aRmPunyaDotCom : dotcomku, dotcommu jua!.

Yang Terakhir…

Tak berapa sihat sejak 2 hari lepas. Kepala masih pening. Tapi kena tunaikan janji dulu. Siapkan entri terakhir pasal OCD. Seringkas-ringkas yang boleh.

________________________________________________________

Secara umumnya, terdapat 2 jenis rawatan untuk OCD iaitu psychotherapy yang dipanggil Cognitive-Behaviour Therapy (CBT) dan juga rawatan ubat-ubatan. CBT adalah bentuk rawatan yang telah lama digunakan dan masih merupakan rawatan utama dalam menangani OCD manakala ubat-ubatan dapat membantu terutamanya untuk kes-kes OCD yang agak teruk.Exposure and Response Prevention (ERP) adalah teknik CBT yang diaplikasikan secara spesifik dalam rawatan OCD. Di dalam ERP, penderita OCD belajar untuk mengawal kegelisahannya dengan mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan ritualnya. Sebagai contoh:

  • Seseorang yang mempunyai obsesi terhadap kuman akan diarahkan menyentuh objek-objek yang ‘kotor’ secara berperingkat-peringkat, yakni daripada yang paling kurang kotor e.g. tisu yang telah digunakan; sehinggalah kepada yang paling kotor e.g. mangkuk tandas. Ini dinamakan Exposure. Response Preventionnya pula ialah tidak mencuci tangan.
  • Seseorang yang mempunyai masalah was-was sama ada pintu rumahnya sudah dikunci sebelum keluar akan dibenarkan memeriksa kuncinya cuma sekali (Exposure) dan tidak dibenarkan untuk kembali untuk kali kedua (Response Prevention).

Lama-kelamaan mereka akan terbiasa dan tahap kegelisahan mereka akan beransur-ansur menurun. Walau bagaimanapun, tidak semua penderita OCD akan pulih dengan sepenuhnya dengan teknik ini. CBT didapati berjaya untuk merubah OCD dalam 50-80% kes sahaja.

Ubat-ubatan selalunya digabungkan sekali dengan rawatan dalam bentuk CBT untuk meningkatkan keberkesanannya. Kumpulan ubatan Selective Serotonin Reuptake Inhibitors (SSRIs) dapat membantu mengurangkan kegelisahan dengan menambahkan rembesan serotonin dalam otak.

Untuk memastikan proses pemulihan berjalan dengan lancar, adalah penting untuk penderita OCD mendapat sokongan sepenuhnya daripada ahli keluarga dan rakan-rakan. Oleh itu, adalah diharapkan ahli keluarga dan rakan-rakan mendapatkan maklumat terperinci mengenai OCD, terlibat sama dalam sesi-sesi terapi yang mereka lalui dan seterusnya menjadi pemberi dorongan terhadap usaha mereka untuk sembuh. Dengan kerjasama begini, Insya Allah, seseorang penderita OCD akan dapat mengatasi permasalahannya dengan lebih mudah.

________________________________________________________

Diharap kita sama-sama mendapat manfaat daripada perkongsian kita minggu ini. Insya Allah. Terima kasih dan Wassalam.

Popularity: 65% [?]

Ditulis pada 29 February '08, bawah kategori Cerita Jiwa-Jiwa, OCD.

18 Komentar di “Yang Terakhir…”

#1 so'od (04.03.08 @ 03:57 )

Mak Su said…

:)-

February 29, 2008 3:36 PM

#2 so'od (04.03.08 @ 03:58 )

Pa’chik said…

kalau yang asek nak gosok bahu pompuan wat cemana weh? ekekekek…

February 29, 2008 3:41 PM

#3 so'od (04.03.08 @ 03:58 )

So’od said…

maksu:
awat ada ayaq liuq kuaq tu? ekeke..

pokcik:
itu ubatnya satu je..
kita gulingkan dia..
pastu xdak la sapa2 sakit ati amik bukti, tunjuk2 kat org yg dia buat lagu tu lg..
org pun x sakit ati tgk kelaku dia tu.. biaq pi kat dia.. ekeke..

February 29, 2008 3:45 PM

#4 so'od (04.03.08 @ 03:58 )

Mak Su said…

ada ayaq liuq ker? alah… biasaler, baru bangun tidur trus tersengih.

rawatan fobia pun lebihkurang macam tu ker? ada tgk kat tivi, rawatan fobia yang takut tempat terkurung tu, lagi dikurungnyer orang tu. fobia gelap, lagi diletakkannya pesakit kat tempat gelap. tapi depa dah explain ler kat pesakit tu. silap2 haribulan kang kena terajang plak.

February 29, 2008 3:56 PM

#5 so'od (04.03.08 @ 03:59 )

13may said…

errr…errrr….
boleh explain dengan bahasa paling mudah dak…

hehhe

February 29, 2008 3:58 PM

#6 so'od (04.03.08 @ 03:59 )

mama ranggie said…

biasanya pompuan nak monopaus pon selalu gak kena kan?

February 29, 2008 3:58 PM

#7 so'od (04.03.08 @ 03:59 )

So’od said…

maksu:
aha.. utk fobia pun lebih kurg gak tp dimodify skit.. nanti kita kongsi.. insya Allah, one day..:)

13may:
err.. er.. itu dah paling senang la tu.. tiada yg lebih senang lg menyenangkan drpd yg itu.. ekeke..

mama ranggie:
setahu saya, xde kaitan OCD dgn menopos..
mungkin mama ranggie maksudkan kegelisahan tu.. mmg selalu la org nak menopos rasa resah2 gelisah ni..:)
dan lg satu mood x stabil.. ehehe..

February 29, 2008 4:07 PM

#8 so'od (04.03.08 @ 04:00 )

© OD said…

Oooo…
Opah dah try buat tadi. Jangan main air… pastu cuba sentuh suis lampu dengan tangan - tak payah berlapik-lapik dah… pastu tak payah bersihkan mana-mana yang disentuh tangan dah… buat tatau jek.
Seksa tapi buat gak… ni tengah anxious nih… sampai peluh-peluh tapi first day kan… kena la sabarkan diri.

February 29, 2008 4:45 PM

#9 so'od (04.03.08 @ 04:00 )

Jie said…

ooo..tak sangka mcm tu sekali seriusnya…..

February 29, 2008 6:46 PM

#10 so'od (04.03.08 @ 04:00 )

Rynn Cowbra said…

aku cuba berhenti kaco member sebelah aku.adelah sgt payah.
apekah yg harus aku lakukan?!

anyway,sila jage diri bebaik.
aku adelah kerisoan sbb x menjenguk korang sume :|

February 29, 2008 7:09 PM

#11 so'od (04.03.08 @ 04:00 )

tyrexia said…

sila jage diri baek2.. :)

dulukN aku suke kira… patut la aku dh xde OCD skrg ni! sbb Law mane ade kira-kira!

hahahha…

February 29, 2008 8:45 PM

#12 so'od (04.03.08 @ 04:01 )

hamba said…

salam..

syafakallah, amin.
terima kasih byk2 dok.jzkk.ALhamdulillah ada jalan penyelesaian yg diberi, moga2 sesiapa yg ada OCD ni boleh sembuh dan hidup mcm mnusia normal(setiap manusia diuji, tandanya ALLAH sygkan kita&ALLAH tahu kemampuan kita utk diuji dgn sesuatu)..

p/s:saya gembira sbb boleh bgtau kwn saya sama.terima kasih :)

jaga diri dan jaga kesihatan

February 29, 2008 10:00 PM

#13 so'od (04.03.08 @ 04:01 )

hamba said…

-skali lagi xpuas hati..komen dpt no 12, so ini pelengkap utk no 13(angka ganjil)..hehehehe

jzkk :)

February 29, 2008 10:02 PM

#14 so'od (04.03.08 @ 04:01 )

the mosaicist said…

seriously…nasib baik la i dont have to go through benda alah ERP nih. i dont think i’ll be able to survive that! hoho. pegang magkuk tandas pastu takyah basuh tangan? aaaaaa!!

oh, and bukan patutnya hr ni ada celebration ke? :D

March 1, 2008 3:39 PM

#15 so'od (04.03.08 @ 04:02 )

So’od said…

OD:
alhamdulillah.. bagusla.. usaha sampai jaya ye OD!

kak jie:
itula kakjie..
Allah nak duga hambaNya dgn mcm2 cara..

runah:
itu personality disorder.. kan dah bgtau awal2 lg..
ekekeke..

March 1, 2008 5:33 PM

#16 so'od (04.03.08 @ 04:02 )

So’od said…

tyra:
tengs..:)
weh! kalau ko amik maths mesti ko suka kan?
ekeke..

hamba:
salam.. sama2.. sy buat apa yg mampu je..:)
terima kasih sbb bertanya.. kalau x, gerenti sy x bukak cite2 camni..
almaklumla.. sy byk merepek.. ekeke..
ish2.. OCD bawang dah terbwk2 ke sini eh? ekeke..

azza:
thats why i said u handled it correctly..
sebnarnya kamu dah psikoterapikan diri kamu sdiri..:)
celebration? huhu.. tunggu baik pening..:|

March 1, 2008 5:38 PM

#17 zuekay (04.03.08 @ 04:30 )

Walaupun baru di sini, saye ucapkan t.kasih di atas ilmu yang diberi. Take care of yrself.

zuekay’s last blog post..AKTIVITI SUKAN PETANG SABTU

#18 so'od (04.03.08 @ 05:36 )

sama2 zuekay.. terimakasih dan take care kembali..:D

Tinggalkan Komentar







:) :( :d :blush :(( :dance :x 8-| /:) :o :-? :whistle :-w ;) [-( :)>- more »