masa lg, aku kongsi.. buat masa ni, nak rest dan buat kerja lain dulu.. cerita jiwa2 xbole buat slalu.. makan masa nak mengarang.. hehe.. :em47:
terimakasih.. aku rasa byk lg aku bole perbaiki.. byk sgt kelemahan.. akan berusaha utk menambah mutu.. :em57:

#9 ixora (26.03.08 @ 12:09 )

Oh,patut la tak dapat bau mayat tu! kesian sgt kan..

agaknya ada la kot sape2 yg skodeng rumah tu.. then dia nampak apa yg terjadi lalu dia call polis. hehe..

hmm.. mcm mana depa boleh duduk dlm rumah camtu? kalau saya mau pengsan.. :em42:

ixora’s last blog post..Semalam..

#10 brandal lokajaya (26.03.08 @ 12:15 )

ooo..
bagos! bagos!
bersekutu bertambah mutu. :em69:

next entri please! :em37:
ha ha.

#11 So'od (26.03.08 @ 12:16 )

che xora.. camne org lain nak skodeng kalau semua tingkap Angah dah paku dgn papan? huhu.. entah sapela anonymous tu eh.. mcm seram pun ada gak.. :em52:

diorg xnak pindah sbb byk sgt harta pusaka famili kat dlm rumah tu.. kalau nak tau, selain drpd sampah sarap tu, ada gak segala mcm peralatan medical bapak diorg dulu, pastu ada balang2 yg ada organ2 manusia kat dlm dia tu, byk lg la.. sy nak cari gambar tp x jumpa plak..

lgpun diorg kan ada masalah jiwa.. kita mmg susah nak faham pemikiran diorg.. nak dekati pun payah.. abih camne nak bantu.. kan? kan? :em32:

#12 So'od (26.03.08 @ 12:18 )

oit! sekejap brandal, sekejap binkos.. apahal ni.. :em24:

tunggula dulu.. aku nak bernapas jap.. mmg dah ada perancangan.. tp tunggula jumaat ni plak.. :em47:

#13 Si Kachak (26.03.08 @ 12:37 )

ngahahaha..
Aku memang sengaja.
Baru la nampak macam banyak identiti.
ha ha. :em23:

Lama no nak tunggu Jumaat weyyyyyy.. :em68:

#14 So'od (26.03.08 @ 12:42 )

alang-alang byk identiti yg mengujakan, apa kata ko letak link ke blog ko kat situ.. beri peluang kekachakan ko itu dipertonton dan diberi apresiasi.. ada berani? ekeke..

oit! ko tuang kuliah eh? :em41:

#15 brandal lokajaya (26.03.08 @ 13:09 )

ooowwhhhh..
aku tak berani..
gegel.. gegel..
ha ha.
segan la aku doc. :em56:

Mass lecture bosan la doc!
kelas tido! :em31:

#16 So'od (26.03.08 @ 13:19 )

kau kata mahu meminta tolong aku memperbaiki masalah inferiority complex kau.. kalau ikut aku, inferiority complex mampu dihapuskan dgn menangani perhatian-perhatian yg diberikan oleh org di sekeliling.. lebih byk perhatian, lebih baik.. kau akan belajar menjadi seorang jejaka yg bukan saja kachak fizikal, tetapi juga kachak jati diri.. haha!

kalau kau xnak letak sendiri link tu, biar aku yg letakkan..
aku kira sampai 3..
1.. 2..

okla, aku nak kuar mensetelkan hal di luar.. ingat warning aku tu!

#17 azza (26.03.08 @ 13:34 )

i watched a documentary once on hoarders, katanya one of the reasons ppl resort to hoarding adalah sbb diorang stress eh?

tp tragik betulla cara diorang mati :| thx for sharing!

#18 Sarah (26.03.08 @ 13:48 )

Dr. Am. sy teruja baca ni sbb seingat sy kali pertama sy baca kisah ni dlm Ridest Digest wkt sy sekolah rendah! Bayangkanlah!! dah berbelas-belas tahun!! tp haram sikit pn sy dapat kaitkan kisah awal2 tu dgn cerita ni :em58: hebat memanipulasi cerita betul la dr. am ni. wkt 1st time tau, sy simpman buku tu sbb nak tau wujud ke lg org mcm ni skrg. n ye terbukti sbb ada org yg cakap gitu pd dr. am. kpd org tu, betu, cepat2 insaf. hahha. aa… sy sgt2 teringat wkt baca ridest digest dulu2. sungguh2 mintak ayah traslate kan mana yg x tau :em62:

tiba2 teringat penyajak terkenal russia. Alexander Pushkin. Dia pun ada psychiatric problem. Kamu tau apa? hehe. mari berteka-teki :em50:

Sarah’s last blog post..Tinggal Dulu

#19 So'od (26.03.08 @ 14:47 )

azza:

yup.. stress due to excessive concerns or fears yg diorg ada..
compulsive hoarders ni selalunya ada rasa risau/takut yg diorg akan kehilangan benda2 yg valuable or useful utk kemudian hari e.g. information.. therefore ramai yg hoard suratkhabar/letters/mags/books even yellow pages pun ada.. hehe..

apart from that, they just dont want to be wasteful, ada fear of making mistakes, fear of losing things that remind them of their loved ones, etc.

for the record, up to 40% of OCD sufferers ada ciri2 hoarding ni.. but it is still yet to be determined whether its part of OCD ke or a separate disorder yg common among OCD.

kamu tau x sape yg sy maksudkan kat last paragraph tu? :em40:
ke nak tunggu dia baca & mengaku? ekeke..

#20 So'od (26.03.08 @ 14:53 )

sarah:

eh sy pun penah baca masa kecik kat readers digest!! haha! tp masa baca dulu byk x paham.. skit2 je tau psl penyakit suka simpan sampah ni.. heheh..

psl alexander pushkin tu, sy rasa bipolar kot.. sbb majority famous poets, painters, authors etc semua ni ada bipolar.. its the manic or hypomanic state that usually drives the creativity of these people to the max, kan? rasanya sy dah elaborate masa tulis pasal bipolar disorder last month.. :em62:

eh betul ke bipolar? or ada disorder lain yg lebih menarik? i’m waiting for your answer! :em32:

#21 arsaili (26.03.08 @ 15:45 )

ini sudah menarik….

#22 Mohd Ismail (26.03.08 @ 15:57 )

mak aih.. macam ni punya fobia pun ade ke? ha ha.. aku ada fobia x boleh nampak sampah.. mesti aku nyahkan abes2an.. hahah a :em02:

Mohd Ismail’s last blog post..Tukar Favicon dengan satu plugin mudah

#23 So'od (26.03.08 @ 16:27 )

arsaili:
kisah benar lagi pelik camni mmg pun menarik.. :em32:

mael:
mcm2 jenis manusia kat dunia ni.. heheh..
masalah ko ni mungkin bukan fobia tapi obsessive compulsive disorder (OCD).. hehe.. tp jgn risau.. selagi x mengganggu hidup, selagi tu ko masih dalam kategori normal.. hehe..

#24 Mak Su (26.03.08 @ 16:48 )

penyakit simpan sampah? mcm saspen plaks. maksu ada penyakit suka simpan used kertas a4 kat meja kerja (tapi disimpan cantik2 dan disusun lurus2 ya), lepas tu akan direcyclekan.

Kira annoying gaks ker (ada neber lama kata habit maksu ni tak membawa kebaikan)…. huhuhu, mak su reply kata nak buat camno, aku dah biasa kerja ngan org semekin, semua brg kena jimatcermat. so terbawa-bawa habit tu kat sini.

Mak Su’s last blog post..Saya tak buat apa-apa

#25 Sarah (26.03.08 @ 17:08 )

agaknya kita baca reader digest yg same edition la kot dr. am. aaa… jawapan tu tepat sekali. bipolar affective disorder. dia ada hypomaniac state. ada satu masa tu, dlm sebulan beratus-ratus sajak dia tulis. n lepas tu intermission sat. n lepas tu dia jd gila pmpuan. jd, byk la pmpn2 yg dikategorikan sbg pmpn simpanan dia. n bila dia mati pmpn2 ni pn nk dpt kan sikit harta dia. hehe.

Sarah’s last blog post..Tinggal Dulu

#26 So'od (26.03.08 @ 17:23 )

maksu

itu bukan sampah.. itu recycle namanya, dan berjimat-cermat.. maksu susun elok2 & akan pakai balik nanti.. yg compulsive hoarding ni dia pandai kutip je, pasti x susun elok2, kunun2 nak gunabalik satu hari nanti tp xde pun.. makin bertambah sampah adela..

so x sama ye maksu.. ckp kat ‘neber’ (?) maksu tu yg maksu adalah pengguna bijak dan menyayangi alam sekitar.. ekeke.. :em47:

#27 So'od (26.03.08 @ 17:29 )

sarah

a’ah mmg typical bipolar disorder punya symptoms kan tu? during manic state, libido pun increase tremendously, idea dtg mencurah2, prone to making silly mistakes, spend duit sesuka hati etc..

oh baru teringat! Pushkin ni yg bini dia ada affair dgn laki lain pastu during one of his manic phase dia gi jumpa laki tu and gaduh, and in the end dia mati kene bunuh kan?

panjangnya! ekeke.. if im not mistaken la.. read somewhere about Russian punya writer or something.. agaknya Pushkin kot.. hehe.. pls correct me if im wrong.. :em62:

#28 Mak Su (26.03.08 @ 17:39 )

oh gitu kaedahnyer.. hark hark hark. biarlah dia so’od, asalkan dia gumbira ek. tapi menakutkan ler penyakit tu, sbb “seseorang” itu mmg mcm tu ler perangainyer.. hmmm, nak buat camno to help? or we all shd just ignore and let it be, asalkan “seseorang” itu hepi? (mengerikan ler baca borak2 ko ngan sarah… very der scary movie)

Mak Su’s last blog post..Saya tak buat apa-apa

#29 So'od (26.03.08 @ 17:51 )

maksu.. seseorg yg very close ke? sbb tu sy nak tau sampai tahap mana.. kalau setakat kutip brg utk digunakan xpe..
jgn kutip sampai xde tempat utk benda lain kat umah tu..
actually ade criteria nak diagnose compulsive hoarding ni.. den x berapa ingat.. tp lebih kurg gini le..

org tu mesti mengalami distress yg teruk sampai hilang fungsi dia sbg seorg individu. cthnya: sampai takut keluar rumah or malu nak jemput org dtg umah.

pastu ciri2 lain mcm kekronikannya sampai tahap menybbkan health and fire hazards, sampai membiak tikus, lipas dan seangkatan dgnnya, sampai tak bole sediakan makanan or tempat beristirehat dlm rumah, sampai susah utk cari brg2 mustahak lain dlm rumah, sampai berlaku konflik dan ketegangan antara penghuni rumah etc.

lebih kurg camtula.. maknanya kalau x sampai tahap tu, insya Allah xde ape.. or lg bagus kita berckp dgn dia psl masalah tu.. kdg2 diorg ni malu nak bgtau kita psl masalah diorg.. its in their brains, susah nak kontrol yet they know its inappropriate.. torai eh? :em32:

#30 Mak Su (26.03.08 @ 18:03 )

tak dapeklah nak torai, takut tersungkit jiwaraga, takut lagi parah. so far, i just let it be. Tapi simptomnyer sama ler. perasan gaks dia tentu ada gangguan dimana-mana, tapi setakat ni, mak su layanzz je lah, and buat-buat bodoh :(-

Mak Su’s last blog post..Saya tak buat apa-apa

#31 So'od (26.03.08 @ 18:05 )

okla tu maksu.. asalkan bahagia.. jgn sampai buat jerangkap samar dlm umah dah ler.. ekeke.. :em47:

#32 WaNa.aiLy (26.03.08 @ 18:16 )

HoH…
McM2 PeRaSaaN aDe BiLe BaCe CeRiTe NiH
NgeRi , TaKuT , SeDeYH , HeRaN & LaeN²…HuHu

BaNYaK GiLe SaMPaH Yg DoRG KuMPuL :em35:

#33 WaNa.aiLy (26.03.08 @ 18:19 )

HaH…
WaNa PuN aDe KeNaL SoRg Yg aDe SiKaP SuKe KuMPuL SaMPaH :em26:

WaNa TiNGGaL SeBuMBuNG DgN DiE LaK MaSe Tu :em68:

aMaT SeMaK oKe !

MeNDe² Yg KiToRg Dh BuaNG , DiE LeH Gi KuTiP SMuLe…KaLo DiE ReCYCLe xPe GaK… Ni x…PeRaP Je MeNDe Tu…aDeHs :em52:

#34 cikgu zue (26.03.08 @ 18:48 )

Salam…sudah terlerai akhirnye…
special case agaknye ye penyakit ni yea..harap2 takdele org M’sia terjangkit dgn penyakit yg sebegini rhupa dan tahapnye. Cuma, kekadang kita dpt lihat, org2 gila yg merayau2 di tepi2 jalan, I mean yg xde penjagaan, biasanye bawak sampah macam2…plastik, kain2 buruk, kotak dll…adakah mrk juga ada OCDnye? :em60:

cikgu zue’s last blog post..Jalan-jalan

#35 So'od (26.03.08 @ 18:49 )

wana

tula kan.. tidur sampah, makan sampah, hidup sampah.. ini mmg kes lebih pelik dari pelik kan? :em32:

oh! wana ada experience! mmg ada ciri2 compulsive hoarding tu.. so camne korg handle problem tu? tegur ke x? :em39:

#36 So'od (26.03.08 @ 18:57 )

chegu zue

salam.. alhamdulillah.. tamat juga akhirnya.. :em32:

kat Malaysia pun ada chegu.. sy penah pegi tgk.. tp more to dia punya perkarangan rumah.. dah jd mcm tempat pelupusan sampah.. sampai x nampak lgsg rumah dia.. hehe..

org yg x terurus & xde tempat tinggal yg slalu kita jumpa tepi jalan tu most probably case untreated schizophrenia.. sebnarnya xkan jd camtu kalau ada org yg ambik peduli.. maksud sy keluarga terdekat la.. sbb mental illness ni memerlukan support yg kuat dari org tersyg.. insya Allah kalau dijaga dgn baik, mkn minum & ubat2an diurus sempurna, diorg ni dpt menjalani hidup yg lebih sempurna.. diorg bukan org yg merbahaya.. cuma tanggapan masyarakat je yg salah & perlu diperbetulkan.. :em20:

#37 cikgu zue (26.03.08 @ 19:15 )

ooo..ade juga kat M’sia ye…
so, what is the important solution/medicine utk org yg sakit jiwanye spt nih..kalau kita sedar, mungkin kita boleh tegur, nasihat…kalau dia sedar mungkin mudahla… tp kalau xsedar2 atau tak boleh hilang tabiat itu…nak wat camne, ye?
orang kata, kena lawan tabiat tu…etc: kalau suka kutip smpah, lawan dgn buang sampah2 tu…betul, ke? :em60:

cikgu zue’s last blog post..Jalan-jalan

#38 azza (26.03.08 @ 19:38 )

alaa…ni yg tak best ni! malangnya saya tak dapat tangkap la siapa yg dimaksudkan tu…herher :em41:

*senyap2 mengkaji semula ciri2 OCD sendiri*

eh, i think kan, my dad is a hoarder too la. tp takde la teruk cam along ngan angah ni. hahaha! dia tak suka buang document2 dia…kalo selongkar balik almari2 ktorang kang terjumpa la buku sekolah dia…surat2 ntah dari zaman mana ntah…and the thing is kan, it seems that dia tak igt tau about those things, tp kalo kitorang buat spring cleaning pastu senyap2 buang those things yg ktorang rasa mmg dia dh tak pakai tu, nnt dalam a week or so mesti dia tnya: “eh, mana surat ni/buku tu,”

i think my ayah ada sixth sense kot. ahahaha!! :em32:

#39 So'od (26.03.08 @ 19:58 )

chegu zue

management/treatment utk compulsive hoarding ni lebih kurg sama je dgn yg sy cerita utk OCD aritu.. i.e. Cognitive Behaviour Therapy (CBT) dgn medication..

ingat x teknik response & prevention yg sy explain dulu? yg kalau ada OCD pasal kuman, org tu akan disuruh pegang benda kotor bermula dari darjah kekotoran yg paling rendah sampai paling tinggi tanpa boleh mencuci tangan dia?

haaa.. utk compulsive hoarding ni sama jugak.. antaranya therapist akan cuba halang individu bermasalah ni drpd menangguh2 membuang sampah, atau pastikan barang2 mereka disimpan dlm keadaan tersusun dlm peti & bukan bertimbun @ berlonggok2 di mana2.. lama-kelamaan individu bermasalah ni akan berasa kurang gelisah @ berkeinginan dan secara otomatik tabiat tu akan hilang..

tp kena ingat.. proses ni bukan mudah.. sessi terapi mungkin mengambil masa yg lama.. kdg2 sehingga berpuluh2 sessi baru nampak kesannya.. hehe..

so selalunya utk tambahkan keefektifan rawatan, ubatan e.g. SSRI (sama mcm OCD punya ubat) akan diberi sekali..

begitulah ceritanya.. :em32:

#40 RynnComel (26.03.08 @ 20:05 )

:em57:

selepas mengecheck balek entry lama2,aku rasa kan, macam BUKAN aku jek. muahahhahahhahaha!

adehhla! aku suke simpan barang la.
sbb manyak memori oke.
daripada kad raya kepada bungkus gula2 pun aku simpan.
sbb urg yg kasi tuh aku suka. !

muahahhahahhaha!

aku xnak buang sbb :-
a. urg tuh da makin jaoh.
b. urg tuh da mati.
c. urg tuh da xtau kat ceruk aner

tapi kan,aku x rasa ko maksudkan aku.
lalalalallalalalla~

*berlalu pergi dengan penuh kecomelan*

:em53:

RynnComel’s last blog post..Indahnya Menjadi Seorang Yang Bergelar Hawa

#41 So'od (26.03.08 @ 20:06 )

azza

xpe.. kita tunggu je org tu confess.. ekeke.. :em47:

i think ur dad ada very mild symptom of compulsive hoarding la.. hehe.. no la.. if it doesnt cause him distress, that cant be classified as compulsive hoarding.. perhaps thats a trait of a very skema person.. hehe..

oh ya! lupa nak add to the comments.. sebenarnya compulsive hoarding punya symptom ni bukan hanya nampak pada benda2 yg physically kita boleh nampak @ bulky..

in the era of technology sekrg ni, byk benda tersembunyi yg manusia bole hoard.. contohnya:
1) simpan emel byk2 dlm inbox.. x sampai hati nak buang sampai bertahun2.. :em47:
2) biarkan desktop bersepah dgn file2 yg x guna pun.. pstu even kalau dah masukkan kat recycle bin pun, dia xkan delete.. :em47:
3) same goes utk SMS.. :em47:

ahhhh! kalau camni mesti ramai org yg ada compulsive hoarding kan??!! :em04:

#42 So'od (26.03.08 @ 20:10 )

runah

aik? xnak ngaku? sia2 je aku tulis entri berepisod2 dgn menjadikan kau sbg sumber ilham! :em41:

hehe.. aku main2 je.. aku tau ko x sampai tahap kronik camtu [even though ko mmg penghuni bilik store] :em47:

your reasons are good enough for me to tarik balik my preliminary diagnosis.. but other diagnoses still applied ok? ekeke.. :em47:

#43 Tyra (26.03.08 @ 20:33 )

kagumnye dengan sampah2 mereka. :em51:

psl pemanggil misteri tu.. entah2 either angah or along ni ada split personality disorder ke… jeng jeng jengggggggggggg…

hakhakhak…

Tyra’s last blog post..Masalahnya kalau ada masalah lain!

#44 WaNa.aiLy (26.03.08 @ 21:03 )

MaSe Tu . KaMi DuK 6 oRg 1 RuMaH…
KwN² WaNa Yg LaeN Tu DaH x TaHaN SgT … So , DioRg Yg MuLe SiNDiR² & PeRLi² DaK Tu…
WaNa McM BuaT BoDo JeK SbB MaLaS NaK GaDo²…
aSaL Die x LeTaK SaMPaH² Tu DaLaM BiLiK WaNa DaH La… :em65:

SaMPai 1 MaSe , KitOrG SeMue DaH xLeH SaBaR BiLe KiToRg TrJuMPe uLaR KeCiK Kt TiMBuNaN MeNDe² Yg DiE PeRaP Tu…
MaSe Tu , KiToRg KeMaS RaMai² , x TgGu & x TaNYe DiE (MaSe Tu Die xDe Kt RuMaH)…
BiLe Die BaLiK , DiE McM MaRaH GaK La…
DiE KaTe MeNDe² Tu BrGuNe GaK 1 HaRi NnTi…
KiToRg KaTe La… NaK TgGu 1 HaRi NaNTi Tu , nTaH² ANACONDA PuN aDe Kt RuMaH KiToRg :em58:
Tp DiE xLeH NaK WaTPe sBb KiToRg SeMue x Mo Bg PeLuaNG DaH …
sLoWLy , Die nYe HaBiT KuMPuL SaMPaH Tu iLaNG… :em47:

WaNa.aiLy’s last blog post..SeSuaTu ~

#45 So'od (26.03.08 @ 21:38 )

tyra

mula2 aku dpt tau pun aku kagum! terpikir camne dia hangkut 14 piano masuk umah dia tanpa bantuan sape2.. isk2.. dasat kan? :em26:

kalau split personality pun, sape yg buat call? umah diorg mmg xde letrik, line tepon semua.. henpon apatah lg.. ekeke..

pulak lg.. sorg lumpuh sorg tertimbus.. mustahil2.. :em57:

#46 So'od (26.03.08 @ 21:41 )

wana

wah! menarik pengalaman wana ni! real life lagi..
nasib baik ada org lain tinggal sekali kan?
kalau x, entah jd mcm Along ngan Angah kan?
erm maybe gak family dia ada yg mcm tu gak..
kalau buat case study best ni.. :em47:

thanks sbb berkongsi pengalaman ye! :em32:

#47 RynnComel (26.03.08 @ 22:02 )

:em57:

aku sgt bangga jd sumber ilham ko.

dgn ini,aku nak buat satu kenyataan terbuka.

SAYALAH MANUSIA YANG PUNYA MASALAH MENYIMPAN BARANG2!

bre,ko tau x,aku masih simpan semua es em es ko kasi kat aku.
sebab aku tau ko neh mmg liat nak anta es em es kat urg.
azahnyer email pon aku peram =)) sume email dr korang aku x buang :)) geler sayam :))

sekian.

:em53:

RynnComel’s last blog post..Indahnya Menjadi Seorang Yang Bergelar Hawa

#48 WaNa.aiLy (26.03.08 @ 22:10 )

oWH :em54:

KoMeN Yg LaST iTu KaH Yg MmPu MmBuaTKaN aBG aRM TrGeLaK :em65:

:em57:

WaNa.aiLy’s last blog post..SeSuaTu ~

#49 WaNa.aiLy (26.03.08 @ 22:11 )

oWH…
PaSaL BrKonGSi PeNGaLaMaN iTu…

My PLeaSuRe :em32:

sHaRiNG iS CaRiNG !!! :em70: :em51:

WaNa.aiLy’s last blog post..SeSuaTu ~

#50 So'od (26.03.08 @ 22:13 )

runah!

akhirnya ko confessed! hahahahah!

weh! terharulah ko ckp camtu.. aku tau ko appreciate sgt2 kitorg semua ni sampai sanggup buat perkara2 di luar dugaan..

contohnya menjadi seorg Compulsive Hoarder! =))

thanks for the friendship! :em32: :em57:

#51 So'od (26.03.08 @ 22:15 )

wana.. tergelak dalam keterharuan.. heheh..
yela.. mana pernah ada kawan yg sanggup mementalkan diri demi kwn2 yg lain.. ekekeke..
adeh!

wana.. kalau camtu bolela jadi maskot blog ni.. sambil pegang slogan “.comku, .commu jua!”

:em47:

#52 DeeN (26.03.08 @ 22:50 )

Isk, bagi aku itu bukan sampah, tapi duit. Kalo jual kat pemborong suuuurat kabarrr laaamaaa, manyiak untung woo. Itu besi2 kasi jual sama itu apek pon buleh pi melanciong woo. Diorang buat apa dgn sampah tuh, PaK LaNG? Takkan buang camtuh saja piano2, lampu2, buku2 lama tuh, sayang arr, diorang tak jual ker? takpun simpan buat kenangan?

*Alamak! Takkan aku pon terjangkit????? :em61: :em71:

DeeN’s last blog post..eDiSi: MaSa SeNGGaNG MaRi MeNuLiS

#53 So'od (26.03.08 @ 23:12 )

deen

sampah sarap tu depa lelong lepas tu.. ada la dpt dalam lebih kurg $2,000.. time tu byk gak la 2k tu kan?

pastu ada gak barang yg depa hantaq pi muzium.. contohnya kerusi yang Along mati tu.. laa ni ada kat muzium mana tah, aku pun lupa.. hehe..

tp Along & Angah ni mmg org berada.. anggaran harta benda depa (campoq duit dlm akaun bank) adalah dlm $100,000.. tp syg.. xdak waris.. duit tu pi mana aku pun xtau.. hehe..

sekian laporan buat saudari deen yg gila harta

ekeke..

#54 achik (26.03.08 @ 23:17 )

:em42: oh2 makku pun suka ‘kumpul sampah’.. asal org bagi barang lama yg masih elok, tv misalnya mesti dia angkut balik.. baru2 ni dia bawak balik 2 tv.. dlm rumahku skang ada 5 bijik tv.. :em65: seb baik la 2 dah hantar kedai.. bila tanya nak buat apa, kata nak baiki pastu bagi org lain.. adeh :em35:

dokumen/surat/bil lama pun suka sgt simpan.. penah daku buat ‘pembersihan’ dokumen2 tu, bil TNB berthn2 lepas pun ada..

err tapi aku rasa dah jangkit skit ngan makku la.. aku pun slalu sentimental nak buang benda2.. :em44:
penah simpan beratus2 sms dlm inbox.. padahal sms “dah makan?’ je.. hahaha… emel jgn cite la.. :em42:
adeh!!!

#55 So'od (26.03.08 @ 23:37 )

achik

aku rasa apa mak ko buat tu OK sbb tujuan dia utk repair pastu bagi kat org.. dan dia betul2 buat mcm apa yg dia ckp..

masalahnya kalau tau amik segala mcm brg dan longgokkan je sesuka ati pastu x buat apa2.. lama2 menimbun.. itu baru dikira penyakit..

yg SMS tu, aku rasa ramai je org yg simpan.. especially yg ada ayat “Hi dah makan?”, “Goodnite”, “Miss you” etc..
kan? kan? hahahah..

tp kalau ikutkan, mmg masalah compulsive hoarding ni berkait rapat dgn keluarga.. maksudnya kalau mak ada, anak kemungkinan follow..

tp aku x rasa ko mental chik.. mungkin sikiiitttt jela.. ekeke.. :em47:

#56 akira (26.03.08 @ 23:42 )

:)

Sood jawab: Kamu liquid paper komen kamu ye, che ati? xpela..

#57 cikgu zue (27.03.08 @ 04:32 )

ooo…cara atasi tu sama jela dgn yg lepas, yea… :em65:

ttg kisah penelefon misteri tu pulak, mungkin ada beberapa perkara yg boleh diperhatikan. :em46:

adakah berkemungkinan org yg bekerja di restauran/kedai yg selalu angah membeli keperluan dan makanan yg menelefon polis?Terutama kedai2 kecil yg biasanye depa so close to the regular customers?

atau mungkinkah kekawan pengutip sampah, yg selalu sama2 mencari barang terpakai di tempat sampah?

atau mungkinkah jiran sebelah rumah, yg biasanye angah akan hi hi bye bye dgnnye…tapi tetiba je angah menghilang, jadi jiran itu menelefon polis?

atau adakah angah dgn penyakit compulsive hoarding nye juga langsung tidak bercampur dgn org….so, dengan itu maka andaian2 di atas tidaklah boleh digunapakai?
hehehe….macamana yea tuan doktor…?? :em60:

cikgu zue’s last blog post..lihat-lihat

#58 cikgu zue (27.03.08 @ 04:35 )

sori doc….kacau waktu tidur lagi… :em32:
kat sini kan malam baru nak mula…hehhe
jawab esok pun takpe…. :em55:

cikgu zue’s last blog post..lihat-lihat

#59 So'od (27.03.08 @ 09:17 )

chegu zue

first of all, sy x kisah pun berapa byk kali org nak dtg sini, bertanya mcm2, walau mengganggu sy tido pun xpe.. hehe.. sy hargai sbb ada org yg nak amik tau psl isu2 mental health yg sy rasa teramat penting.. bole dikatakan kecelaruan mental adalah akar kpd segala mcm permasalahan lain.. e.g. pembunuhan, rogol, salahlaku2 lain.. so, sy suka kalau ada org yg peka terhdp isu ni sbb diorg bole jd mata2 yg memerhati masyarakat sekeliling dan mampu mengenalpasti warning signs seterusnya menjadi agen penyelamat.. itulah harapan sy..

*tiba2 teringat kes nurin jazlin & sharlinie & yg lain2nya* :em10:

baiklah.. berbalik kpd soalan chegu..

Collyer brothers ni mmg hidup sbg hermit kat New York tu.. Anti-sosial.. Angah tu hanya keluar selepas waktu tgh malam je.. pastu pegi korek2 sampah dan kutip apa2 yg berkenan di hati.. kdg2 makanan pun dia korek dari tempat sampah gak.. maybe pernah la dia sesekali pergi kedai ke apa.. sy kurg pasti pulak.. mcm agak mustahil hidup tanpa beli keperluan dapur etc kan? tapi entahla.. diorg ni pelik yg teramat pelik..

oh! teringat satu kes.. pihak bank pernah byk kali dtg ke rumah diorg ni.. sbb diorg x pernah pegi bank utk bayar mortgage diorg.. berbelas2 tahun dah pihak bank antar surat, telepon (last2 Collyer brothers tu terus potong line telepon sbb x suka diganggu), dan hantar wakil utk berurusan di rumah.. tp Collyer brothers ni x layan.. last2 pihak bank buat tindakan mahkamah.. kira mcm nak sita rumah diorg la.. time tu baru gelabah.. terus Angah tu tulis cheque ribu2 dollar gak la, pastu lempar ikut tingkap & halau org keluar dari compound umah dia.. hehe.. tau pun takut..

tp itula.. sampai mcm tu sekali x campur masyarakat.. :em62:

andaian2 chegu tu ada kemungkinannya.. tp disbbkan pihak polis pun x sibuk2 buat penyiasatan siapa anonymous tu, maka it remains a mystery until now..

#60 achik (27.03.08 @ 11:29 )

“tp aku x rasa ko mental chik.. mungkin sikiiitttt jela.. ekeke.. ”

hahahampeh.. kira ok la tu baru suam² kuku je kan.. ekeke.. :em46:

achik’s last blog post..HE’S BACK

So’od jawab :

hehe.. suam2 kuku je kan.. lama2 nanti sejuk la.. :em47:

#61 Mak Su (27.03.08 @ 11:31 )

blum ada crita baru ek, esok aje ler tu? tak per. tapi asik terkenang plaks pasal kisah 2 brothers malang tu. sampai mati dalam timbunan sampah. punca2nya feeling down ek? masalah dalaman ler tu? memang betui ler kajian tu kot. mmg “seseorang” tu pun macam tu ler….hmmm, tak boleh nak cakap apa masalahnyer, dia aje yg betul. lepas tu walau dinasihat camner pun, tak dimakannyer. kadang2 kita berani mati je usik barang2 (koleksi membazir, sampah) dia, kita kemaskan, dia marah ler, dia diam.. lepas tu, back to normal. tak leh nak buat apa ler. mak su ingat, ini masalah dipanggil “pemalas-melampau-tahap-gaban-sebab-sudah-lemak-kena-manja-lama-sangat”? oh.. rupanyer ada gaks nama saintifiknyer ek.

Mak Su’s last blog post..Saling melihat Tag tentang bulan

#62 lily (27.03.08 @ 11:42 )

yay! aku teka betul! :em64: i knew it! hihi. coz i did a study on this topic for my posting last time. hihi.

So’od jawab:

ye2.. aku tau ko dah tau.. terima kasih sbb x bocorkan rahsia awal2.. ekeke.. :em47:

#63 DeeN (27.03.08 @ 12:35 )

deen yg gila harta?
HaHaHaHa … sket2 adaLah. Hang tak ske harta ke PaK LaNG? HaHaHaHa …! Harta tuh bulehLah aku buat pi Mekah ka :em34: , buat umah anak yatim ka :em61: , bukak sekolah pree ka :em66: , takpun buleh gak tubuh kerajaan sendiri :em54: muahahahahahaaaa….!

OoO.. kalo penyakit tuh memang diorangLah ek pelopornya? Huh! Ada gak yer penyakit macam tuh. Isk. Miskin pun susah. Kaya lagiiiiiii susah kan, kan, :em13:

DeeN’s last blog post..eDiSi: MaSa SeNGGaNG MaRi MeNuLiS

#64 izzati (27.03.08 @ 12:46 )

huhuhu…sampai camtuh sekali ek? tersedih pulak baca…cian kat org2 yg masyarakat tak ambil pedulu camtuh…huhuhu… :em16:

So’od jawab:

che zati, pedulu tu ape? :em62:
sebenarnya sy rasa ada je yg concern psl org2 camni.. cuma jumlahnya x ramai dan dlm x ramai tu, x semua berani nak dekati..
cukup kesian dari jauh je..
xpe.. lepas ni kita tubuhkan pasukan Rakan Mental ok? :em47:

#65 So'od (27.03.08 @ 13:28 )

maksu

berat telinga mendengar, lg berat mata memandang..
tp berat mata memandang, lg berat bahu memikul..

mcm den ckp semlm, diorg ni bukan xtau yg diorg bermasalah.. diorg ni pun bukannya pemalas.. cuma secara biologi otak diorg x berapa OK.. sbb tu kene selalu berckp dari hati ke hati dgn dia.. pastu kita cuba main psikologi dgn dia.. kene pandai vary teknik la..

kalau x jalan jugak, pujuk dia gi jumpa professionals.. insya Allah, ada penawarnya.. :em24:

#66 So'od (27.03.08 @ 13:32 )

deen

aku suka harta, bukan gilaaaa harta.. ekeke.. :em47:

baguihla kalau hang ada niat lagu tu.. aku doakan hang dicurahkan rezeki byk2.. pastu jgn lupa kat aku.. amiin.. :em32:

sebenaqnya miskin kaya bukan punca penyakit tu.. punca dia hanya Tuhan yg tau.. of course la sbb Dia nak bagi ujian kat depa & at the same time nak bagi pengajaran kpd org2 lain..ehehe..

safe answer.. :em47:

#67 DeeN (27.03.08 @ 14:11 )

Aaaaaaku dah agak daaaah PaK LaNG nak jawab laguuuu tuhhhh….! Jawapannnn soraaaanggg ahlilllll politikussssssss! :em44:

[pssst… aku nak komen berjuta2 kali sehingga dapat merampas takhta pengomen gile kuasaaaaaaaa pulekkks muahaaa]
:em32:
:em53:

Sbenaqnya berapa jenis masalah yg berkaitan gangguan jiwa yg wujud kat moka donia neh PaK LaNG? Semua penyakit tuh ada kaitan antara satu sama lain ka, misalnya dari segi simptom2nya ka? :em14:

DeeN’s last blog post..eDiSi: MaSa SeNGGaNG MaRi MeNuLiS

#68 So'od (27.03.08 @ 16:03 )

deen

aku bukan berlagak politikus.. aku kan poliklinikus.. ekeke.. :em47:

oh! mcm2 masalah jiwa ada.. x terkira! hang imagine jela yg kewarasan ni adalah satu spektrum yg luas.. kat tgh2 spektrum tu NORMAL.. dan setiap dari kita punya mental ni bole duduk kat mana2 je atas garisan spekrum tu.. ada yg terkurang, ada yg terlebih..

dan disbbkan kita berada dlm spektrum yg sama, maka simptom2nya juga saling berkaitan antara satu sama lain.. cuma yg membezakan adalah berapa darjah kesengetan seseorg tu di dlm spektrum itu..

ekeke.. :em47:

#69 cikgu zue (27.03.08 @ 23:27 )

ooo ia tetap menjadi misteri….polis pun dah tak sibuk2, so kita pun xyah le menyibukkan diri nak tahu, kan….hehheh…buat penat thinking je. :em55:

chegu pun suke simpan barang2 utk recycle. Esp. kertas soalan bebudak….bleh conteng2… heheh, tupperware n plastik pun byk jugak…sbb x suka barang2 bersepah. tapi bila dah agak2 byk, takle simpan lagi….tupun dah kene sound…hehhe :em62:

cikgu zue’s last blog post..lihat-lihat

#70 apeng (28.03.08 @ 00:24 )

fuyooo…sampah dia punye la banyak..kalo paper2 buku2 tu p jual kat paper lama pon leh kaya beb…tu blom masuk besi buruk lg tuh…aku berazam psni nk jadik mcm Along & Angah…idola tokeh junkyard agung sedunia…respek sama lu org Along & Angah…hahaha

#71 akira (28.03.08 @ 01:38 )

Liquid paper komeng? :em14:
Manade padam-padam..
liquid paper pun tadek..
pemadam lagi la tadek..
Hahak!

Orang zaman dulu suka ambil gambar muka senget kan?
Ha ha ha!

#72 cikgu zue (28.03.08 @ 02:04 )

oo yea,
ada satu perkara nak tanya… :em60:
kekadang ada kekawan yang terlalu obses dgn suatu barang…contoh beg atau kasut. Pantang tengok je nak beli. Kalau kekawan lelaki, mungkin kayu golf ke, kreta mainan ke…kasut.
Pernah masuk satu rumah, penuh dgn barang berbentuk teko. Bukan di dapur je, malah termasuk di ruang tamu. Jam, pinggan, gambar ddl semua ada identiti teko. Adakah ini dikira hobi biasa atau luar biasa? atau apa istilahnye?:em60:

cikgu zue’s last blog post..Kisah di depan mataku

#73 el (28.03.08 @ 05:55 )

yang telipon polis tu.. adik dia lah… dia dah ada henset masa tu.. tapi pasal dia mati.. tak de orang tau yang itu henset yang buleh diguna untuk telipon orang… masa tu.. mana ada orang menatang apa henset tuh…

ekekek…

#74 So'od (28.03.08 @ 08:58 )

chegu zue

oh! simpan utk recycle tu xpe.. sebnarnya lg bagus.. sbb dpt berjimat cermat.. walaupun chegu kumpul byk2 tupperware pun, chegu tetap guna kan? xdela longgokkan sampai cecah siling.. ekeke..

#75 So'od (28.03.08 @ 09:00 )

apeng

daripada ko jadi cam diorg, lagi bagus ko jadi apek sulatkaba lama, old niuspeperrrr!

ekekeke.. :em47:

#76 So'od (28.03.08 @ 09:03 )

akira

oh! ingat kot padam.. sbb nampak ikon kenit je kat situ.. tulisan xde.. heheh.. :em24:

tula pasal.. pandai gak posing gak.. hahak! tp gambar Angah tu entah time bila cameraman snap.. kan dia x campur org.. agaknya gambar candid masa tgh punggah tong sampah kat tepi jalan kot..

ekeke.. :em47:

#77 So'od (28.03.08 @ 09:12 )

chegu zue lagi :em62:

oh! good question! :em54:

hobby mengumpul barang2 spesifik dgn OCD adalah 2 perkara yg berbeza..

satu, obsession dlm OCD tu adalah sesuatu yg ego-dystonic.. atau dlm erti kata lain, idea/kehendak yg bermain kat otak dia tu adalah bercanggah dgn kepercayaan dia.. dia tau benda tu x betul, tp otak tetap cetuskan benda tu.. obsession dia tu menyebabkan tekanan kpd dia.. selalunya org tu akan cuba suppress obsession dia dgn melakukan benda lain yg bukan obsession dia.. contohnya, kalau dia ada obsession dgn teko, dia akan cuba elakkan diri pergi tempat yg ada jual teko.. tension jadinya..

kalau obsession dlm org yg hobby dia collecting specific items tu lain.. diorg mmg SUKA dan ENJOY dgn idea diorg tu.. org jenis ni mmg akan berusaha sungguh2 utk dptkan apa obsession diorg tu.. contohnya kalau dia obses dgn teko, kat mana2 tempat dia pegi pun, dia akan beli teko.. tp dia x tension.. dia seronok.. hehe..

itulah dia beza antara OCD dgn hobby.. :em32:

#78 So'od (28.03.08 @ 09:18 )

pokcik

ada kemungkinan gak dia dah cipta henpon time tu.. sbb dia ni kan mcm mad inventor.. tp kan lepas 5 hari baru polis dpt call tu.. time tu adik dia tu dah lama mati tertimbus.. hehe..

tp kemungkinan abang dia yg lumpuh tu call ada jugak.. tp kalau mmg betul la adik dia dah cipta henpon time tu..

hahahahahah.. :em04:

#79 ummunisaa' (28.03.08 @ 19:20 )

aku rasa husband aku ada masalah ni. bila aku ngemas pastu nak buang barang2 dia dalam stor dia tak bagi .. katanya nanti bila2 buleh pakai. sampai sudah tak pakai pun. kertas la, fail la, suratkhabar la, botol plastik pun ada wa cakap lu. adehhhh … so next spring cleaning job .. aku nekad nak buang semua harta karun tu. buat nyemak stor je.

errr btw .. aku jeles part dia ada 25k buku tu. adehhhh bestnyaaa.

aku ada phobia ke tak ek? hmmmmm ….

ummunisaa’’s last blog post..Siang tadi …

#80 So'od (28.03.08 @ 20:41 )

kak has

mmg dah ke arah compulsive hoarding dah tu.. kene jaga2.. hehe..

a’ah buku 25k tu agak mengujakan.. tp kalau susun elok2 kat rak xpela.. ekeke.. :em62:

kak has mesti ada something yg difobiakan ni.. cepat kongsi!! :em57:

#81 azah (31.03.08 @ 16:40 )

:em53: sangat misteri! harap-harap rumah rynakk tak jadi macamtu. adakah ini salah satu sebab dia dihalau dari bilik di atas, lalu kene duduk di stor?

aku rasa teori aku tentang budak penghantar pizza yang menelefon mungkin tidak betul. tapi aku dah buat teori baru.
teori baru aku adalah:

pengkutip surat khabar lama yang menelefon kerana dia mendapati dari tingkap, terdapat banyak surat khabar lama di dalam rumah tersebut dan dia menyangka rumah tersebut adalah tapak operasi haram pengutip surat khabar lama a.k.a. rival dia.

tapi teori tanpa amali dan bukti hanyalah teori yang sia-sia. lebih-lebih lagi apabila kisah ini telah lama berlaku di zaman yang tidak wujud teknologi hebat lagi.
:em57:

azah’s last blog post..Kapas dan Saya

#82 So'od (31.03.08 @ 16:49 )

azah..

aku juga berharap runah bukanlah mangsa diskriminasi seorg disposophobia.. semoga keluarganya berfikiran rasional hendaknya.. *amiin*

teori saudari amatlah tidak boleh pakai kerana apek ’sulatkaba lamaaaaa, old niyussss peperrrrrr’ belum lg wujud waktu itu.. apatah lg di new york..

nampaknya kerajinan saudari menonton CSI kurang membantu.. usaha lg di masa akan dtg ye?

#83 taalidi (29.09.08 @ 22:12 )

aku salah seorang penghidap OCD, umur aku dah lewat 30an. Dah kian lama bergelumang dalam kancah OCD ni..apa yang dapat kutelitikan ialah: OCD ni tak boleh baik atau sembuh setelah dihidapi. Apa yang penting adalah bagaimana cara yang terbaik untuk hidup dengan OCD. Boleh dikatakan ada ‘alien’ ego dalam jiwaku. Tak dinafikan, aku cuba melawan OCD semampu mungkin. Dua kali rumahtanggaku hancur gara-gara OCD. Apa yang ku lakukan sekarang, ialah hidup sendirian, tak mahu atau jarang bercakap dengan orang lain, kecuali seorang kawan rapat yang faham tentang OCD. Aku terpaksa mengatur jadual harianku supaya dapat menjalani hidup dengan tenang. Walau pada hakikatnya ketenangan itu jarang dapat kurasai. Sudah lah aku ada OCD, aku juga ada hyperhidrosis. (Tapak tangan berpeluh dan tapak kaki berpeluh), Pergerakan berulang2 akibat OCD memang dah tak dapat ku kawal lagi. Tangan, kepala, hidung selalu sahaja ingin bergerak2 sendiri tanpa dapat ku kawal. Akibatnya aku jadi malu nak bertemu manusia kerana dikatakan kenan. Bayangkan, waktu memandu pun tangan ku nak bergerak sendiri. Was-was? jangan cakaplah…selalunya aku terganggu dalam bab2 feqah. Tapi Alhamdulillah…kini ia dah berkurangan. Apa yang sangat perlu adalah tidur berkualiti yang cukup, elakkan diri dari terlibat dalam perkara2 besar kerana dengan OCD ini, sukar nak memberikan komitmen. Walau bagaimana pun, aku tetap berharap agar suatu hari nanti, aku akan bertemu penawar OCD. Wassalam

Tinggalkan Komentar







:) :( :d :blush :(( :dance :x 8-| /:) :o :-? :whistle :-w ;) [-( :)>- more »