aRmPunyaDotCom : dotcomku, dotcommu jua!.

Sepagi Di Kelas Dewasa

Chegu So’od:
Baiklah murid-murid. Hari ini kita akan berbincang tentang bipolar disorder..

Nuraddeen:
Apa chegu? Polar bear?

Chegu So’od:
BIPOLAR DISORDER lah Cik Deen. Awat telinga tak korek kaa malam tadi?

Nuraddeen:
Err.. err.. (tersengih-sengih)

Pa’chik:
Gapo dio bipolar disorder tu chegu weh?

Chegu So’od:
Bipolar disorder ni adalah sejenis permasalahan psikiatri yang tertakluk di bawah kumpulan besar Mood Disorder (kalau dalam istilah Melayunya Kecelaruan Angin.. lawak la pulak!). Istilah lama bagi bipolar disorder ialah manic depression. Secara kasarnya, bipolar disorder adalah kondisi di mana seseorang individu itu mengalami episod mania dan kemurungan yang bertukar ganti dan berulang-ulang. Mood seseorang itu akan mengalami turun naik yang melampau sehingga mempengaruhi aktiviti dan fungsinya.

Pa’chik:
Buleh chegu explain sikit part mania dan kemurungan tu?

Chegu So’od:
Buleh sangat Pokcik! Mania dan kemurungan ni adalah dua ekstrem dalam spektrum mood. Mania merujuk kepada keadaan di mana mood seseorang itu berada pada tahap yang tertinggi. Seseorang yang mania akan merasa terlebih happy atau euforia, menjadi optimistik tak kena tempat, kadang-kadang menjadi mudah terusik dan cenderung marah. Dari segi ketrampilan pula, seseorang yang mania gemar berhias berlebih-lebihan serta memakai pakaian yang pelik-pelik dan striking warnanya. Dalam keadaan lebih serius, seseorang akan kelihatan kotor dan tak terurus.

OD:
Oh! Patut ler Kajol pakai mekap tebal dengan skaf warna merah terang yer, chegu? (dengan slang Aussie)

Chegu So’od:
Haaa! Pandai pun Opah kita. Anak sapela ni!

Kalau dari segi tingkahlaku pulak, seseorang yang mania akan terlebih aktif, selalunya untuk satu jangka masa yang panjang. Mereka ni cenderung memulakan banyak aktiviti tapi akan meninggalkannya selepas beberapa lama. Kira bersemangat nak buat itu ini tapi tak pernah habis. Waktu tidur juga berkurangan, malah ada masanya mampu berjaga sehingga beberapa hari dan masih mengekalkan kecergasan yang sama.

Nuraddeen:
Oh! Macam Boss Kapal Terbang ye, chegu?

Chegu So’od:
Haaaa! Nak suruh orang puji jugaklah tu! Takde, takde!

Selain daripada tu, pertuturan seseorang yang mania akan menjadi pantas dan meleret. Dalam keadaan yang lebih serius, susah untuk mengikuti dan memahami setiap patah perkataan yang disebut. Pemikiran mereka selalunya akan dipenuhi dengan idea ‘besar-besar’ (grandiose). Mereka akan rasa yang idea mereka saja yang hebat, pendapat mereka saja yang penting dan kerja mereka saja yang terbaik. Ramai pesakit akan menjadi boros keterlaluan, membeli bermacam-macam barang yang mereka tak mampu tanggung. Ada juga yang membuat keputusan yang cuai sehinggakan sanggup melepaskan pekerjaan atau meletakkan perniagaan mereka dalam risiko besar semasa berada dalam fasa mania. Disebabkan pemikiran yang tak stabil itu, mereka juga cenderung untuk terlibat dalam aktiviti seksual yang melampaui batas.

Dalam kes-kes yang lebih teruk, seseorang akan mengalami delusi grandiose. Sebagai contoh, mereka merasakan diri mereka sebagai utusan Tuhan. Dalam kes yang chegu ceritakan semalam, seorang pesakit merasakan dirinya boss syarikat besar yang kaya-raya dan seorang lagi merasakan dirinya seorang selebriti terkenal!

Setakat ni paham tak, murid-murid?

Murid-Murid:
Pahaaaaaaammmmm! (sedangkan kat belakang tu ramai yang tengah meleleh air liur basi!)

Chegu So’od:
Bagussssss! Itu baru part mania. Kemurungan pulak, basically, is the opposite of mania (chegu tetiba speaking). Semua orang tau depression kan? Rasa sedih yang berpanjangan, resah gelisah, kurang bertenaga, kurang tumpuan, rasa hopeless, rasa guilty, berat badan merosot, hilang selera makan, gangguan tidur, dan sebagainya. Senang cerita, mania tu mood paling high, kemurungan mood paling low.

Mak Su:
Oh! Maknonyo pesakit bipolar disorder ni kojap manic kojap depressed la yo, chegu?

Che’gu So’od:
Iyolah, Mak Su. Kiranya, untuk satu jangkawaktu tertentu (contohnya: 6 minggu) dia mengalami mania, kemudian stabil semula sekejap, dan kemudian mengalami kemurungan. Kitaran tu akan berulang-ulang. Ada individu yang berubah daripada fasa mania ke fasa kemurungan tanpa ada fasa stabil. Ini dinamakan rapid cycling. Ada juga individu yang simptom manianya tak berapa teruk. Ini dinamakan hypomania. Dan ada juga yang simptom mania dan kemurungannya bertindih dalam satu masa. Ada individu yang mengalami hanya satu atau dua episod mania seumur hidupnya dan ada juga yang lebih kerap daripada tu. Semuanya bergantung kepada individu.

Nuraddeen:
Err.. Punca sebenaq dia apa eh, chegu? Kalau gila meroyan tu termasuk bipolar disorder kaa? Kalau budak bawah 12 tahun berisiko tak kena bipolar disorder ni?

Chegu So’od:
Satu-satulah Cik Deen oi! Awat teruja lebih sangat tatau!

Bipolar disorder ni selalu dikaitkan dengan keturunan. Ada kajian menyatakan yang dua pertiga pesakit bipolar mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga terdekat yang menghidapi bipolar.

Gila meroyan (postpartum psychosis) tu berada dalam kategori yang sama dengan bipolar disorder iaitu Mood Disorder. Secara teorinya, gila meroyan tu bukan bipolar. Tapi ada kajian yang menunjukkan bahawa seseorang yang memang bipolar mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami gila meroyan berbanding seseorang yang normal selepas bersalin.

Tentang umur pula, selalunya kebanyakan pesakit bipolar dikesan sekitar umur lewat remaja dan awal dewasa. Kanak-kanak juga ada yang didiagnosis sebagai bipolar tetapi disebabkan ada permasalahan lain yang lebih biasa dikaitkan dengan kanak-kanak dan mungkin mengaburi simptom bipolar, contohnya Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), maka bipolar jarang didiagnosis di kalangan kumpulan umur ini.

Uncle Zabs:
Chegu, jika seseorang itu telah disahkan pulih dari penyakit itu, adakah kebarangkalian ia akan berulang semula?

Chegu So’od:
Bipolar disorder, setakat yang saya tahu, tak dapat dipulihkan sepenuhnya. Selalunya, pesakit akan dirawat sekiranya berlaku episod mania dan seterusnya penekanan diberikan kepada langkah-langkah mencegah pengulangan episod yang berikutnya. Oleh itu, ada kemungkinan untuk bipolar berulang jika tidak dikawal dengan baik.

Mesti diingat bahawa pesakit bipolar sentiasa memerlukan kemasukan ke hospital kerana mereka selalunya tidak sedar yang mereka bermasalah dan tidak mahu mengambil ubat. Disebabkan mereka juga cenderung melakukan aktiviti yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain, pemerhatian di bawah penyeliaan tenaga profesional amatlah diperlukan.

Azza:
So basically, adakah they have trouble in differentiating reality dengan fantasy? Or they assimilate fantasy into their reality camtu?

Tyra:
Saya pun nak tanya soalan yang lebih kurang sama, chegu!

Chegu So’od:
Only in severe cases. Macam chegu cakap awal tadi, mereka mungkin mengalami delusi dan dalam sesetengah kes lain, halusinasi. Memang seperti ada pertindihan dengan simptom-simptom schizophrenia, tetapi diagnosis dilakukan berdasarkan simptom-simptom dan pemerhatian yang lain juga.

Mungkin chegu akan explain perbezaan antara bipolar disorder dengan schizophrenia dalam kelas yang seterusnya. Buat masa ni, kita bersurai dulu. Chegu dah mengantuk!

Murid-Murid:
Baikkkkkkkkkkkkkkkkk! (nampak sangat suka kelas habis awal)

________________________________________________________

Nota Am:

Penat jugak jadi chegu ni!
Saya dah cuba explain berdasarkan ilmu dan pengalaman saya yang tak seberapa ni.
Harap-harap fahamlah.
Tapi ada lagi bahagian yang belum dihuraikan.
Insya Allah, esok lusa sambung lagi. Bahagian terakhir.
Kalau ada apa-apa lagi nak tanya atau tambah atau perbetulkan,
turunkan je kat kotak komen.
Untung-untung dapat bawak watak murid dalam next class!
Heheh.

Popularity: 46% [?]

Ditulis pada 21 February '08, bawah kategori Bipolar Disorder, Cerita Jiwa-Jiwa.

46 Komentar di “Sepagi Di Kelas Dewasa”

#1 so'od (04.03.08 @ 02:25 )

WaWa said…

hurm.. hurm.. paham sikit. hurm.. hurm..

February 21, 2008 5:21 AM

#2 so'od (04.03.08 @ 02:26 )

Pa’chik said…

Selain daripada tu, pertuturan seseorang yang mania akan menjadi pantas dan meleret. Dalam keadaan yang lebih serius, susah untuk mengikuti dan memahami setiap patah perkataan yang disebut. Pemikiran mereka selalunya akan dipenuhi dengan idea ‘besar-besar’ (grandiose). Mereka akan rasa yang idea mereka saja yang hebat, pendapat mereka saja yang penting dan kerja mereka saja yang terbaik. Ramai pesakit akan menjadi boros keterlaluan, membeli bermacam-macam barang yang mereka tak mampu tanggung. Ada juga yang membuat keputusan yang cuai sehinggakan sanggup melepaskan pekerjaan atau meletakkan perniagaan mereka dalam risiko besar semasa berada dalam fasa mania. Disebabkan pemikiran yang tak stabil itu, mereka juga cenderung untuk terlibat dalam aktiviti seksual yang melampaui batas.

kiranya, yang suka tidor tu, dan suka beli kapal terbang, buat projek memahal tu.. buleh jadik dia mania jugak la ye? errr… yang KRUmania tu lagu mana pulak weh?

February 21, 2008 5:53 AM

#3 so'od (04.03.08 @ 02:26 )

Pa’chik said…

Disebabkan pemikiran yang tak stabil itu, mereka juga cenderung untuk terlibat dalam aktiviti seksual yang melampaui batas.

patut lah suka gosok tangan dan bahu pompuan… hahaha….

February 21, 2008 5:53 AM

#4 so'od (04.03.08 @ 02:26 )

So’od said…

WaWa:
paham sikit pun kira bagus dah wa.. heheh..

pokcik:
dia suka tidur.. satu kriteria dah out.. less likely mania.. ekeke..
KRUmania tu lagu ooh! La La!!
ekeke..

pokcik lagi:
itu dah masuk disorder lain dah tu pokcik..
itu dah under paraphilia.. ekeke..

February 21, 2008 6:07 AM

#5 so'od (04.03.08 @ 02:27 )

Pa’chik said…

mungkin taim tidur tu.. dia tengah kemurungan.. hahaha… taim mania.. dia beli belah sakan.. hahaha…

February 21, 2008 6:16 AM

#6 so'od (04.03.08 @ 02:27 )

So’od said…

pokcik.. itu bukan kemurungan..
itu sbb aktvt melampaui batas di malam hari.. ekeke..

February 21, 2008 6:18 AM

#7 so'od (04.03.08 @ 02:27 )

mAkCiK De’ KiPaS said…

ohhh… lama benor cikgu bersyarah ari ni

from,
murid yg tido kat blakang sbb penat datang kelas jln kaki :))

February 21, 2008 8:48 AM

#8 so'od (04.03.08 @ 02:28 )

Kema said…

sesuai jadi che’gu ;)

February 21, 2008 9:04 AM

#9 so'od (04.03.08 @ 02:28 )

Mak Su said…

aik? namo den pun ado.. eh! lupa plaks. kelas tambahan kan. aku rasa aku pagi ni sakit berpolar beroda ler… aku feel sick… how aa?

February 21, 2008 9:36 AM

#10 so'od (04.03.08 @ 02:28 )

Mak Su said…

nanti nak kena buat ulangkaji ni

February 21, 2008 9:36 AM

#11 so'od (04.03.08 @ 02:28 )

mama ranggie said…

thanks for sharing…

salam ziarah…

February 21, 2008 9:38 AM

#12 so'od (04.03.08 @ 02:29 )

one said…

penah dengar masa kelas deviant behaviour dulu kalu tak silap,
but it was mostly on social aspect, lebih kure cam mu terang kan nih,ingat2 lupa sokmo hehe

February 21, 2008 10:03 AM

#13 so'od (04.03.08 @ 02:29 )

arsaili said…

waa..bijak2 nyer anak murid…

February 21, 2008 10:13 AM

#14 so'od (04.03.08 @ 02:29 )

So’od said…

makcik:
aku memang pun nak letak watak ko ngan runah yg tido kat belakang tu tp x relevan plak..
lgpun nak buat scene baling marker or kapur pun x sesuai sbb murid dewasa.. ekeke..

kema:
x sesuai la kema..
aku suka ngajor murid pandai je..
murid bengap aku suka piat2 telinga je..
ekeke..

maksu:
sori terpakai watak maksu plak..
sbb nak ada watak org nogori dlm tu.. hikhik..
mcm sitcom mind your language plak.. ekeke..
r u wokey maksu?
*tiba2 jd watak yaiii pii esss*

February 21, 2008 10:37 AM

#15 so'od (04.03.08 @ 02:30 )

So’od said…

mama ranggie:
salam..
sharing apa yg tau je..:)
terima kasih singgah!

oneib:
masa ko dgr lecture tu, ko ade terasa ko ade masuk mana2 kategori x? hehe..

arsaili:
biasala.. murid dewasa.. ekeke..

February 21, 2008 10:40 AM

#16 so'od (04.03.08 @ 02:30 )

13may said…

cikgu…

break 5 minit…hehhe

February 21, 2008 11:04 AM

#17 so'od (04.03.08 @ 02:30 )

Mak Su said…

ok, i m ok. gitu cerita saintifiknyer ya? dalam istilah mudah, sakit jiwa ler gitu, ada sakit jiwa yg mild, ada yg chronic. yg mild tu ada banyak, kat sini ada kat sinun ada, dahsak dahsak belaka, saya jumpa setiap hari sampai sesak nafas dibuatnyer. Cikgu, cikgu, sila sambung ya apa beza bipolar disorder (got mania lah, got mood lah… wallaawweeee, byk nak kena study ni) dengan ski skizz skizoperenoya? skizo…ah! tak reti nak ejalah.

February 21, 2008 11:17 AM

#18 so'od (04.03.08 @ 02:31 )

So’od said…

13may:
hahahah.. kelas belum start dah break.. hahah..

maksu:
semua2 ni sakit jiwa la ni..
cuma dlm psikiatri ni, dia pecah2kan byk kategori.. senang nak label org.. hehe..
tp kalau diikutkan sebenarnya, semua jenis sakit jiwa tu ada perkaitan/pertalian..:p

ooo mmg ramai maksu! syhhhh! diam2! burung wak-wak tgh tgk kita tu! syhhhh!!
*tiba2 jd sakit jiwa gak*

February 21, 2008 11:25 AM

#19 so'od (04.03.08 @ 02:31 )

achik said…

terimaaaa kaaaaasihhhh che’gu..

*keluar kelas terus gi kantin* ;p

February 21, 2008 12:44 PM

#20 so'od (04.03.08 @ 02:31 )

Pa’chik said…

menjawab sungguh che’gu nih… karete lutut kang… ekeke…

memang takde obat eh? kalau cara ugama takleh gak?

February 21, 2008 1:29 PM

#21 so'od (04.03.08 @ 02:31 )

pB said…

kak pB tak masuk dalam list anak murid cokgu SOOD lerr

uwaaaa uwaaaaa ….

February 21, 2008 1:30 PM

#22 so'od (04.03.08 @ 02:32 )

Mak Su said…

cikgu! cikgu! saya nak gi tandas! saya janji saya akan tutup balik pili air tu

February 21, 2008 1:46 PM

#23 so'od (04.03.08 @ 02:32 )

butterfly85 said…

Huu.. pening masuk kelas ni. hhahaha (pening ngn nama2 penyakit tu kot) =P

February 21, 2008 1:47 PM

#24 so'od (04.03.08 @ 02:32 )

tyrexia said…

owh… aku sudah faham. :D

kesian jugak org2 cmni. it’s like losing control out of their own body…

February 21, 2008 2:00 PM

#25 so'od (04.03.08 @ 02:33 )

nUr@dDeEn said…

Ah! Tak kisah la che’gu takmo puji pon. Nak tanya jugak!

Kalau bukan dari keturunan, tp penah involved dgn eksiden teruk [gegaran teruk kat kepala ke & seumpama dgnnya], takpun kene demam panas tahap kronik ke, ada kecenderungan terkene sampuk dgn polarbear nih ka?

Satu lagi, ada tak kemungkinan kalo mak dia ada sejarah hitam dgn polarbear nih, anak2 dia macamana? Boleh terjangkit ker? Berapa persen kecenderungan anak2 dia tak kene sampuk ngan polarbear neh?

HaHaHa .. Nah! Ambik hang che’gu! Jawab, jawab! Muekekekekeeee!! Huh! Pueh ati aku… *gelak guling2*

February 21, 2008 2:35 PM

#26 so'od (04.03.08 @ 02:33 )

© OD said…

Uiks… cam perangai aku jek apa yang chegu So’od terangkan nih!!! Moskel… moskel. (dengan slang Aussie).

February 21, 2008 3:36 PM

#27 so'od (04.03.08 @ 02:33 )

one said…

so far xdok(sambil meraung2 menghentak2 kotak memori…sampai ati deh isk,isk)
alah dulu aku ngaji mana pehe sangak,asal pass je, lepas dakwat terakhir paper tu terus wassslam.mujo ada mung,bleh aku reminisce,revise and…revive
chegu!

February 21, 2008 4:08 PM

#28 so'od (04.03.08 @ 02:34 )

So’od said…

achik:
ini anak murid kuat makan ni.. ekeke..

pokcik:
aik? chegu menjwb plak yg kene karate.. pelik2.. ekeke..
ade obat dia.. cuma utk stabilkan keadaan..
cara moden ke cara ugama ke, kita ikhtiar je.. Allah yg tentukan..
(sila baca quote kat header tu)

kak pB:
heheheh.. xpe2..
esok bole masukkan watak pB..
jd murid yg tido pun xpe kan? ekeke..

maksu:
ini anak murid yg kuat kencing.. ekeke..

February 21, 2008 4:38 PM

#29 so'od (04.03.08 @ 02:34 )

Pa’chik said…

ada kaitan dak ngan bisikan hiblis dan syeitan?

February 21, 2008 4:44 PM

#30 so'od (04.03.08 @ 02:34 )

So’od said…

ixora:
kalau pening, baca pelan2..
kalau xtahan gak, xyah baca.. ekeke..

tyra:
yup lebih kurangla..
slalunya bila diorg dlm fasa manic, diorg x sedar..
bila dah stabil skit, diorg xkan caya apa yg diorg buat masa manic tu..

deen:
amboi lepas geram nampak! ekeke..
tiba2 aku rasa malas nak jwb kat entri.. aku jwb sini jela..:D
ada kes2 yg menunjukkan ada kaitan antara kecederaan kepala/otak dgn bipolar disorder.. tp kebykannya dibuktikan secara empirikal saja.. maknanya melalui pemerhatian klinikal, bukan secara kajian saintifik..
walau bagaimanapun, faktor genetik yg paling kuat pengaruhnya.. kalau ahli keluarga terdekat mempunyai masalah kejiwaan.. xkirala bipolar ke, depression ke, schizo ke, chances utk mendpt bipolar adalah tinggi..
kalau mak ada, anak pun ada kemungkinan akan kene jugak.. tp bukan 100%.. kira risk factor la..
puas ati x deen? :D

OD:
you’ll be surprised! :D

oneib:
mu patut reflect balik psl bab ni..:)

pokcik:
ada kaitan la pokcik.. kalau hang baca buku2 perubatan Islam, ada dia sebut..
tp aku xnakla explain, baik hang baca je..

February 21, 2008 4:51 PM

#31 so'od (04.03.08 @ 02:34 )

Pa’chik said…

alooo.. aku lening.. kughang rajing lah baco buku.. hahaha…

oit.. time kasih o’od… susahkan ko je nulis semua-semua nih…
:P

February 21, 2008 5:02 PM

#32 so'od (04.03.08 @ 02:35 )

Pa’chik said…

weh.. laif fid mung berjaya ditek aku lah.. hahaha.. pasal aku dok paka ruter hari nih… rest lah dulu diye.. takut kang cair woyar-woyar… hahah…

February 21, 2008 5:07 PM

#33 so'od (04.03.08 @ 02:35 )

So’od said…

hang carila buku2 dr. haron din, banyok cito bendo2 tu.. aku ade gak buku2 dia.. tp baca utk pengetahuan sendiri je..:)
x hal la pokcik.. kdg2 best gak bercerita psl ilmu yg kita ada.. kongsi sikit sebyk dgn org.. drpd merepek je memanjang.. ekeke..

February 21, 2008 5:09 PM

#34 so'od (04.03.08 @ 02:36 )

So’od said…

hahak!
fes taing tu pokcik.. buleh masuk buku pecah rekod tu.. ekeke..

February 21, 2008 5:10 PM

#35 so'od (04.03.08 @ 02:36 )

the mosaicist said…

ooooo now i get it! (walaupun lama gak nganga mulut nak memahamkan satu, satu). “bi” sebab dua keadaan: mania and murung eh? so pesakit bipolar ni kena depend on medication for the rest of their life la eh?

*bangun dan tunduk ala2 murid sekolah jepun* terima kasih cikgu johnnyyyy!

February 21, 2008 8:15 PM

#36 so'od (04.03.08 @ 02:36 )

Pa’chik said…

haha.. tadi aku tak pakai ruter.. buleh lah… ni tukar pakai ruter tuh… takde nak dapat lah laiffid tu kesan aku.. ekekek…

February 21, 2008 8:16 PM

#37 so'od (04.03.08 @ 02:37 )

So’od said…

azza:
bi = dua
polar = kutub
so, its a condition of two extremes..:)
yup, lifelong medication ie. mood stabilizers (usually lithium & to certain extent, sodium valproate)
digunakan utk merawat acute phase of mania as well as to control further recurrences.. then adela ubat2 lain lg; depending on the patients conditions
selain tu ade gak psychotherapy ie. behaviour therapy, family therapy, group therapy; again depending on patients conditions la..
gitula lebih kurg..:)

pokcik:
oh mu paka ruter hantu ko pokcik? ekeke..

February 21, 2008 10:06 PM

#38 so'od (04.03.08 @ 02:37 )

Rynn Cowbra said…

cekgu!

*nguap*

saye xde niat nak tdo.

*bersin*

saye kene serang berukitis lew.

*batuk*

agik pon,makcik tuh hah dok ajak saye berceritera kisah tauladan.
tpakse lew saye tdo secara berjemaah bsame beliau utk mengelakkan dosa kering!

*larikk!

February 21, 2008 10:43 PM

#39 so'od (04.03.08 @ 02:37 )

Azwan Hadzree said…

menarik cara kau :)

February 21, 2008 11:30 PM

#40 so'od (04.03.08 @ 02:38 )

nUr@dDeEn said…

OooOOoo … lagu tu ruponya eh. Klea la sikit sebanyak. Nanti daku ada su’alan, siap hang PaK LaNG. Owh ya, terima kasihhhhhhhh, chekgu LaNG! HaHaHa …!

Alamak, satu lagi su’alan leh ar? =) … ada perbezaan ker personality disorder ngan halusinasi? Konpius gak. Kalo org tu asyik cakap sorang2 tuh, kire ada kene sampuk gak eh? Err..er.. sory8x sebab banyak tanya. Itu aku punya interest, kebetulan hehehe!!

February 21, 2008 11:33 PM

#41 so'od (04.03.08 @ 02:38 )

So’od said…

runah:
hahah.. korg mmg gengster skola dewasa.. hahah..

adwanhadzree:
oh terima kasih..
topik berat kene cuba sampaikan dgn cara ringan.. heheh..

February 22, 2008 3:27 AM

#42 so'od (04.03.08 @ 02:38 )

So’od said…

deen:
personality disorder tu satu kumpulan besar disorder.. dalam tu ade byk2 jenis lg..
halusinasi tu pulak simptom.. persepsi tanpa rangsangan yg wujud..
so dua2 tu mmg beza..
tp kalau hang maksudnya samada personality disorder bole dpt halusinasi, jwpnnya x, unless org tu sampai tahap yg teruk or ade menghidap psikosis yg lain..
kalau ckp sorg2 tu, slalunya schizo atau pun kene sampuk jin.. ekeke..

February 22, 2008 3:32 AM

#43 so'od (04.03.08 @ 02:39 )

butterfly85 said…

Ala,pening2 lalat je masa baca tu.. tak boleh la kalau tak baca langsung plak. Penat2 ‘cikgu’ bg penerangan panjang [lebar X tinggi] kt dlm kelas. eheh.

Opss.. terkomen lagi! ekeke..

February 22, 2008 4:48 PM

#44 so'od (04.03.08 @ 02:39 )

So’od said…

dah ada kotak komen, kenela komen kan..
kalau dtg tp x komen, itu yg lg sakit ati tu.. ekeke..

February 22, 2008 4:51 PM

#45 so'od (04.03.08 @ 02:39 )

one said…

Sebab major aku lain x ngaji Deviant dgn criminology doh loni..tapi kalu medical nya aku refer sini jelah

February 22, 2008 6:36 PM

#46 so'od (04.03.08 @ 02:39 )

So’od said…

oo ok..:)

February 23, 2008 7:00 AM

Tinggalkan Komentar







:) :( :d :blush :(( :dance :x 8-| /:) :o :-? :whistle :-w ;) [-( :)>- more »