aRmPunyaDotCom : dotcomku, dotcommu jua!.

Cerita-Ceriti - Revisited

Cerita Mak

Malam pertama di Dublin (bukan malam pertama ehem-ehem tu ye!), di rumah Ateh yang sengaja dikosongkan housemates yang lain supaya Mak dan Pak boleh tinggal sementara. Akibat keletihan yang melampau, Mak dan Pak tidur nyenyak. Di tengah malam, Mak terjaga dan terus mengejutkan Pak.

Mak: Bang, tolong matikan aircond tu. Sejuk sangat!
Pak: Sini mana ada pasang aircond…

Nota: Cuaca di Dublin agak sejuk sekarang. Malamnya boleh mencapai serendah 10 darjah Celcius.

Cerita Pak

Di sebuah kedai daging milik seorang lelaki berbangsa Arab.

Pak Aku: I would like to buy a whole kitchen!
Pak Arab: What?
Pak Aku: Ops! I mean a whole chicken (sambil tersengih malu)

Nota: Pak pandai berbahasa Inggeris. Cuma dia kuat tersasul :)

Cerita Mak & Pak

Sedang aku berchatting dengan Ateh, Mak bertanyakan tentang Chobi (kucing) di rumah. Aku khabarkan yang Chobi makin kurus, tak selera makan (bukan aku yang tak bagi makan, ok?). Aku beritahu yang Chobi selalu bersantaian di depan pintu bilik Mak dan Pak, mengiau-ngiau memanggil Mak, mencakar-cakar pintu bilik.

Ateh: Chik, Mak dah nangis la…
Aku: Aik.. Pak nangis tak?
Ateh: Heheh.. Pak tengah usik-usik Mak.. menyakat..

Pak memang begitu. Suka gelakkan Mak kalau Mak sedih-sedih.

Ateh: Chik…
Aku: Apa?
Ateh: Pak pun nangis sama…

Nota: Chobi jadi peneman Mak dan Pak di kampung sejak lebih 2 tahun lepas. Masa tu, hanya Mak dan Pak saja yang tinggal. Anak-anak semua berjauhan. Chobi dibelai-belai manja macam cucu sendiri. Sehinggakan diajak tidur bersama di katil. Jadi, aku tak hairan jika Chobi dirindui lebih dari diriku sendiri… Huh!

Oh Chobi! Aku dengkikan kau!

__________________________________________________________

Ya, ini entri lama yang aku bawakan khas dari wAwo, bertarikh 7 Jun 2007. Cerita-cerita ringkas tentang Mak dan Pak yang ke Dublin untuk menghadiri majlis konvokesyen Ateh. Waktu tu, aku jadi penunggu rumah selama sebulan. Hehe.

Motif aku bawak entri ni ke sini? Sebenarnya, dah lama aku berkira-kira nak menjemput orang-orang tersayang untuk membaca blog aku. Sesuatu yang aku tak mampu lakukan semasa di wAwo atas sebab-sebab tertentu. Dengan adanya aRmPunyaDotCom, aku berharap dapat menyambungkan the missing link dan merapatkan the gap yang tercipta atas sebab-sebab tertentu itu. Aku mahu mereka tahu bahawa aku masih di sini.

Pun begitu, aku takkan mungkin mengimport kesemua entri lama di wAwo ke sini. Sesetengah perkara lebih baik ditinggalkan. Sesetengah perkara lebih baik dimulakan semula. Setuju? :D

Popularity: 82% [?]

Ditulis pada 6 March '08, bawah kategori Cerita Hari-Hari, Mak & Pak, Revisited.

46 Komentar di “Cerita-Ceriti - Revisited”

#1 azah (06.03.08 @ 08:36 )

setuju! setuju! :em47: ohhh…sangat gembira! icon-icon ini sangat comel!!! :em64: lagi comel dr icon ym…tapinye kene click2 :em59:

:em57: <<—icon lanun telah dijumpai di sini!

p/s: ape telah terjadi dgn chobi setelah dia bergaul dgn kumpulan jahat :em39:

azah’s last blog post..Would you wear this?

#2 so'od (06.03.08 @ 08:48 )

satu2 nya icon yg susah utk dijumpai —>> :em57:

nanti aku cerita pasal chobi lg.. mcm2 dah berlaku kpdnya sejak aku made a comeback.. :em42:

#3 Mak Su (06.03.08 @ 09:53 )

[testing, testing one two three… am i still a spambomsquarespam]

mak ngan pak tak minat nak bela ayam katik ker? sambil2 tepuk untuk tidurkan, ayam katik boleh ler kasik telur ayam. kan kan?

Mak Su’s last blog post..Umpama

#4 brandal lokajaya (06.03.08 @ 10:52 )

Bang,
sempoi gile mak ngan pak ko.. :em69:
dah veteran pon masih romantik+komedi..
nyah suke.. :em59:
ha ha..

pssstt..
sebenarnya aku tak sempat baca abes semua entri wAwo. Ada kemungkinan x aku dapat baca lagi semua tu? :em39:

#5 Kak Jie (06.03.08 @ 11:30 )

oh..Dublin cijok je.. :em20:

Hidup Chobi!!!! :em48:

Kak Jie’s last blog post..Betul TakTipu

#6 achik (06.03.08 @ 11:45 )

patutla cam dah penah baca je.. :em24:

ps: alalala.. comel2nya ikon kat sini.. rasa nak culik je.. :em32:

#7 so'od (06.03.08 @ 14:41 )

orait maksu.. dah lepas dah komen tu.. sori ler.. jahat btul benda ni kata maksu spambob.. :em41:
oh bela ayam katik ye? rasanya mak nak bela gobbler.. tp den nak suruh bela burung wak-wak.. :em62:

#8 so'od (06.03.08 @ 14:43 )

weh xyah la berlakon nyah.. ekeke..
ooo x sempat rupenye.. xpe, kalau aku malas nak apdet lenkali, aku cilok je mana2 entri wAwo taruk sini.. :em47:

#9 so'od (06.03.08 @ 14:44 )

cijok la kot kak jie.. sy pun x penah experience.. :em32:
alamak kak jie sokong chobi laa.. :em65:

#10 so'od (06.03.08 @ 14:46 )

achik.. recycle apa2 yg ada.. :em20:
kidnap la yg atas sekali belah kanan tu bwk balik.. aku rela.. ekeke..

#11 azah (06.03.08 @ 15:07 )

:em57: aku tak paham ape icon ni buat kat sini: :em72:

adakah aku orang pertama guna icon tu :em56:

azah’s last blog post..Golimar, My Hero!

#12 so'od (06.03.08 @ 15:15 )

itu icon eskrem la.. ekeke..

#13 zool (06.03.08 @ 16:24 )

Lenanya chobi tidur….
Kejutkan dia…

zool’s last blog post..Cabaran Memandang Ibu Jari Kaki

#14 RynnComel (06.03.08 @ 17:31 )

:em72: : ini aikon intechitis yew,hadek2.

:em57: : ini aikon oficial geng lanun.

:em71: : ini digunakan utk bom urg.

aku suke entry mak dan pak!

RynnComel’s last blog post..Aku Bukanlah Kakak Yang Baik

#15 azza (06.03.08 @ 18:38 )

hehe, arent you glad you wrote these down? esok2 dah tua2 leh baca balik…gelak2 balik… :em62:

#16 so'od (06.03.08 @ 20:26 )

heheh.. bukan tido pun tu..
show off je lebih.. :em41:

#17 so'od (06.03.08 @ 20:27 )

aku letak icon eskrem tu utk tyra.. :em23:

#18 so'od (06.03.08 @ 20:32 )

yup azza.. i let my mom, my sis & BIL read this blog just now.. lawak plak rasa.. mak gelak kuat bila baca entri2 psl dia esp. yg GOBBLER tu.. ekeke..
wonder how pak would react plak.. tunggu dia balik masjid dulu.. :em32:

#19 WaNa.aiLy (06.03.08 @ 20:44 )

NaK CHoBi…
NaK CHoBi…
sGt CoMeY La BeLiaU…
BiaR La Die BrGauL DgN SeSaPe Yg Die SuKe…
LaLaLaLa…

:em54: CoMeY La iCoN NiH… :em70:

#20 WaNa.aiLy (06.03.08 @ 20:46 )

:em57:
HaH…aDe iKoN GeNG LaNuN…
aPe KaTe SuMe GeNG LaNuN DIWAJIBKAN GuNe iKoN Ni BiLe KoMeN2 Kt SiNi :em47:

#21 so'od (06.03.08 @ 21:15 )

wana nak ke?
dia mengada2.. :em53:

#22 so'od (06.03.08 @ 21:16 )

ok! :em57:
pastu taruk icon ni kat ujung komen –>> :em53:
ekeke..

#23 Tyra (06.03.08 @ 22:33 )

ye.. setengah perkara.

:)

Tyra’s last blog post..Aku berat hati sangat nak lepaskan.

#24 so'od (06.03.08 @ 22:44 )

ye, aku paham.. but stay strong,k?

#25 zuekay (06.03.08 @ 23:04 )

krim salam kat mak pak kamu yea…romantiknyeaa..
teringat kat mak + arwah ayah dulu…huhu :em29:
nak call mak sat lagi nih.. :em10:

zuekay’s last blog post..STONE ICE IN LAMPETER

#26 Azhar Ahmad (07.03.08 @ 00:09 )

Tak setuju!!! Wawo itu, banyak cerita yang best… Siapa kata tak best… meh saya bunuh sapa kata tak best….. Banyak ahhhh cerita best kat sana, kisah benda menyembur tiap 15 minit, kisah bawah katil, kisah pak hang yang duduk kat bawah pondok depan taman…

Ehhh, nak sebut lagi ka?

Azhar Ahmad’s last blog post..Saya Letih, Kawan-kawan

#27 so'od (07.03.08 @ 00:55 )

hehe.. insya Allah..
kenangan mcm ni mmg berharga kan? chegu mesti lebih memahami..
cpt2 la call mak kat kg tu.. sian, jauh.. :em10:

#28 so'od (07.03.08 @ 00:59 )

alamak cik har!
betul ke byk cite best?
kalau camtu nanti aku buat mcm entri hari ni jugakla.. hari-inikan kelmarin di wAwo.. buat segment Revisited.. amacam? :em43:
ataupun aku tulis je entri2 yg baru dgn konsep & feel yg serupa mcm dulu.. lg senang.. :em32:

#29 azah (07.03.08 @ 08:38 )

:em57: kenapa akhir komen geng lanun kene letak icon :em53: ? tapi betul…aku stuju… icon :em72: adalah utk intechitis…khas dibawakan utk tyrah :em53:

azah’s last blog post..Golimar, My Hero!

#30 so'od (07.03.08 @ 08:55 )

ekeke.. bukan aku yg cadangkan.. bendahari yg cadangkan.. :em47:

#31 so'od (07.03.08 @ 08:57 )

eh lupa!
:em57: slamat hari bes yg ke-52! semoga semakin tua, semakin beringat! :em53:

#32 RynnComel (07.03.08 @ 13:03 )

atyrak mst sangat bangge.
hahak!

ikelas,
lajnah makan2 dan gossip hangat.
:em57: Undilah PLAS!! :em53:

RynnComel’s last blog post..Entry Tanpa Motif #3

#33 kema (07.03.08 @ 14:11 )

Salam o’od,
Aku sihat. Mak aku tak berapa nak sihat lagi. Agak kesibukan menangani hidup. Aku ada jenguk2 kat sini tapi tak tinggal jejak. Cantik dot.com hang neh :)

kema’s last blog post..24

#34 so'od (07.03.08 @ 14:23 )

yah! undilah PLAS utk menyeimbangkan hidup anda! :em57:

#35 so'od (07.03.08 @ 14:24 )

aku doakan mak hang cpt sihat.. kesihatan hang pun kena jaga gak.. terimakasih sbb sudi jenguk2 aku.. aku slalu gak jenguk hang.. tp aku phm hang bz.. :em24:

#36 mamaranggie (07.03.08 @ 17:24 )

:em51: X TAKUT KE TGGL SENSORANG MASA FAMILY X DO UMAH…

hehehe…

mamaranggie’s last blog post..PERCAYA X KORANG???

#37 Tyra (07.03.08 @ 20:46 )

hahaha.. aku lak yg terkena icon tu!!

Tyra’s last blog post..Aku berat hati sangat nak lepaskan.

#38 Tyra (07.03.08 @ 20:47 )

aku ni lajnah intechitis ke.. :em62: :em62:

Tyra’s last blog post..Aku berat hati sangat nak lepaskan.

#39 so'od (07.03.08 @ 20:53 )

lajnah penguatkuasaan merangkap lajnah intechitis.. :em69:

#40 so'od (07.03.08 @ 20:54 )

MR.. xdela.. dah biasa.. :em32:

#41 akira (08.03.08 @ 01:41 )

Ok! Dah khatam ngendap semua isteri-isteri kamu..
Barulah boleh terjah ke sini dengan aman dan damainya..
Ngeee :em32:
Apsal Kelly dah prebet?
Tak dan nak ngendap dengan lebih khusyuk dan fokus si kelly tu.. ish! *sambil menarik rambut senirik*

Tahniah!
Untuk semuanya.. ;)

#42 so'od (08.03.08 @ 06:37 )

Kelly baru je prebet semlm.. tiada spesel offer lg.. :em47:
terima kasih..!

#43 MK (10.03.08 @ 15:55 )

setuju. noktah.

MK’s last blog post..Revo Uninstaller: Uninstall Program Dengan Sepenuhnya

#44 so'od (10.03.08 @ 16:01 )

:em47:

#45 starwalker (10.03.08 @ 17:59 )

haha comel nye kucing tu!

starwalker’s last blog post..people became cow when eat macdonalds

#46 so'od (10.03.08 @ 18:29 )

kucing sengal mmg camtu! :em53:

Tinggalkan Komentar







:) :( :d :blush :(( :dance :x 8-| /:) :o :-? :whistle :-w ;) [-( :)>- more »