aRmPunyaDotCom : dotcomku, dotcommu jua!.

Entri Ini Temanya Hehe

Sekarang pukul 3:12 pagi. Aku baru lepas bersahur. Makan roti cecah Milo je. Hehe.

Dah lama aku tak taip entri pagi-pagi buta macam ni. Dulu selalu jugak, masa aku rajin bercumbu dengan malam. Hehe.

Sejak 2-3 hari ni, aku banyak makan. Mula dari lepas bukak puasa Jumaat 1 Rejab tu, macam-macam benda aku telan. Hari Sabtulah yang paling dasat. Aku makan 4 keping roti canai dan 3 bungkus nasik lemak. Itu tak campur perabihkan sisa-sisa donat Big Apple yang adik aku belikan. Hehe.

[Teruskan membaca…]

Popularity: 17% [?]

Ditulis pada 7 July '08, bawah kategori Cerita Hari-Hari. 18 Komentar.

Akan Tutup Nanti

Mula-mula sekali, aku bukan nak tutup blog. Memang tiada dalam perancangan. Perancangan aku, that is. Perancangan Dia, kita tak tahu. :)

Sebenarnya tajuk entri kali ni adalah tajuk sebuah sajak dalam koleksi aku. Aku pernah menyiarkannya di blog lama aku dulu, with *Arm*s wide open (wAwo), hampir-hampir setahun yang lepas.

Maksud sajak tersebut sememangnya berkenaan dengan ramalan bahawa akan berlaku penutupan blog dalam waktu terdekat. Dan memang benar, sebulan selepas itu, wAwo terkubur atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

[Teruskan membaca…]

Popularity: 26% [?]

Ditulis pada 3 July '08, bawah kategori Refleksi, Sajak. 24 Komentar.

Entri Cukup Bulan [Jun 2008]

Bulan Jun yang baru lepas merupakan antara bulan yang paling santai buat aku tahun ini.  Biarpun sepertiga awalnya dihabiskan untuk melengkapkan misi luar kawasan, selebihnya diluangkan sepenuh masa di rumah. Peluang keemasan itu aku penuhi dengan menulis dan menyambung tugasan lain yang menuntut perhatian.

  • Keseluruhannya 16 entri tersiar di blog ini sepanjang Jun. Jumlah entri yang agak besar mengikut standard aku. Pencapaian menulis satu entri setiap hari selama 9 hari berturut-turut bermula 13-21 Jun adalah rekod terbaik aku setakat ini. Ketegaran yang muncul mendadak selepas pulang bermisian tidaklah begitu menghairankan sebenarnya. Memang aku telah bertekad sejak awal untuk giat menulis selagi waktu mengizinkan.
  • Satu rekod juga tercipta di mana aku menyiarkan sajak-sajak di luar waktu yang ditetapkan iaitu Sabtu. Ini disebabkan ilham yang tiba-tiba datang mencurah-curah dan aku tak mahu mensia-siakannya. Hasilnya, lima buah sajak berjaya dikongsikan di aRmPunyaDotCom.
  • [Teruskan membaca…]

    Popularity: 32% [?]

Ditulis pada 1 July '08, bawah kategori Pengumuman. 30 Komentar.

Izinkan Aku Meminjam Klisemu, Bulan

Ini sajak ketiga dan terakhir dalam siri Meminjam Klise. Ada mood filem P. Ramlee sikit. Hehe. Pasang audio dan, layannnnn!

Photobucket

[Teruskan membaca…]

Popularity: 30% [?]

Ditulis pada 28 June '08, bawah kategori Sajak. 18 Komentar.