aRmPunyaDotCom : dotcomku, dotcommu jua!.

Ada Apa Dengan 3?

Sengaja aku lewatkan entri sambungan tentang OCD untuk memberi peluang kepada ramai lagi pembaca bersama-sama berkongsi pengalaman. Banyak juga maklumbalas menarik yang diterima. Masing-masing ada kisah yang tersendiri. Secara tak langsung juga ia menunjukkan bahawa OCD (atau ciri-ciri OCD) bukanlah sesuatu yang asing di kalangan masyarakat.

Menurut statistik, antara 2-3% daripada populasi mempunyai risiko untuk mengalami OCD. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang tampil untuk menerima rawatan disebabkan kondisi ini yang bersifat peribadi dan memungkinkan seseorang dipandang serong oleh masyarakat. Maka peratusan sebenar penderita OCD dipercayai lebih tinggi daripada nilai yang diberikan di atas.

Seperti kebanyakan permasalahan psikologi/psikiatri yang lain, OCD juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa salah faham dan prejudis di kalangan masyarakat umum. Ramai yang menganggap penderita OCD sebagai manusia pelik atau gila sedangkan pada hakikatnya, kebanyakan daripada mereka tidak akan menonjolkan kelakuan kompulsif mereka sesuka hati di tempat terbuka. Malah ramai di antara mereka yang berjaya menyembunyikan obsesi dan menyesuaikan diri di dalam masyarakat. Mereka kelihatan normal dan selalunya ciri-ciri OCD mereka diterjemahkan dalam bentuk yang dihormati dalam masyarakat, seperti sikap perfectionist, mementingkan perincian dan pembersih. Tokoh-tokoh seperti Beethoven (Bipolar Disorder pun dia jugak!), Michaelangelo, Albert Einstein, Michael Jackson, Donald Trump dan David Beckham; merupakan penderita OCD. [Sila klik pautan ini untuk membaca jenis OCD yang mereka alami]

Salah faham masyarakat terhadap OCD sebahagiannya disebabkan paparan media yang sering mengaitkan unsur-unsur negatif dengan penderita OCD. Sebagai contoh, di dalam filem As Good As It Gets, pelakon yang membawa watak utama iaitu Jack Nicholson digambarkan sebagai seorang yang aneh laku, menjengkelkan dan dingin terhadap jirannya. Jack Nicholson memenangi oscar Pelakon Lelaki Terbaik untuk paparan yang mengelirukan itu.

Dalam drama bersiri popular Desperate Housewives, watak Bree digambarkan sebagai seorang surirumah yang sempurna dari serba-serbi aspek tetapi bersifat kejam untuk mengatasi pergolakan dalaman demi menjaga kesempurnaannya. Begitu juga dengan watak Riddler di dalam Batman, seorang supervillain yang mempunyai kecenderungan untuk meninggalkan teka-teki bagi setiap jenayah yang dilakukannya.

Drama bersiri penyiasatan Monk, mungkin merupakan salah satu paparan media yang ‘adil’ untuk penderita OCD. Kisahnya berkisar tentang seorang detektif di mana OCDnya kadangkala menyusahkan dan kadangkala membantunya dalam menyelesaikan misteri. Ini secara langsung menunjukkan bahawa seseorang penderita OCD mampu berkhidmat untuk masyarakat walaupun terpaksa bergelut dengan permasalahannya.

Sebenarnya, aku juga mempunyai beberapa ciri OCD yang tak keterlaluan. Contohnya, aku obses terhadap objek yang simetri, lebih-lebih lagi bulatan. Obsesi aku terhadap simetri sehingga terbawa-bawa kepada penulisan puisi. Semuanya perlu simetri; jumlah suku kata mesti sama, setiap rangkap mesti berima, setiap rangkap mesti sama jumlah barisnya, dan seterusnya. Pun begitu, aku tidak obses terhadap nombor yang genap tetapi nombor ganjil iaitu 3. Barang-barang yang aku beli, apa-apa percubaan yang aku lakukan, peluang yang aku beri untuk diri sendiri atau orang lain, siri-siri puisi aku; semuanya mesti berjumlah 3. Siapa yang betul-betul kenal aku akan faham apa yang aku katakan.

Persoalan seterusnya: Bagaimana untuk mengatasi masalah OCD? Apakah bentuk-bentuk rawatan yang ada?

Disebabkan aku obses dengan nombor 3, maka tunggulah sambungannya dalam entri yang ke-3 nanti. Hehe.

Popularity: 59% [?]

Ditulis pada 27 February '08, bawah kategori Cerita Jiwa-Jiwa, OCD.

15 Komentar di “Ada Apa Dengan 3?”

#1 so'od (04.03.08 @ 03:48 )

hamba said…

salam,

khusyuk membaca tiba-tibe bertembung dengan 1 ayat :

‘Disebabkan aku obses dengan nombor 3, maka tunggulah sambungannya dalam entri yang ke-3 nanti. Hehe.’

saya sanggup tunggu.hehehe…
terima kasih ilmu lagi & jzkk

p/s:saya obses gak dgn nombor tp bkn dgn no 3 aje,angka2 ganjil yg lain sehinggakan nak masak pun kena pastikan bwg merah@bwg putih kena bilangan ganjil, walaupun resipi sepatutnya genap.hehehe…

wassalam

February 27, 2008 11:55 PM

#2 so'od (04.03.08 @ 03:49 )

ZueKay said…

Salam…ada seorang kakak teman sekerja dahulu, rasanya berat juga OCDnya.Bukan setakat berwuduk je, kain baju/telekung pun selagi tak hilang bau wanginya akan diulang cuci, pernah lebih 10x. Letih juga menerangkan, yang perlu hilang ain/bau najisnya, bukan sabunnya.Kalau nak pijak kaki atas tanah pun was2, kekadang sanggup tak pijak tanah sebab merasa semua tanah itu kotor dan ada najis anjing di atasnya…dan banyak lagilah. Kekadang hilang satu was2, datang yang lain pula kekadang dalam bentuk bisikan. Kesian juga. Apapun sememangnya was2 datang dari syaitan. Juga satu ujian kepada manusia yang sabar, dan menjadi pemangkin kpd seseorg utk menambah ilmu dan iman di dada.Wallahu a’lam.

February 28, 2008 7:40 AM

#3 so'od (04.03.08 @ 03:49 )

mAkCiK De’ KiPaS said…

Pada pendapat makcik de’kipas selaku panel doktor pada hari ini, OCD terjadi disebabkan kurang keyakinan dan banyaknye perasaan was-was. Kalau OCD yang berkaitan dgn kerohanian itu, kebanyakannya disebabkan gangguan syaitanurrajim.

Disebabkan ini, makcik menyeru supaya kita sama-sama menanamkan semangat keyakinan dalam diri sendiri, supaya OCD dapat diatasi. Sama-sama kita menyanyikan lagu Rakan Muda walaupun kita dah tua terutamanya bahagian ini “YAKIN BOLEH! RAKAN MUDAAAA!!!”

February 28, 2008 9:23 AM

#4 so'od (04.03.08 @ 03:49 )

Mak Su said…

[dah baca, tak reti nak komen]

February 28, 2008 9:27 AM

#5 so'od (04.03.08 @ 03:49 )

Pa’chik said…

dude, kalau ko tengok diyus bigelom yuropiyen jigelo… watak pompuan yang jadik gepren diyus tu.. ada 124 [rasa-rasa lah] jenis ocd.. dia takleh pegang tombol pintu, kalau dengar bunyi loceng, dia akan sapu hidung dia… banyak lah.. aku dah lupa pulak…

February 28, 2008 4:30 PM

#6 so'od (04.03.08 @ 03:50 )

© OD said…

Salam ‘od…
Wah… tak sangka orang yang hidap OCD ni, semuanya pemes-pemes belaka. Ni yang makin berkobar-kobar nak jadi pemes nih.

February 28, 2008 4:37 PM

#7 so'od (04.03.08 @ 03:50 )

Rynn Cowbra said…

betui ahh kate OD.

aku pon nak ngaku dan buat2 ade masalah OCD.

aku sgt merindui kalian semua :(

psst ! aku ade masalah dimane aku suke simpan barang. ape2 jek,aku simpan jek. aku jrg nak buat barang.
neh masalah ape neh eyh?

February 28, 2008 6:02 PM

#8 so'od (04.03.08 @ 03:50 )

one said…

Salam’
Kuota aku tak cukup lagi deh? :)

February 28, 2008 7:08 PM

#9 so'od (04.03.08 @ 03:51 )

So’od said…

hamba:
salam..
hehe.. sorila.. xlarat tulis pjg2.. kene buat episod2..:D

oh! kalau pakai bawang jumlah genap, masak jd x sedap eh? ekeke..

zuekay:
salam..
itu dah tahap serius tu.. abis semua keje x jadi sbb byk masa buang utk layan rasa was2 tu..
agaknya ada sape2 pernah suggest dia jumpa doktor x?

makcik:
ada betulnya apa ko ckp tu..
kurg keyakinan buat seseorg tu jd gelisah.. gelisah buat seseorg tu terlalu melayan perasaan dan terhanyut dgn hasutan2 yg x septtnya..
yakin boleh!

maksu:
xpe.. asalkan dpt isi kandungan..:)

February 28, 2008 8:09 PM

#10 so'od (04.03.08 @ 03:51 )

So’od said…

pokcik:
aku x tgk cite tu tp aku tau ada watak OCD dlm tu.. nanti la aku donlod kalau rajin.. ekeke..

OD:
salam..
bukan ke OD dah femes dah?
bole masuk list ler cam ni.. ekeke..

runah:
hahah.. dah agak.. ko kan giler glemer! :p
simpan2 brg @ hoarding tu lebih kurg ciri OCD gak tau.. nanti2 aku bongkarkan cerita ni..:|

aku rindu korg gak! :(

one:
salam.. xphm..

February 28, 2008 8:12 PM

#11 so'od (04.03.08 @ 03:51 )

one said…

sori,aku selalu ingak mung mind reader,hehehe
sokmo maing masuk jek komen aku,sori deh

February 28, 2008 9:15 PM

#12 so'od (04.03.08 @ 03:51 )

ZueKay said…

kakak tu byk dah berubat. Fizikal and mental. malah ada doktor peribadi sendiri. Habis ribu2 katanya.Apapun saya salute kt akak ni sbb dia tak putus asa mengatasi OCDnya melalui bacaan, amalan dan nasihat teman2. Malah komitmennya pd keja amat tinggi skali. Tp kesian ler…bila dpt tugas menyelia kwsn, habis di tawafnya berulangkali.

February 29, 2008 2:51 AM

#13 so'od (04.03.08 @ 03:52 )

wann said…

saya pun suka dgn angka ganjil 3, 5dan 7 dan selalunya saya terapkan dlm decor…so intrend you…heheh

February 29, 2008 7:52 AM

#14 so'od (04.03.08 @ 03:52 )

achik said…

saya suka puisi yg berima cam puisi keris silau.. ;)

February 29, 2008 10:18 AM

#15 so'od (04.03.08 @ 03:52 )

So’od said…

zuekay:
alhamdulillah dia sedar yg dia perlu rawatan dan berikhtiar sungguh2.. insya Allah akan sembuh nanti.. kita sama2 doakan..:)

wann:
oh ye ke? so sy ni intrend gak la ye?
ekeke..

achik:
lebih puas bila baca kan? ;)

February 29, 2008 2:38 PM

Tinggalkan Komentar







:) :( :d :blush :(( :dance :x 8-| /:) :o :-? :whistle :-w ;) [-( :)>- more »