aRmPunyaDotCom : dotcomku, dotcommu jua!.

Antara Sorak-Sorai Dan Hanyut Mimpi

Sekumpulan manusia itu terus bertepuk tangan. Ucapan ketua mereka sejak tadi, benar-benar menaikkan semangat.

“Hadirin dan hadirat sekalian, kita adalah orang-orang yang terbaik di muka bumi ini. Kita adalah orang-orang yang mampu merubah dunia. Telah terbukti dalam sejarah yang kita telah berjaya melakukannya. Kita manusia genius! Kita manusia kreatif! Kita dilahirkan untuk menjadi pemimpin! Kita mempunyai kelebihan untuk menewaskan siapa saja!”, laung lelaki berambut putih itu dengan lantangnya, sambil melayangkan penumbuk kanannya ke udara.

Aksi hebatnya di pentas disambut dengan sorak-sorai anak-anak buahnya. Ada yang terlonjak-lonjak keterujaan. Tak kurang juga yang berteriak tanda bersetuju dengan hujah-hujah ketua mereka itu. Suasana menjadi semakin hangat.

Tidak berapa jauh daripada situ, sekumpulan lagi manusia sedang duduk dalam satu kelompok. Kelihatan seperti sedang menghadiri satu mesyuarat parti. Mungkin juga sedang diam-diam berkempen. Namun yang jelas, keriuhan di pihak lagi satu telah menenggelamkan apa jua agenda yang sedang berlangsung di pihak mereka.

Sementara itu, ketua parti yang lebih agresif tadi, terus membakar semangat anak-anak buahnya.

“Lihatlah saja, siapa orang-orang kita. Siapa tak kenal dengan saintis terulung Isaac Newton, pelukis tersohor Vincent Van Gogh, pemimpin berkaliber Sir Winston Churchill, komposer terkemuka Beethoven, sasterawan-sasterawan unggul seperti Mark Twain, Charles Dickens, Virginia Woolf dan Sidney Sheldon, juga artis-artis terkenal seperti Jean-Claude van Damme dan Nina Simone. Mereka ini semua adalah contoh terbaik yang orang-orang kita telah berjaya menakluk dunia dengan kelebihan mereka!”

Tepukan tangan bergema lagi di segenap penjuru. Ternyata lelaki berambut putih itu mendapat sokongan padu daripada para pengikutnya.

Walau bagaimanapun, kemeriahan itu sedikit pun tidak menggangu pihak yang lagi satu. Perhimpunan mereka tetap berlangsung aman dan, senyap sekali. Tiada seorang pun di antara ahlinya yang tampil untuk memberi ceramah. Masing-masing melakukan hal masing-masing. Ada yang duduk tegak di atas kerusi, ada yang terhangguk-hangguk seperti sedang berwirid. Sesekali terdengar suara bercakap-cakap yang tak diketahui butir maksudnya.

Tiba-tiba, entah apa puncanya, seorang daripada mereka telah ketawa dengan kuatnya. Ini telah didengari oleh pihak yang sedang rancak berkempen dan menimbulkan kemarahan si ketuanya.

“Tengok, berani mereka mentertawakan kita! Mereka itu tak sedar diri. Mereka tiada apa-apa. Cuma pandai mengulit mimpi sendiri. Ada hati nak mencabar kita!”, diikuti dengan pekikan para pengikutnya melepaskan geram.

“Ingat! Mereka tak sehebat kita. Hanya kitalah orang-orang yang mampu membawa perubahan kepada negara kita ini dan seterusnya dunia. Oleh itu, pilihlah saya sebagai pemimpin negara ini. Nescaya, saya akan menunaikan apa saja permintaan anda semua!”, sambung ketua berambut putih itu sebelum menamatkan ceramahnya.

Semua orang kembali ke tempat masing-masing setelah penat berkempen. Negara Wadsaiko akan menghadapi pilihanraya tak lama lagi. Seperti biasa, di saat beginilah kelihatan perpecahan dengan terang-terangan. Walaupun pada hakikatnya, semua penduduknya adalah bangsa yang sama. Bangsa Jiwakacau.

_______________________________________________________________________

Penat aku memikirkan macamana cara nak explain tentang perbezaan antara bipolar disorder dengan schizophrenia supaya lebih menarik dan senang difahami. Last-last, aku ambil keputusan untuk menulis dalam bentuk satira politik. Yelah, orang sibuk cerita pasal pilihanraya, aku pun nak join gak. Walaupun aku tak suka politik. Harap-harap takde menyinggung perasaan sesiapa. Cerita ni digarap untuk tujuan memudahkan penyampaian, bukan propaganda mana-mana parti politik atau mengutuk mana-mana pihak. Hehe.

Secara ringkasnya, aku nak menggambarkan ciri-ciri bipolar disorder yang membezakannya daripada schizophrenia. Kumpulan yang ghairah berkempen tu adalah pesakit bipolar yang lebih aktif dan suka bercakap besar disebabkan simptom grandiosity yang mereka alami. Manakala pesakit schizophrenia pula lebih kepada simptom halusinasi dan delusi yang menyebabkan mereka kelihatan seperti hanyut dalam dunia sendiri. Ciri-ciri seperti bercakap sendirian, ketawa sendirian dan simptom fizikal seperti kekakuan atau pergerakan pelik yang berulang-ulang adalah beberapa contoh kondisi seorang penghidap schizophrenia secara umum.

Selain daripada itu, dengan rawatan yang rapi, kebanyakan pesakit bipolar disorder mampu untuk hidup agak normal di dalam masyarakat. Lebih-lebih lagi sekiranya fasa manianya kurang serius ataupun disebut hypomania. Yang menariknya, ada kajian menunjukkan bahawa ada perkaitan antara kegeniusan dan juga kekreatifan seseorang dengan kecenderungannya menghidap bipolar disorder. Dipercayai bahawa tahap kreativiti akan meningkat dengan mendadak ketika fasa hypomania. Tak hairanlah ramai tokoh terkenal dalam bidang sains dan seni telah didiagnosis dengan penyakit ini. Selain daripada nama-nama yang saya dah sebutkan di atas, beberapa nama lain seperti mendiang Kurt Cobain dan yang terbaru Britney Spears juga merupakan pesakit bipolar.

Amacam? Saya harap semua orang dapat sedikit sebanyak memahami tentang bipolar disorder (dan juga permasalahan psikiatri berkaitan) dengan penjelasan saya yang tak seberapa ni. Sebenarnya, topik ni agak luas untuk dikupas satu persatu. Ini saja yang termampu saya buat. Kalau ada apa-apa persoalan lagi, boleh ditanya di kotak komen. Insya Allah saya akan berusaha menjawabnya.

Kepada Pokcik, terima kasih sebab suruh aku buat pasal bipolar disorder ni. Dapat jugak berkongsi-kongsi pengetahuan dengan orang lain. Dan dapat jugak aku jadi doktor, cikgu dan politikus sekaligus dalam masa tiga hari je. Esok Sabtu, kena sambung jadi penyair jadian pulak. Hehe.

Popularity: 41% [?]

Ditulis pada 22 February '08, bawah kategori Bipolar Disorder, Cerita Jiwa-Jiwa.

24 Komentar di “Antara Sorak-Sorai Dan Hanyut Mimpi”

#1 so'od (04.03.08 @ 02:43 )

Pa’chik said…

heeee…

kalau yang suka tulis sajak hari sabtu tuu… masuk kategori mana pulak weh?

[aku cuba jawab ya… pasal kreativiti dia tetiba mendadak bila tiba hari jemaat… kira baipolar disoder lah ye?] ekekek….

February 22, 2008 3:14 AM

#2 so'od (04.03.08 @ 02:43 )

Pa’chik said…

lupa.. dari jenis haipomania lah kan? kan? ekekek…

February 22, 2008 3:15 AM

#3 so'od (04.03.08 @ 02:43 )

So’od said…

hahahah..
lepas aku abih tulis pasal bipolar ni, tiba2 aku terpikir, aku bipolar gak ke? ekeke..

so dpt ke ape yg ko nak tau?
jap.. ape tujuan ko tanya sebnarnya?
saje nak nyusahkan aku ke? ekeke..

February 22, 2008 3:20 AM

#4 so'od (04.03.08 @ 02:43 )

Pa’chik said…

ingatkan ko taknak tanya dah pasal apa aku tanya.. hahahah….

February 22, 2008 6:42 AM

#5 so'od (04.03.08 @ 02:44 )

13may said…

rasanya aku perlu buat ujian la untuk sindrom2 nih…hehhe

February 22, 2008 8:14 AM

#6 so'od (04.03.08 @ 02:44 )

mAkCiK De’ KiPaS said…

perut tyrah bipolar disorder :|

leher rynakk bipolar disorder :|

kaki azah bipolar disorder :|

tulang korak bipolar disorder :|

*cikgu, kalau makcik jawab pekse mintak example bipolar disorder camni dapat markah penuh tak?*

February 22, 2008 8:48 AM

#7 so'od (04.03.08 @ 02:44 )

Mak Su said…

eh… eh… ish ish ish…eh… eh… ish ish ish..

aaaaa….errrr….. silap2 haribulan aku pun kena ambik test polar ni jugaklah…takut pulak aku membacanya. macam baca cerita wantu!

p/s: timakasih dgn info ni… semoga kita semua akan lebih menyayangi dan mengasihani sesama insan kerana walau apa kejadian pun, adalah menunjukkan kekuasaan Allah swt. Dan dari Allah jualah datangnya kebijaksanaan para pengkaji itu, maka dengan ilmu-ilmu itulah kita harus mengkhalifahi muka bumi ini dengan adil dan saksama seelok-eloknya.

Allahuakbar

February 22, 2008 9:36 AM

#8 so'od (04.03.08 @ 02:45 )

So’od said…

pokcik:
bukan xnak tanya awal2.. aku terlupa tanya je.. ekeke..
tp tula.. bila dah teringat nak tanya.. hang xnak jwb plak.. isk..

13may:
jgn malu2 segan2 buat ujian.. u r not alone.. ekeke..

makcik:
xpe.. aku paham..
org otak melecet mmg camni.. ekeke..

maksu:
xkan la maksu ade polarbear ni.. xde ciri2 pun.. ehehe..
sama2.. kita berkongsi apa yg kita ada dan tahu dgn org, org berkongsi apa yg dia ada dan tahu dgn kita.. makanya kita sama2 ada dan tahu.. insya Allah..:)

February 22, 2008 11:24 AM

#9 so'od (04.03.08 @ 02:45 )

Rynn Cowbra said…

aku suka polar bear.

cam akunyer desktop neh. gambo gades gile kose ngan polar bear.

erk!

len macam jek neh :|

cekgu,beritni sepies x comel cam polar bear pon.

name die x dpanggil bisengal disorder :|

February 22, 2008 1:44 PM

#10 so'od (04.03.08 @ 02:45 )

© OD said…

Penat aku komen, tak kuar lak… ni yang nak hangin nih. Okay… ari tu, dah paham dah. Tapi, Chegu buat satira (politik lak tu), langsung hancus kefahaman opah ni lalu terkonpius ler pulak…

February 22, 2008 2:58 PM

#11 so'od (04.03.08 @ 02:46 )

butterfly85 said…

Lorr, yg kisah politikus tu rupanya nk terang pasal post sblm ni ke? Khusyuk je baca td.. ekeke..

February 22, 2008 4:41 PM

#12 so'od (04.03.08 @ 02:46 )

So’od said…

runah:
ape kata ko menjadi org pertama yg didiagnos sbg bisengal disorder?
ekeke..

OD:
haaa.. ituler OD.. kan dah kene sumpah kotak belah kotak bertangkup teman.. ekeke..
ala OD ni.. sabo je aku.. buat2 x paham plak.. gegege.. semlm ckp mcm description diri sdiri je.. arini xpaham plak.. ekeke..

ixora:
heheh.. biasala..
blog ini penuh dgn kejutan dan kekeliruan..
kene berhati2 supaya jgn tertipu dgn gimik2, dan kene pandai read between the lines.. ekeke..

February 22, 2008 4:55 PM

#13 so'od (04.03.08 @ 02:46 )

one said…

Mung ni baguh la,pasal britney tu aku tok perase pung..

February 22, 2008 7:08 PM

#14 so'od (04.03.08 @ 02:47 )

one said…

apatah lagi mereka yg lebih jeniyus daripadanya

February 22, 2008 7:18 PM

#15 so'od (04.03.08 @ 02:47 )

Pa’chik said…

heheh… takdok.. pasal ada satu blog hok lamo doh aku duk baco… kato dio, dia ado masalah meinik dipresyen nih… nok tau lah nate gapo meinik dipresyen nih… baru tringak kato mung mesti rajing ngaji hal go nih… hahahah….

February 22, 2008 8:37 PM

#16 so'od (04.03.08 @ 02:47 )

fattnieniey said…

bila digambarkan keadaan tu, klakar jugak sbnrnye (bayangkan org2 psycho membuat propaganda).
haha.

Britney sakit tuh ke sbnrnye, ingt gile meroyan.
hape-hape ntah spekulasi orang.

thanks for the info

February 23, 2008 5:16 AM

#17 so'od (04.03.08 @ 02:47 )

So’od said…

oneib:
heheh..:)

pokcik:
ooo gitu cite nye.. aku ingat hang yg kena.. ekeke..
aku hampir2 nak specialize dah dulu..:)

fattnieniey:
hehe.. bagusla awak dpt bygkan camtu.. mmg nak timbulkan ironi yg kelakar pun..:D
sy pun xtau ape masalah dia sebnarnya.. sbb x follow cite dia.. just terbaca kat news je aritu..
welkem..:)

February 23, 2008 6:59 AM

#18 so'od (04.03.08 @ 02:48 )

Pa’chik said…

oit oit.. tak mania ke hari nih?
hhahahah….

February 23, 2008 7:38 AM

#19 so'od (04.03.08 @ 02:48 )

So’od said…

xdak pokcik.. fasa kemurungan.. ekeke..

February 23, 2008 7:40 AM

#20 so'od (04.03.08 @ 02:49 )

hamba said…

salam

saya nak tanya, jika perlakuan yang berulang kali@was-was@kurang yakin adakah tergolong dalam bipolar disorder. contohnya: seorang yang keluar dari rumah, dok rasa dalam diri lupa tutup suiz kipas, dan balik pastu tengok dan keluar balik, pastu fikir balik adakah kipas, lampu dan pintu dan ditutup ke belum. jika ini bukan bipolar disorder, adakah ini dianggap salah satu masalah jiwa jugak.

jzkk dok, cikgu dan politikus..

bersama2 jaga iman@jaga diri

wassalam

February 23, 2008 9:40 PM

#21 so'od (04.03.08 @ 02:49 )

So’od said…

salam hamba..
terima kasih sbb bertanya..
kondisi spt yg digambarkan tu dinamakan Obsessive Compulsive Disorder, yg tertakluk di bwh kumpulan besar Anxiety Disorder..
kalau kamu x kisah menunggu, sy boleh explainkan lebih lanjut ttg OCD ni next week.. dalam satu entri.. insya Allah.. xpe kan?

:)

February 23, 2008 10:28 PM

#22 so'od (04.03.08 @ 02:49 )

tyrexia said…

teringt citer a beautiful mind. genius yg schizophrenic.

kira bipolar ni mild je la berbanding schizophrenia eh?

February 24, 2008 11:27 AM

#23 so'od (04.03.08 @ 02:50 )

hamba said…

salam…

masya ALLAH…dapat ilmu..
terima kasih&jzkk untuk ilmu

sukanya saya jika dok nak terangkan lagi :)

saya sudi menunggu…sudi sangat2, sebab nak tahu..jzkk

bersama2 jg iman dan jaga diri

wassalam

February 24, 2008 12:39 PM

#24 so'od (04.03.08 @ 02:50 )

So’od said…

tyra:
x bole kata mild jugak.. sbb ade bahayanya jugak.. both pun ade high risk for suicide.. cuma bipolar slalunya dpt adapt dgn social functioning etc whereas schizo kurg skit due to the hallucination..
cam dlm beautiful mind tu.. how he struggled very hard to overcome his hallucination kan?

hamba:
salam..
kita kongsi2 apa yg ptt.. insya Allah..
terima kasih sbb sudi menunggu..:)

February 24, 2008 1:30 PM

Tinggalkan Komentar







:) :( :d :blush :(( :dance :x 8-| /:) :o :-? :whistle :-w ;) [-( :)>- more »