aRmPunyaDotCom : dotcomku, dotcommu jua!.

Tak Habis-Habis Bermain Air

10 minit yang lepas, semasa aku masuk ke bilik air untuk mandi, Rizal (bukan nama sebenar) sudah pun berada di situ. Pancuran dibukanya pada tahap maksimum. Air mencurah-curah keluar dan memercik ke serata ruang bilik air. Aku melihat saja gelagat Rizal dan terus pulang ke bilik.

Beberapa minit kemudian, azan Maghrib pun dilaungkan dari surau kolej kediaman. Aku cepat-cepat bersiap dan terus melangkah ke surau untuk berjemaah. Dalam perjalanan, aku singgah di bilik air untuk mengambil wudhu’.

Aku lihat Rizal masih di situ. Terbongkok-bongkok menadah kelajuan air di tangan. Baju Melayu dan kain pelekat yang dipakainya mulai lencun. Aku terpaksa memilih pancuran yang agak jauh dari Rizal untuk mengelak daripada terkena tempias.

Selesai berwudhu’, aku mencuit bahu Rizal dan memberi isyarat yang aku ingin bergerak ke surau. Rizal hanya mengangguk-angguk dan terus ‘bermain’ air. Aku berlalu pergi dengan rasa kasihan terdetik di hati.

___________________________________________________________

Di atas adalah secebis kisah yang aku pernah alami dulu. Berkenaan seorang rakan sekolej dan searas yang menghadapi masalah was-was yang melampau. Kebiasaannya, kita akan mengambil masa 2-3 minit saja untuk berwudhu’, tetapi bagi Rizal ada kalanya sehingga 30 minit! Aku pernah bertanya akan hal ini kepadanya. Katanya, dia merasakan belum ’suci’ walaupun telah berkali-kali mengulangi wudhu’. Keadaan itu benar-benar mengganggu dan mempengaruhi perjalanan hidup sehariannya namun dia tidak dapat mengatasinya.

Ini membawa aku kepada topik perkongsian kita minggu ini iaitu kondisi yang dipanggil Obsessive Compulsive Disorder (OCD). Seorang pembaca yang menggunakan identiti hamba telah mengutarakan pertanyaan berkenaan OCD tempoh hari. Insya Allah, aku akan cuba mengupas topik ini dalam beberapa entri. Semoga kita sama-sama dapat meningkatkan pemahaman dan kesedaran berkenaan topik ini.

Obsessive Compulsive Disorder (OCD) adalah kondisi yang tertakluk di bawah kumpulan Anxiety Disorder (Masalah Kegelisahan). Ia dicirikan oleh obsesi iaitu keadaan di mana seseorang dihantui dengan idea, pemikiran, dorongan atau imejan yang tidak diingini, tidak berhenti dan berulang-ulang. Keadaan ini amat-amat mengganggu, tidak munasabah dan menyebabkan rasa tidak selesa bagi individu yang mengalaminya. Seseorang penghidap OCD akan berusaha sedaya-upaya untuk menyekat atau meneutralkan obsesinya dan mereka sedar itu semua adalah dari minda mereka sendiri. Dalam erti kata lain, mereka tahu itu semua adalah karut dan berlebihan tetapi sukar untuk mengatasinya.

Di antara obsesi yang biasa dilihat di kalangan penghidap OCD adalah berkaitan kebersihan, keraguan, nombor, keganasan, nombor dan seks. Selain contoh yang telah diberikan dalam kes Rizal di atas (iaitu keraguan sama ada wudhu’nya benar-benar menyucikan atau tidak), berikut adalah beberapa lagi bentuk obsesi:

  • memikirkan yang semua objek di sekelilingnya telah dicemari kuman dan menjijikkan
  • was-was sama ada telah memadamkan api dapur (atau telah mengunci pintu atau menutup lampu) atau belum
  • dorongan untuk memukul atau mencederakan kanak-kanak
  • bayangan aksi-aksi ghairah dengan individu-individu tertentu
  • idea yang setiap aktiviti dipengaruhi dengan sesuatu nombor e.g. jarak dari bilik ke dapur mesti mengambil 10 langkah, tak lebih dan tak kurang.

Compulsion pula adalah perbuatan yang dilakukan dengan sengaja dan berulang-ulang, sebagai respon kepada obsesi yang dihadapi. Perbuatan ini, atau dipanggil ritual, terpaksa dilakukan untuk meneutral atau mengelakkan rasa tidak selesa, walaupun mereka tahu ianya tidak masuk akal. Contohnya:

  • mencuci tangan berkali-kali, mengelap tombol pintu sebelum menyentuhnya (untuk mengatasi obsesi tentang kebersihan)
  • memeriksa dapur, pintu atau suis lampu berkali-kali (untuk memastikan ia benar-benar telah dipadam/kunci/tutup)
  • menyusun objek dalam kiraan yang tetap e.g. menyusun 10 buah buku untuk setiap baris rak, tak lebih dan tak kurang (untuk mengatasi obsesi tentang nombor 10)
  • mencarut di khalayak ramai (untuk mengatasi dorongan untuk mengeluarkan kata-kata carutan)

Banyak lagi manifestasi obsession dan compulsion yang dihadapi penghidap OCD. Senarainya pelbagai. Walau apapun, ia bukanlah sesuatu yang mudah bagi mereka kerana mereka tidak mampu mengawalnya dan pada masa yang sama mereka tahu ianya tidak betul. Keadaan ini lama-kelamaan akan membawa kepada stres, kegelisahan, rasa fobia, kemurungan dan seterusnya menjejaskan kualiti hidup malah boleh membahayakan penghidap dan orang di sekelilingnya.

Pernahkah anda mengenali seseorang yang mempunyai masalah OCD? Atau anda sendiri mempunyai ciri-ciri OCD? Kongsi-kongsilah.

[akan bersambung]

Popularity: 60% [?]

Ditulis pada 25 February '08, bawah kategori Cerita Jiwa-Jiwa, OCD.

41 Komentar di “Tak Habis-Habis Bermain Air”

#1 so'od (04.03.08 @ 03:25 )

Azhar Ahmad said…

Saya ingat budak2 spastik sahaja yang ada OCD… Hummmmm

February 26, 2008 12:47 AM

#2 so'od (04.03.08 @ 03:25 )

So’od said…

azhar:
mana ada.. kebykan org yg OCD kelihatan NORMAL di kalangan masyarakat.. esok aku ulas lanjut..:)

February 26, 2008 12:52 AM

#3 so'od (04.03.08 @ 03:25 )

butterfly85 said…

Setakat was-was skit2 tu ada la. Kadang mmg terlupa sama ada da kunci blom pintu dapur etc. Banyak sgt berkhayal agaknya. hahaha. tapi takde la kronik mcm ciri2 yg disebutkan tu..

February 26, 2008 1:36 AM

#4 so'od (04.03.08 @ 03:26 )

Pa’chik said…

Ooo… CD yang ko pinjam hari tu bila nak antar?
ekekeke….

February 26, 2008 3:17 AM

#5 so'od (04.03.08 @ 03:26 )

So’od said…

ixora:
ooo masih normal la ni.. alhamdulillah.. ehehe..

pokcik:
CD mende plak yg aku pinjam?
ooooo CD tuuuuu.. ekeke..

February 26, 2008 6:53 AM

#6 so'od (04.03.08 @ 03:26 )

Pa’chik said…

aku dah penah baca pasal orang Oosidi nih… kadang lawak juga… kadang kesian… kadang.. meluat… hahah…

kalau yang amek air semayang tu.. itu pasal dia duk layan sangat bisikan syeithan…

February 26, 2008 6:57 AM

#7 so'od (04.03.08 @ 03:27 )

So’od said…

pokcik:
kene kesian gak.. sbb kita x rasa apa diorg rasa.. mesti beban giler..
kalau nak ikutkan, kebykan OCD tu ada gak unsur2 hasutan syaitan.. sbb mmg itu janji dia, nak bolak-balikkan hati manusia.. wallahua’lam..

February 26, 2008 7:05 AM

#8 so'od (04.03.08 @ 03:27 )

mAkCiK De’ KiPaS said…

pakcik aku ocd…dia berkali2 angkat takbir masa nak sembahyang…nenek aku cukup marah…

adik aku ocd gak…dia slalu was2…kalau cek pintu berkunci ke tak, ntah brape kali…

aku pon kenal gak seseorang yg ocd kat sini…tapi aku tak sure ocd dia tu mild ke kronik… sume kene allign betul-betul, kalau bulat kene sempurna..kan…kan…kan pis kan?

MONK adalah cerita pasal detektif ocd… itu aku rasa kronik gak…tapi kelakar!

February 26, 2008 8:20 AM

#9 so'od (04.03.08 @ 03:27 )

hamba said…

salam,

terima kasih & jzkk dok…

apa yg diterangkan oleh dok ni memang menepati apa yg sy nak tahu, Alhamdulillah…

kdg2 kesian dgn pengidap OCD ni sbb prlakuan mereka yg brulang kali.bukan seorang dua je yg saya jumpa OCD, ramai lagi salah sorangnya kwn baik saya.saya sedih lihat dia bgitu, kdg2 marah dia jugak& kata jgn layan prasaan tu,tapi kita boleh ckp namun dia yag mengalami.dah bertahun2 dia alami mcm tu, dr luar memang nmpak normal tp dalaman, hanya Allah yg tahu.dia prnah alami konflik kat tmpat keja sbb masalah mcm ni terutama waktu solat…sbb tu la ni nak cari altenatif prubatan dr segi sains(ada ubat ke, kena jumpa pakar jiwa &boleh hilang x OCD ni sbb prlakuan yg lama)sbb kbiasaannya dia pegi brubat mcm prgi jumpa ustaz, minta air penawar and so on.

ni tak sabar tunggu entry baru ni.jzkk dok :)

p/s:insya ALLAH sy akn print entry ni utk dia(minta izin dok ya)

p/s:manusia smuanya akn diganggu was2(beza teruk dgn x teruk je), sbb itu jnji syaitan utk anak adam utk mnghasut mcm2.syaitan suka gnggu mnusia terutama solat sbb waktu itulah kita nak jumpa dgn DIA…

brsama2 jaga iman dan jaga diri

wassalam

February 26, 2008 9:30 AM

#10 so'od (04.03.08 @ 03:28 )

Mak Su said…

biasa sgt permasalahan ini diutarakan dalam soal-jawab agama, ustaz kata puncanya was-was dan kembali ke pangkal jalan untuk mencari ubatnya….

February 26, 2008 9:40 AM

#11 so'od (04.03.08 @ 03:28 )

achik said…

pesakit OCD kronik yg aku kenal.. Monk.. ekeke.. ;)

February 26, 2008 10:10 AM

#12 so'od (04.03.08 @ 03:28 )

© OD said…

Salam ‘od…
OD OCD. Seriously. Cam kawan ‘od tu, OD kena basuh tangan all the time. Kalau sentuh apa jek yang diwaswaskan kebersihannya, OD akan basuh tangan. Kalau dah basuh, pastu terasa licin (sabun) OD basuh lagi. Ambik air sembahyang tu, biasa la waswas tapi tak sampai 30 minit. Paling banyak, 4-6 kali. Seksa orang yang hidup ngan OD namely anney… ekekekeekeke…
I cannot use public toilet. Tak boleh… seksa. I think you understand bila OD kata gitu (coz u’re the doc la… bukan sebab OD kata ‘od ada OCD lak… isy). Kalau gi rumah orang, kalau terpandang something yang tak kenan di mata, I won’t touch the food atau drinks.
Most of the time, my case ni concerning air la… nak basuh tangan all the time. Camana nak ubat pun tatau.

February 26, 2008 1:13 PM

#13 so'od (04.03.08 @ 03:29 )

So’od said…

makcik:
terima kasih kerana berkongsi pengalaman dan ‘rahsia’ di sini..
kajian menunjukkan OCD runs in a family.. adakah kamu pasti kamu bukan salah seorg drpdnya? :D

hamba:
salam..
alhamdulillah sbb kamu rasa sy dpt sampaikan sepertimana yg kamu hendak..
nampaknya kamu ada byk pengalaman bersama org yg mempunyai OCD & kamu memahami keadaan mereka..
mmg berat mata memandang tp berat lg bahu memikul..
dan alhamdulillah ada ikhtiar yg diusahakan.. itu adalah sebaik2nya.. cuma mungkin belum cuba rawatan moden barangkali..
insya Allah nanti sy huraikan skit ttg rawatan yg ada..

p/s silakanlah kalau kamu rasa entry ni bole beri manfaat kpd dia w’pun sy cuma mampu kongsi skit informasi saja di sini..

p/s betul apa kamu ckp.. syaitan ni ada saja agendanya.. sbb tu kita sentiasa kena jaga rohani kita juga..

February 26, 2008 3:51 PM

#14 so'od (04.03.08 @ 03:29 )

So’od said…

maksu:
btul tu maksu.. OCD ni mmg ada kaitan dgn kerohanian & gangguan2 tertentu..
x bole dinafikan.. den phm dgn maksud kembali ke pangkal jalan tu..
tp ikhtiar moden juga ada keberkesanannya.. insya Allah..

achik:
bagusla.. maknanya ramai org dah buka mata utk memahami ttg penyakit ni..:D

OD:
salam OD..
ooo baru la teman tau.. kiranya OD ni slalu anxious la ye?
kalau ye, harap2 xdela teruk bebenor sampai menjejaskan kualiti hidup OD..
jap.. OD xpenah cerita kat doctor ke? aritu kan OD penah xsihat sbb stress.. maybe ade kaitan dgn stress sbb condition ni? ke this is an unrecognized condition? kalau OD dah cerita, perhaps doc dah prescribe something utk OD..
apa2 pun thanks sbb sudi kongsi pengalaman.. sbenarnya teman pun ada ciri2 OCD gak, tp alhamdulillah terkawal.. sbb tu teman nak tgk samada ada org lain yg ada pengalaman yg sama jugak..:)

February 26, 2008 4:04 PM

#15 so'od (04.03.08 @ 03:30 )

Muhammad Khairul said…

whoa, thanks for the enlightenment! saya pun ada seorang kenalan amat rapat yang ada OCD kebersihan ni.. segala benda dipegang dengan hujuuuung jari die, macamlah suma bende pun kotor. yang peliknye, dia ada habit mencuit sesuatu barang dan menjilat jarinya. ewww. tatau nak cakap die ni pembersih ke pengotor.

saya tatau la saya ni OCD ke tak. tapi dulu selalu lupa dah ambil wudhu’ ke tak, dah kunci pintu ke belum, lagi teruk, dah tahiyat awal ke belum. adakah masalah saya ni berkaitan dengan OCD, ataupun kelupaan yang aaaamat sangat? sebab serius, saya ni sgt3 pelupa. semua benda dilakukan secara separa sedar, sebab bende2 tu rutin. senang cerita, saya buat benda2 tu suma tanpa berfikir, kadang-kadang tak sedar pun yang saya tengah buat bende tu. isk.

February 26, 2008 4:50 PM

#16 so'od (04.03.08 @ 03:31 )

So’od said…

khairul:
thanks sbb berkongsi cerita..
aku rasa OCD berkaitan kebersihan ni lebih prominent dlm population..
kita slalu je nampak org camni sbb obsession & compulsion dia slalu manifest skali dan x terlalu extreme sgt mcm jenis2 OCD yg lain.. so, it tends to be ‘visible’..
bila pikirkan, mmg kelakar dan pelik2 je diorg ni.. tp deep inside they r struggling to suppress the obsession they r having.. kesian..

psl lack of attention, absent mindedness ko tu, aku rasa ada kaitan dgn attention deficit hyperactive disorder la..
ko masa kecik2 hyperactive x?
kene korek skit utk buat diagnosis ni.. ekeke..

February 26, 2008 5:06 PM

#17 so'od (04.03.08 @ 03:31 )

mAkCiK De’ KiPaS said…

makcik rasa makcik tak OCD. takpun makcik OCD mild2 jer… kat umah makcik nak gi keje lalu sungai klang. hari2 makcik tengok sungai tu nak tgk air tinggi ke tak sbb makcik takut banjir :|

p/s: takut dgn kapas bukan satu OCD kan :|

February 26, 2008 5:16 PM

#18 so'od (04.03.08 @ 03:31 )

So’od said…

makcik:
x cukup OCD tu.. ekeke..
takut dgn kapas tu bukan OCD.. itu phobia!
hahah.. phobia ni best gak kalau nak kupas2 ni..:D

February 26, 2008 5:20 PM

#19 so'od (04.03.08 @ 03:32 )

the mosaicist said…

sy pernah kalau jalan, cthnya atas floor yang ada tiles, i’d feel like i have to step on a certain tile, so much so that kalau sy tak pijak tile tu saya akan patah balik, step on it and baru sambung jalan.

rasa cam tak betul pun ada, tapi lagi tak senang hati kalau tak pijak! and then tang fotostat kertas, tp tu dah cerita dulu kan. hoho. tapi takdela like all the time camtu…nasib baik lg. huhu~

February 26, 2008 5:55 PM

#20 so'od (04.03.08 @ 03:32 )

So’od said…

azza:
that sounds so OCD.. ehehe..
reminds me of Udall..
and u r coping with it very well.. i mean by avoiding it altogether, it helps u to fend off the obsession thus slowly minimizing the anxiety..
its all about coping strategy..:)
jgn biarkan hidup anda diselubungi OCD..:D

February 26, 2008 6:52 PM

#21 so'od (04.03.08 @ 03:33 )

tyrexia said…

menarik. :)

bila bace balik komen2 ni aku rasa in every person ade OCD. cume mild atau tak.

teringat plak kecik2 dulu habit aku suka mengira. tapi x terer maths pun! aku suka kira tiles, tangga, steps ke dapur, brape jengkal kerusi, berape depa meja. pastu aku akan make sure benda tu kiraannya sama. cth: tiles dinding. kalau ade 5 tiles dinding sebelah kiri, bagi aku dinding sebelah kanan pun camtu jugak. kalau berbeza, aku akan mark tiles yg berlebihan tu dan setiap hari aku akan tenung dgn rasa geram. hakhakhak!

tp xde la obses mana skrg. dulu berguna gak sbb bila aku ikut mak aku gi kedai cari perabot/meja/ cermin dinding, aku dah tau berape saiz yg sepatutnya muat untuk ruang tertentu yang aku suka ukur hari2.

mak aku tanye,,
“Besar mana?”
“Besar ni haaa..”, Sambil aku mendepangkan tangan.

February 26, 2008 7:47 PM

#22 so'od (04.03.08 @ 03:33 )

fattnieniey said…

adik saya ada masalah berkaitan dgn wuduk tuh. die beberapa kali amik wuduk sebab musykil yg teramat.
kadang2 kalau die puasa, die akan tunggu sampai die dengar azan tuh dengan telinga die sendiri baru dia akan buka puasa. kalau org cakap,pon die tak mahu jugak. nak jugak dengar sendiri. tuh yang kadang2 mama marah tuh. was-was sangat.

tapi,die takder la pulak obsessive atau compulsive dari segi lain (sekadar yang saya nampak la) . Cuma tang tuh je.

thanks for the info, btw!

February 26, 2008 8:40 PM

#23 so'od (04.03.08 @ 03:33 )

Muhammad Khairul said…

the mosaicist: lol. interesting, nevertheless. saya dah stop pijak tile yang sama kaler sejak taun lepas, kerana dikatakan terlalu childish. tapi klu sorg2 saya buat gak xD

So’od: uhm, hiper ke tak ye? nanti aku buat satu tesis khas untuk bende nih. nak minta tolong diagnosis… huhu… boleh kan

February 26, 2008 8:48 PM

#24 so'od (04.03.08 @ 03:34 )

So’od said…

tyra:
interesting indeed..:)
oh dah ade ciri2 OCD dah tu time kecik.. ekeke..
tp ko dah menggunakan obsession tu ke arah kebaikan.. tahniah!
tyra the measuring lady.. ekeke..

fattnieniey:
nampaknya adik kamu ade problem yg sama dgn kwn sy..
sy rasa family support penting dlm membantu org2 yg OCD ni.. kdg2 terlalu byk pressure membuatkan diorg rasa makin tertekan.. mungkin family kamu ada coping strategy yg tersendiri.. just make sure it doesnt get worse or better still, get help early..

khairul:
salah satu lg bentuk OCD yg biasa.. pijak tile..!
aha.. buatla tesis ke, portfolio ke, autobiografi ke, apa2 yg ptt.. then we’ll see from there..:D

February 26, 2008 9:27 PM

#25 so'od (04.03.08 @ 03:35 )

butterfly85 said…

Awat setiap kali sy klik blog ni, keluaq satu window lain aa? heran la. sy ni tareti sgt tenet2 ni.. huhu..

Takda idea nk komen pasal entri.. hehe. Jumpa lagi mggu dpn! kui3

February 27, 2008 12:59 AM

#26 so'od (04.03.08 @ 03:35 )

Rynn Cowbra said…

im the last person to comment you.

aku rs sgt x best :(

*berlalu pergi*

nih masalah ape eyh?

February 27, 2008 6:21 AM

#27 so'od (04.03.08 @ 03:35 )

mAkCiK De’ KiPaS said…

Encik So’od, makcik nak request encik sood kupas bawang..eh, kupas phobia…

p/s: kalau encik so’od nak kupas bawang utk makcik pon takpe gak…makcik kupas asik menangis jer :”>

February 27, 2008 8:06 AM

#28 so'od (04.03.08 @ 03:36 )

alhaddad said…

tak tau pun..
terima kasih kerana beritahu
salam tuan rumah..

February 27, 2008 9:04 AM

#29 so'od (04.03.08 @ 03:37 )

So’od said…

ixora:
sbb ada spam iklan tu la kot..:|
ok.. naik bas baik2! :)

runah:
kenapakah dgn kau?
stres eh?

makcik:
kupas bawang pun aku nangis.. sensitip woo..
terkenang kisah putus tunang di pulau pinang.. huhu..

alhaddad:
salam..
hehe.. skrg dah tau..
sama2..:)

February 27, 2008 10:06 AM

#30 so'od (04.03.08 @ 03:37 )

wann said…

Salam Encik So’od,

Interesting topic.

Saya kalau nak keluar rumah selalu tawaf banyak kali, check api dapur dan switches dan kadang-kadang tu dah keluar rumah, patah balik rasa mcm terlupa barang gitu..tapi saya pasti saya belum di tahap obsessed lagi..hahaha

February 27, 2008 10:13 AM

#31 so'od (04.03.08 @ 03:37 )

So’od said…

salam Cik Wann,

masih normal anxiety lg tu.. cuma kalau dah keluar patah balik, keluar patah balik 2-3 kali sampai apa yg nak dibuat pun x jadi.. itu abnormal dah.. heheh..

February 27, 2008 11:26 AM

#32 so'od (04.03.08 @ 03:38 )

Mak Su said…

so’od - ko cerita skit apa penyakit aku ni. aku takut tgk ikon ko yg lama, ko ingat tak? aku takut tgk segerombolan ulat-ulatan. aku takut tgk jins shamsudin dalam cerita apa tu, cerita yg dia jadik sakit tu kendian kena tidur bawah kolong tu. aku takut tgk penyakit kulit. serius ni tau. aku cuma akan tgk dari ujung mata je, lepas tu aku buat2 tak nampak. or aku akan pandang kat benda lain. triple OCD kot? aku nyer takut bukan mcm takut tgk predator tu, tapi takut ___________

February 27, 2008 3:17 PM

#33 so'od (04.03.08 @ 03:39 )

Mak Su said…

eh..timakasih in advance

February 27, 2008 3:17 PM

#34 so'od (04.03.08 @ 03:39 )

mAkCiK De’ KiPaS said…

mak su…tu phobia… meh kita suruh so’od citer pasal phobia pulak :D

February 27, 2008 4:51 PM

#35 so'od (04.03.08 @ 03:40 )

harapanku said…

owh,
(smbil menggaur2 pala yg tidak gatal…)

February 27, 2008 4:54 PM

#36 so'od (04.03.08 @ 03:41 )

Jie said…

Bahaya juga kalau hati was-was kan….sbb tu kita kena bersederhana dalam semua hal kehidupan ye…doc?

takut nanti sabun dettol tu sehari je abis dok tenyeh badan….

February 27, 2008 6:18 PM

#37 so'od (04.03.08 @ 03:41 )

So’od said…

maksu:
itu sama ada fobia atau mengada2 lebih.. ekeke..
insya Allah.. kita KIV utk next week ye topik tu? :D

makcik:
iyelah makcik.. insya Allah next week..:D

February 27, 2008 7:51 PM

#38 so'od (04.03.08 @ 03:41 )

So’od said…

harapanku:
aha.. mcm tu la.. hehe..

kak jie:
betul tu kak jie..
tp itula kan.. manusia ni mcm2 perangai, personaliti dia..
kdg2 yg remeh pd kita, penting bg dia..
apapun kita kene cuba memahami.. dan membantu..:)

February 27, 2008 7:53 PM

#39 so'od (04.03.08 @ 03:42 )

WaNa (BoRN To MaKe u HaPPy) said…

aBg aRM :|

memeriksa dapur, pintu atau suis lampu berkali-kali (untuk memastikan ia benar-benar telah dipadam/kunci/tutup)

WaNa sLaLu CmTu :|
aDeKaH WaNa MeNGHiDaP PeNYaKiT OCD :-s

February 28, 2008 10:21 PM

#40 so'od (04.03.08 @ 03:43 )

So’od said…

wana:
kalau sampai mengganggu hidup wana, sampai dah kuar umah pun patah balik utk cek, yela.. kalau setakat 2-3 kali sekejap2 tu, bole tahan lg..:)

February 28, 2008 10:37 PM

#41 taalidi (29.09.08 @ 21:53 )

aku salah seorang penghidap OCD, umur aku dah lewat 30an. Dah kian lama bergelumang dalam kancah OCD ni..apa yang dapat kutelitikan ialah: OCD ni tak boleh baik atau sembuh setelah dihidapi. Apa yang penting adalah bagaimana cara yang terbaik untuk hidup dengan OCD. Boleh dikatakan ada ‘alien’ ego dalam jiwaku. Tak dinafikan, aku cuba melawan OCD semampu mungkin. Dua kali rumahtanggaku hancur gara-gara OCD. Apa yang ku lakukan sekarang, ialah hidup sendirian, tak mahu atau jarang bercakap dengan orang lain, kecuali seorang kawan rapat yang faham tentang OCD. Aku terpaksa mengatur jadual harianku supaya dapat menjalani hidup dengan tenang. Walau pada hakikatnya ketenangan itu jarang dapat kurasai. Sudah lah aku ada OCD, aku juga ada hyperhidrosis. (Tapak tangan berpeluh dan tapak kaki berpeluh), Pergerakan berulang2 akibat OCD memang dah tak dapat ku kawal lagi. Tangan, kepala, hidung selalu sahaja ingin bergerak2 sendiri tanpa dapat ku kawal. Akibatnya aku jadi malu nak bertemu manusia kerana dikatakan kenan. Bayangkan, waktu memandu pun tangan ku nak bergerak sendiri. Was-was? jangan cakaplah…selalunya aku terganggu dalam bab2 feqah. Tapi Alhamdulillah…kini ia dah berkurangan. Apa yang sangat perlu adalah tidur berkualiti yang cukup, elakkan diri dari terlibat dalam perkara2 besar kerana dengan OCD ini, sukar nak memberikan komitmen. Walau bagaimana pun, aku tetap berharap agar suatu hari nanti, aku akan bertemu penawar OCD. Wassalam

Tinggalkan Komentar







:) :( :d :blush :(( :dance :x 8-| /:) :o :-? :whistle :-w ;) [-( :)>- more »